6 Perisa Baru Dimsum Dollu

Sunday, 15 August 2021

Minggu lepas Ms Fisah belanja satu office makan dimsum sebab ada flavor baru katanya. Kalau bab dimsum memang diorang selalu order dekat sini. Sebelum ni kalau buat jamuan ke celebrate birthday ataupun saja nak minum petang memang order dimsum dua tiga kotak dari Dimsum Dollu ni. 


So far ada 8 pilihan kalau tak silap, ada perisa ayam seaweed, ayam cheese, ayam blackpepper, ayam original, ketam, udang, salted egg, chicken button mushroom. Minggu lepas Dimsum Dollu launch lagi 6 perisa baru untuk pilihan pelanggan. Masa Ms Fisah beli 3 set ni, Dimsum Dollu bagi satu box free untuk dia try. 


Cantik dimsum dalam box ni sebab meriah warna-warni. 6 perisa baru tu perisa Tomyam, Mozarella Cheese, Spicy Sausage, Sotong, Black Fungus dengan Kuchai Fungus. Haritu sempat rasa Tomyam je, sedap tapi tak lah strong sangat rasa tomyam dia. Yang Spicy Sausage tu memang pedas tapi jenis pedas dekat tekak dan pedas dia lambat terasa. Dah telan baru membara dekat tekak. Yang suka spicy boleh la order. 

Dimsum Dollu ni makan dalam 6 ketul pun dah kenyang. Kalau buat minum petang pun 4 kali ngap dah khalas dah lepastu tunggu dinner pulak. Ms Fisah order 3 box pun luak sikit je lah sebab minum petang je. Kalau masa jamuan memang dimsum ni habis dulu. Bab harga satu box ada yang RM16, ada yang RM20 tak termasuk delivery charge. Banyak lagi pilihan dekat Dimsum Dollu ni, yang duduk area Subang, Shah Alam , USJ, Puchong, Gombak, Melaka dan Port Dickson, try lah usha IG diorang. 

7 comments

  1. wahhh sedapnya! semalam mkn yg kedai eco pnye.. hihikk..

    ReplyDelete
  2. Wow.. first time baca perkataan khalas... Dim sim is one of my favourite!! Lama tak makannn

    ReplyDelete
  3. sedapnya.. dimsum favorite busyra!

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan nona, first time dengar khalas hahaha.
    Haritu pernah try sekali dimsum, rasa not bad tapi boleh makan 1/2 ketul je hahahaa

    ReplyDelete
  5. Macam-macam perisa ada. Nampak menarik.

    ReplyDelete
  6. lamanya ndak makan dimsum bah...
    rindu juga mau makan di luar ...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.