Movie Review | J2 : J Retribusi (2021)

Tuesday, 20 July 2021

Pengarah : Nazrul Asraff Mahzan, Nazim Shah

Penulis Skrip :  Alfie Palermo, Azhar Amirulhisyam, Anwari Ashraf

Pelakon : Zul Ariffin, Ashraf Sinclair, Yiming Chen, Ainin Batrisya, Amelia Henderson, Rosyam Nor, Theeban G., Eric Chang

Syarikat Produksi :  Primeworks Studios, Infinitus Films, Sunstrong Entertainment, TGV Pictures

Pengedar :  Disney Hotstar

Genre :  Aksi / Drama

Durasi Tayangan : 95 minit

Tarikh Tayangan : 1 Jun 2021 (Malaysia), 25 Jun 2021 (Brunei)

Trailer :


Lepas tragedi yang berlaku dalam Unit Tindakan Khas (UTK), Jay berhenti dan menjadi bodyguard kepada Nadi (Ainin Batrisya), anak perempuan tunggal Dato’ Hashim (Rosyam Nor). Hari yang penting buat Dato’ Hashim bila dia akan mengumumkan persaraan dia dan menyerahkan bisnes kepada Liu Kang (Eric Chang), businessman dari China yang ditemani oleh bodyguard dia, Chang (Yiming Chen).

Business deal tersebut diadakan di Berjaya Hotel dengan kehadiran para media dan tetamu jemputan lain. Nadi dan Jay juga berada di sana untuk meraikan hari tersebut. Jay perasan ada sesuatu yang tak kena di ruang lobi dan bertambah pelik bila staff hotel datang hantar kek secara tiba-tiba. Tekaan dia tepat bila tak lama kemudian hotel tersebut diserang pengganas yang diketuai oleh Taufik (Ashraf Sinclair). 

Tujuan serangan tersebut kerana Taufik perlukan plat duit yang digunakan oleh Dato’ Hashim dan Liu Kang untuk mencetak duit secara haram. Plat dan semua harta mereka disimpan di dalam peti besi yang terletak di bahagian basement. Taufik perlukan Nadi sebagai umpan supaya Dato’ Hashim berlembut hati untuk serahkan passcode. 

Sekuel kepada J Revolusi (2017) yang diterbitkan di bawah syarikat produksi kepunyaan pelakon terkenal negara China, Andy Lau ni tidak lagi berlatarkan skuad Unit Tindakan Khas (UTK) bila watak Jay bergerak solo. Bukan sahaja pelakon sampingan sudah bertukar orang, tugas pengarah juga digalas oleh duo Nazrul Asraff Mahzan dan Nazim Shah. 

Walaupun penulis masih lagi dari karya Alfie Palermo yang dibantu oleh Azhar Amirulhisyam dan Anwari Ashraf tapi jalan cerita ketara benar dicedok dari filem luar negara. Tapi kalau genre aksi ni penceritaan tak lah begitu dititikberatkan. 

Sama seperti previous installment, J2 : J Retribusi tak mengembangkan watak wanita dengan begitu mendalam dan kali ni lebih tepat lagi, tak diberikan perhatian langsung sebab watak Amy (Amelia Henderson) cuma bergantung harap pada Chang dan Jay. Lagi best kalau Amy ada kekuatan sendiri sebab pangkat dia adalah manager yang menguruskan Berjaya Hotel. Tengok dari landskap bangunan, bukan sesuatu yang mudah untuk diuruskan oleh seorang yang dipaparkan sebagai loser. Excited masa nampak Niezam Zaidi tapi sayang betul watak dia muncul sekejap je. Selalu macam tu kan, kalau dapat berlakon movie bagus, watak dia pulak yang problem. 

Movie J2 : J Retribusi adalah movie terakhir dalam karier arwah Ashraf Sinclair di mana dia memegang watak antagonis yang menggerunkan. Dia ada karismanya tersendiri, tak perlu guna kata-kata kesat pun untuk show off his bad character. Cukup dia mencerlung pada mangsa pun dah rasa seram. 

Tak pasti apa kaitan dia dengan watak Andra sebab tak dijelaskan langsung sedangkan Taufik berulang kali bagitahu anak buah dia Jay orang yang sama bunuh Andra. Kalau penulis buat mereka ada pertalian mungkin dendam dan amarah tu lebih bersifat personal dan scene pertarungan mereka berdua nampak lebih tegang. Elemen drama tak diadun dengan baik dalam sekuel kecuali scene Dato’ Hashim menangis dalam tandas. Nasib baik ada Rosyam Nor yang memang handal bermain emosi. 

Sinematografi dan visual dari Teck Zee Tan agak jauh berbeza dengan hasil kerja Haris Hue Abdullah bila dia banyak bermain dengan transition dan close up shots. Ada scene yang nampak cantik bila dibuat gegar seolah kita melihat melalui lensa mata Jay tapi ada scene yang lebih baik kalau dibuat secara panorama sebab tak puas tengok stunt action Jay hasil koreografi Keung Kam-Kui. Aksi Taekwondo dari Cheng pun cantik tapi nampak sangat sengaja nak show off martial art skills dia bila hallway tu penuh dengan meja yang jatuh dan terletak elok sebagai penghadang. 

Watak Jay kali ni cuma berinteraksi dengan kanak-kanak je tapi dia punya sweet tu manis leting. Karakter dia tough tapi dalam masa yang sama sweet jugak sampai tenggelam relationship Nadi dengan ayah dia. Tak pasti kalau watak Cheng akan join Jay dalam installment ketiga tapi dinamik mereka berdua sama bagus pada second half. Dalam sekuel ni tak ada watak yang kelakar tapi ada momen antara Jay dengan Chang yang menghiburkan. 


Sama macam J Revolusi, lagu latar Ralit – Tuju ft Malik Abdullah kurang menyengat dan tak memberikan impak pada penceritaan. Sebagai sekuel, J Retribusi sarat dengan aksi yang mendebarkan dan persembahan beberapa watak yang cemerlang dan tak melebih kalau kata J Retribusi adalah movie aksi terbaik untuk tahun 2021. Tahniah kepada team production yang berjaya tembus ke pasaran Brunei. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10

4 comments

  1. anak anak suka kot cerita macam ni... Sebab J revolusi tu diorang boleh ulang2 tengok

    ReplyDelete
  2. yang first pun tak tengok habis lagi hahha... tak pernah tengok arwah asyraf berlakon jahat... macam best pulak

    ReplyDelete
  3. rasanya x penah tgk lagi citer ni

    ReplyDelete
  4. Sukaaa la movie ni, jarang tengok movie dua kali, tp yang ni repeat sekali lagi sebab paksa husband tgk, haha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.