TV Show Review | Mix & Match Episode 7

Monday, 21 June 2021


Director : Yang Hyun Suk (YG)

Writer : YG Entertainment

Cast :  Team B (B.I, Bobby, Jay, JuNe, D.K, Yun Hyeong), Jung Jinhyeong, Yang Hongseok, Jung Chanwoo, YG, JYP,  Masta Wu, Tablo, Lee Hi, AKMU, Yoo In Na, Big Bang, 2NE1, WINNER, PSY

Production Company : YG Entertainment

Distributor : Mnet

Genre : Survival Show

Running Episodes : 9 episodes (45 minutes per episode)

Release Date : 11 September 2014 – 6 November 2014

Video :


Episod 7 lebih santai dari episod yang lainnya. Lepas penilaian yang kejam dan mengerikan dari YG dan juri lain dalam episod 6, YG Entertainment buat fan meeting untuk sesi suai kenal dengan peminat. Sebelum tu ada scene Bobby perform dekat YG Family party lepas dia menang dalam survival show Show Me The Money Season 3. Awal tu cuak kemain sebab tak ada yang tepuk tangan tapi bila dah jumpa stage, hilang terus nervous tu. Apa lah sangat perform satu lagu kan? Bangga YG dengan Bobby bila jadi juara sebab Bobby dah pecahkan streotaip yang idol rapper boleh rap sama hebat dengan rapper lain. 


Nak tengok level famous Team B dekat Korea, China dengan Jepun boleh tengok dalam episod ni sebab dah ramai yang tunggu debut diorang sebagai iKON. Warna tema pun dah ada, merah dan putih. Team B tak lah terkejut sangat masa jumpa peminat sebab diorang dah merasa masa survival show WIN (2013). Trainee yang baru – Chanwoo, Jinhyeong dengan Hongseok lah baru nak merasa pengalaman jumpa fans walhal trainee lagi. Kelebihan YG Entertainment dekat situ lah bila trainee dah famous sebelum debut. 

iKON dapat satu hari untuk keluar berjalan-jalan di bandar Osaka dan berpecah ikut tempat yang diorang nak pergi. Jay dan JuNe naik Ferris Wheel dengan akuarium. Yunhyeong, DK, Chanwoo, Jinhyeong, Bobby dan Hongseok pergi ke Universal Studios dan B.I spend time sorang-sorang dekat zoo. 


Belah malam pula ada prank video dari Jay, B.I Dengan Bobby sebab diorang nak test siapa yang paling baik dan mendengar kata. Bobby test DK sebab dia yang paling muda dan diorang pun sebilik dekat Jepun. Kalau DK dengan Bobby bukan dia nak layan sangat perangai hyung yang sorang tu. Sudahnya dia lari keluar bilik haha


B.I dengan Jay pulak test level mendengar kata Chanwoo sebab dia paling muda dan pendiam. B.I paling teruk buli Chanwoo malam tu sebab dia nak tengok sampai tahap mana baru Chanwoo akan marah. B.I suruh dia urut badan lah, menyanyi lah, beli ais lah, buatkan kopi lepastu beli aiskrim. Chanwoo sikit pun tak expect B.I dengan Jay tengah test dia. Kalau DK lari keluar bilik, Chanwoo memang betul-betul pergi beli aiskrim siap belikan untuk member yang lain. Masa B.I bagitau dia dah lulus ujian pun dia still blur lagi. 


Masa tengok ni memang tergelak lah dengan B.I sebab dia betul-betul expect Chanwoo maknae yang baik padahal sekarang jadi maknae yang paling savage. Dah la Chanwoo paling tinggi antara semua member iKON, kalau dia tak puas hati tu mata dia paling scary. Sampaikan B.I cakap dia menyesal asyik puji Chanwoo maknae yang paling baik. Kalau tengok unreleased video, ada scene B.I, Bobby dengan Jay test JuNe sebab nak tengok dia care tak pasal member lain. Bobby kata kalau Chanwoo pengsan sebelah JuNe pun belum tentu lagi JuNe ambik port. 


Lepas settle berjumpa dengan fans dekat Osaka, Jepun dan undian diadakan untuk JuNe, DK, Yunhyeong, Chanwoo, Hongseok, dan Jinhyeong, mereka semua berangkat ke Beijing, China untuk berjumpa dengan 60,000 orang fans dekat sana. JuNe happy dekat Beijing sampai dia yakin dia akan menang no. 1 antara semua. 

Paling ramai haruslah dekat Seoul, Korea sebab tempat sendiri kan. Fans Bobby paling ramai yang datang sebab dia baru lepas menang Show Me The Money 3. Scene on stage dekat Korea paling lama Mnet tayang sebab iKON selesa menyembang dengan fans. Walaupun diorang boleh berbahasa Mandarin dan Jepun tapi tak lah sefasih Hangeul. 


Kalau tengok dari keputusan undian peminat dari ketiga-tiga negara  dalam episod ni pun dah tahu siapa yang dapat masuk sebagai member iKON. Tapi ada lagi 2 episod kan, so nak tengok la apa yang Mnet akan tunjuk pada audience dan fans. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 9/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.