Director : Ken Ghosh
Writer : William Borthwick, Simon Fantauzzo, Farhan Salaruddin (dialogues)
Cast : Akshaye Khanna, Gautam Rode, Vivek Dahiya, Parvin Dabas, Samir Soni, Abhimanyu Singh, Mir Sarwar, Manjari Fadnnis, Kallirroi Tziafeta, Akshay Oberoi, Abhilash Choudary, Dhanveer Singh, Mridul Das, Mihir Ahuja
Production Company : Contiloe Pictures
Distributor : ZEE5
Genre : Crime / Action / Thriller
Running Time :110 minutes
Release Date : 9 July 2021
Trailer :
Diinspirasikan dari jenayah serangan pengganas di kuil Akshardham, Gandhinagar, Gujarat pada September 24, 2002. Seramai 33 orang awam terbunuh dalam serangan tersebut termasuklah seorang komando National Security Guard (NSG), 2 orang pegawai polis Gujrat dan 80 orang awam cedera.
Kisah bermula dengan serang hendap dari team Komando Hanut Singh (Akshaye Khanna) di sempadan India-Pakistan pada tahun 2001. Misi menyelamatkan anak Perdana Menteri India pada ketika itu berjaya namun mengorbankan beberapa unit kerana Komando Hanut langgar arahan ketua. Sejak dari misi tersebut, dia mengalami trauma kerana kehilangan Kapten Bibek (Abhimanyu Singh) yang dianggap seperti adik sendiri.
September 2002, Komando Hanut dapat arahan untuk mengetuai unit NSG berkawal di kawasan kuil. Task yang disangka mudah oleh Kapten Rohit Bagga (Vivek Dahiya) bertukar ngeri bila mereka dapat info tentang 4 orang pengganas – Iqbal (Abhilash Choudary), Hanif (Dhanveer Singh), Farooq (Mridul Das), Omar (Mihir Ahuja) yang menembak secara rambang semua pengunjung yang datang.
Misi menyelamatkan dan balas serangan bermula dengan lancar tapi tergendala selepas mereka tertipu dengan helah Iqbal yang hantar tebusan bersama bom sampaikan Komando Hanut tercedera ditembak kemudiannya diganti oleh Mejar Samar (Gautam Rode). Malangnya pelan kedua juga gagal selepas ada yang bocorkan maklumat kepada pengganas tersebut. Unit NSG perlu selesaikan misi neutralize dan selamatkan tebusan di dalam kuil tersebut sebelum Bilal Naikoo (Mir Sarwar) dibebaskan ke Pakistan.
Dah lama tak layan movie arahan Ken Ghosh lepas movie Fida (2004) yang juga genre crime thriller. Movie State of Siege : Temple Attack ni adalah installment kedua di bawah franchise State of Siege selepas web series 8 episod yang menceritakan tentang serangan pengganas di Hotel Mumbai 26/11. Walaupun movie ni berdasarkan kes jenayah sebenar tapi fakta asal jauh berbeza sebab ‘inspired by’ sahaja.
Macam mana I enjoy layan Uri : The Surgical Strike (2019), macam tu jugak lah I melekat tengok State of Siege : Temple Attack baik dari drama ataupun action stunt yang dipersembahkan dalam naskhah bertemakan unsung heroes. Unsur patriotik, kekeluargaan, keberanian, agama, persahabatan, kerjasama semuanya diselitkan untuk membina alur cerita yang menarik.
Lakonan Akshaye Khanna menyerlah dalam setiap kemunculan sama ada solo screen atau sharing space bersama pelakon lain. Range of emotions dia diserlahkan dengan karakter yang keras kepala, trauma, dipandang rendah oleh sub-unit ataupun emosi dengan kehilangan Bibek. Rasa nak menangis sekali sebab backstory bantu elemen drama yang disuntik untuk mengenang jasa dan pengorbanan NSG demi melindungi negara dan orang awam.
Emotional coaster ride dari awal sampai habis sebab tak boleh nak expect apa akan jadi. Serangan rambang dan serangan balas berdasarkan apa yang terjadi pada ketika tu. Ada babak yang draggy atau tak perlu dimasukkan pun macam part pembantu kuil berjumpa dengan pengganas untuk bagi nasihat sedangkan dari awal dah nampak semuanya hati kering bunuh orang awam tanpa belas. Part Perdana Menteri (Samir Soni) pun tak perlu ada sebab watak dia tak dikembangkan dengan baik.
Tak tahu lah kalau penulis atau pengarah cuba masukkan beberapa watak extra beragama Islam untuk menampakkan sisi neutral ataupun memang dekat sana ada pekerja kuil yang beragama Islam. Tak kisah lah yang mana pun alasannya, pengganas bukan berlandaskan ajaran Islam yang sebenar pun. Dalam sirah pun dah digariskan panduan supaya jangan serang orang awam yang berada di dalam rumah ibadat. Jangan serang kanak-kanak, wanita dan orang tua.
Visual yang dipaparkan dalam State of Siege antara kekuatan bila menggunakan panorama kawasan sempadan yang penuh dengan salji dan hutan. Ada juga beberapa babak yang menggunakan hand camera untuk tampak real dan menambahkan elemen saspen. Makeup pun nampak real untuk kesan tembakan, luka melecur dan banyak lagi. Even CGI yang digunakan untuk letupan pun nampak kemas.
ZEE5 makin lama makin improve dengan content yang dipersembahkan, jauh berbeza dengan tahun lepas bila tangkap muat tanpa ambil kira faktor lakonan, penulisan skrip ataupun olahan pengarah. Keputusan yang tepat bila Akshaye Khanna pilih untuk berlakon dalam movie State of Siege : Temple Attack sebab tak banyak movie yang diterbitkan sekarang ni. Hopefully lebih banyak director yang akan offer meaty roles kepada dia lepas ni especially action atau thriller genre memandangkan dia pandai deliver suspense.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10
Ala.. URI pun tak tengok lagi.. dah ada satu lagi yang best..
ReplyDelete