Pejam celik pejam celik dah berusia 3 tahun dah Youtube channel kepunyaan maknae iKON dengan content yang berkisarkan kehidupan peribadi Chanwoo, projek iKON dan gaming. Sesuai lah dengan nama channel dia, Chanwoosari (Kehidupan Chanwoo). Sempena ulangtahun ketiga ni iKONIC hantar hadiah bunga dengan kek untuk dihantar ke bangunan YG Entertainment.
TRANS :
Thank you Changu and iKONIC~~~~:)
There are a lot of other presents and cake too, I’m sorry I can’t take all picture of it!!
I will try my best to be hard working Chanwoo, I love you~~~~
Punya lah happy dia dapat semua hadiah ni sampai dia update dekat Instagram, Twitter dengan Weverse. Walaupun Chanwoo sejenis yang melekat dekat depan laptop dan handphone tapi dia rajin main game je. Dia kata dia aktif dekat Twitter tapi tweets dia hasil RT tentang program atau aktiviti iKON je. Dekat IG live pula update pasal team baseball fav dia.
Youtube account Chanwoosari ni antara penyelamat iKONIC juga sebab iKON kan jarang ada aktiviti so bila Chanwoo update video setiap hari Jumaat boleh la lepaskan rindu walaupun sekejap je. Chanwoo pernah cakap views akan tinggi kalau dia buat video tentang iKON atau jemput hyung ke channel dia.
Nak buat macam mana Chanu, iKONIC rindu sangat dengan iKON. Nak tengok dekat variety show memang tak dapat lah sebab YG tak bagi join. Social media pun jarang update.
Istimewanya ulangtahun ketiga ni bila Chanwoo buat pengumuman yang dia akan buat kek oreo dekat Youtube live jam 4 petang pada 29 Julai. Ramai yang terkejut sebab Chanwoo nak buat kek. Confirm huru-hara dapur dalam rumah tu sebab Chanwoo jarang masak. Dia masak pun sandwich spam jam strawberry fav dia.
Kenapa Chanwoo pilih untuk buat kek oreo sebab dia suka makan dessert tu dekat cafe yang dia selalu pergi. Cara nak buat pun senang je sebab kek jenis chiller freeze tu. Tapi senang ke untuk Chanwoo buat? Haaaa sejak malam sebelum tu pun iKONIC dah risau. Ramai lah yang tweet pasal live ni. Ada yang berdoa supaya Yunhyeong ada sekali masa live nanti supaya kek Chanwoo tak rosak.
Dekat Weverse pun ramai yang excited sampai suruh DK naik tingkat atas lepastu kacau Chanu. Ada fan tanya kalau dapur bersepah mesti Yunhyeong marah DK dengan Chanwoo kan? Tapi DK replied hyung dalam iKON semuanya baik. Faktanya Yunhyeong tak marah tapi dia membebel lama gila. Dalam first vlog Chanwoo ada part dia kena bebel tak berhenti.
Ada juga fans yang tanya Chanwoo pasal guna perkakas dapur Yunhyeong masa live nanti tak kena marah dengan dia ke? Chanwoo relaks je cakap diorang satu family so tak ada masalah pun bab share barang ni. Part yang ni memang betul sangat lah sebab diorang share baju, kasut, lip balm, beg dll.
I tak join live tu sebab tengah kerja tapi kalau join pun macam huru-hara je. Tengoklah komen-komen iKONIC masa live tu macam mana. Dari atas sampai bawah penuh dengan instruction supaya kek Oreo tu menjadi. Chanwoo minta semua bertenang sebab manager dengan PD noona ada sekali dekat situ so kalau dia salah, diorang akan tolong.
Ye ye je lah dia tu padahal masa dia masukkan gula tu pun sukatan tak betul sampai iKONIC instruct suruh masukkan lagi. Kelakar tengok tweet yang kata orang lain buat kek sebagai terapi minda tapi bila Chanwoo buat kek habis semua anxiety tengok dia.
Chanwoo: Please believe in Chanwoo!
Bila Chanwoo tanya nak masukkan oreo ataupun cream dulu pun dah serupa berperang dah dekat comment section tu tapi Chanwoo pilih advice fans yang cakap ikut suka lah nak letak yang mana sebab tu kek dia, asalkan dia bahagia sudah lah. Hahaha tak tahu lah tu advice ke ayat pasrah. iKONIC dah terbiasa dengan Yunhyeong yang buat preparation sebelum masak resipi dekat Youtube channel dia so bila tengok Chanwoo yang main buat ikut suka memang menggerunkan lah.
Finally lepas 40 minit Chanwoo buat kek dengan bantuan iKONIC, terhasil lah kek Oreo dia tapi disebabkan kek tu kena bekukan dulu selama 3 hingga 4 jam, Chanwoo kata dia akan buat video khas untuk merasa kek yang dia buat.
Chanwoo : This cake made by me, a gift for me, and gonna be eaten by me~
Lepas keluarkan dari fridge, Chanwooo update kejadian kek Oreo tu dekat IGstory. Chanwoo kata kek Oreo dia menjadi so nanti dia akan buat untuk semua hyung rasa pulak. Yang tak sempat tengok Youtube live dia, Chanwoo masukkan dekat vlog Chanwoosari. Dekat sini complete lah dari start dia buat sampai lah part dia merasa kek tu. Boleh tengok dekat sini :)
Happy 3rd anniversary Chanwoosari, semoga lebih banyak lagi content dan vlog menarik in future. Thanks sebab sediakan video dengan editing kelakar untuk menceriakan hari iKONIC. All the best Chanwoo!
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.
aduh.. orang lain pula yang anxiety tengok chanwoo buat kek ye.. sesekali layan celoteh dia nie dekat youtube pun syok juga.. comel je..
ReplyDelete