Drama Review | Doom at Your Service

Friday, 9 July 2021


Director : Kwon Young-Il

Writer : Im Meari

Cast : Park Bo-young, Seo In-guk, Lee Soo-hyuk, Shin Do-hyun, Kang Tae-oh, Dawon SF9, Nam Da-reum, Jung Ji-so

Production Company : Studio&NEW, Studio Dragon

Distributor : tvN, Viu

Genre : Fiction / Romance

Running Episodes :  16 episodes (60 minutes per episode)

Release Date : 10 May 2021 – 29 June 2021

Trailer : 


Kisah bermula dengan babak Tak Dong-Kyung (Park Bo-Young) yang bekerja sebagai editor web novel di sebuah syarikat penulisan kecil dapat tahu dia akan meninggal selepas 3 bulan akibat ketumbuhan tumor yang semakin membesar di kawasan otak dia. Disebabkan sedih dan dalam keadaan mabuk, dia buat hajat untuk dunia ni hancur bila dia ternampak shooting stars malam tu.

Myul-Mang (Seo In-Guk), pengantara antara dewa dan manusia terdengar hajat dia malam tu dan melawat Dong-kyung di rumah. Dia buat kontrak selama 100 hari akan hilangkan rasa sakit Dong-kyung sepanjang tempoh tu dengan balasan dia akan tunaikan permintaan Dong-kyung. Kalau Dong-kyung langgar janji atau tarik diri, nyawa orang yang paling dia sayang akan diambil.

Dalam drama ni tak faham sangat Myul-Mang ni level malaikat ataupun cuma pengantara yang mempunyai kuasa untuk menghancurkan. Hidup dia tetap dikawal oleh dewa kelahiran, Sonyeoshin (Jung Ji-so). Myul-Mang sentiasa datang melawat dan masih lagi figure out apa dan kenapa dia diciptakan sebegitu. Dia tak makan, minum, menangis ataupun tidur. Dia tak punya perasaan dan mampu dengar semua fikiran manusia. 

Sebagaimana dia ditakdirkan untuk berjumpa dengan Tak Dong-Kyung, sebegitu juga lah dia ditakdirkan untuk jatuh cinta dan belajar untuk memahami hati manusia. Walaupun Sonyeoshin cuba pisahkan tapi takdir mereka berdua lebih kuat. Kalau diputar balik waktu pun Myul-Mang dengan Dong-Kyung tetap akan berjumpa dan jatuh cinta. 

Masa layan drama ni bukan nak tengok sangat jalan cerita pun sebab predictable dengan jalan cerita yang santai sebab genre romance. Punca utama nak tengok drama ni gara-gara Seo In-guk je. Lee Soo-hyuk sebagai manager Cha Joo-ik pun handsome jugak. Bukan setakat figure ala model, suara dia pun garau. Watak dia tak banyak bercakap sangat tapi bila bercakap fuhhhh melting leting! 

Drama Doom at Your Service terbitan Studio&NEW dan Studio Dragon ni adalah drama kedua I tengok selepas drama Crash Landing On You (2020). Keduanya genre yang sama dengan penceritaan yang lebih kurang sama. Dapat perhatian tinggi sebab main cast memang famous. Ada baca orang komen yang diorang kecewa episod hujung drama ni tak ada kiss scene lol for me that’s a blessing sebab tak perlukan scene macam tu untuk tarik audience. Ada tu ada tapi tak beria. 

Romantic scene pun tak try hard sebab karakter Dong-kyung dengan Myul-Mang ni jenis hati kering so most of the time diorang suka bergaduh. Tapi bila romantik tu memang romantik habis sebab penulis olah watak Myul-Mang sebagai bad boy dan cuma jadi baik terhadap someone special je. Bila dia buat something special tu memang awwww walaupun cuma tahap paling rendah macam senyum contohnya. Tsskkkk!

Supporting cast pun sama kuat juga dengan konflik dan drama percintaan diorang tapi macam tak logik lah sebab ketiga-tiga cast sanggup tunggu sampai 10 tahun baru nak kasi settle konflik cinta diorang. Nasib baik lah genre fiksyen, tak ada lah rasa macam merepek sangat Na Ji-na (Shin Do-hyun) berperang perasaan dengan Lee Hyun-kyu (Kang Tae-oh). Watak Tak Sun-kyung (Dawon SF9) dengan Park Young / Gwi Gong-ja "Young Prince" (Nam Da-reum) antara watak yang leraikan intense scenes dengan perangai comel dan kelakar. 

Penggunaan VFX dalam drama ni memang banyak sebab menggunakan konsep makhluk berkuasa dan semua babak tetap nampak cantik dengan sharp transition selain kagum dengan kekacakan In-guk. Banyak kali panorama cantik digunakan sebagai latar untuk menghidupkan suasana romantik dan hargai kehidupan sebelum ajal menjemput. 

Music album hasil karya Lim Ha-young menaikkan lagi suasana romantik dan keindahan persahabatan ataupun kekeluargaan. Lagu Breaking Dawn - Ailee, I Wanna Be With You - Gummy, U - Baekhyun EXO dengan lagu All of My Love - Davicihi are my favorite pick. Kebanyakannya genre balada dan melankolik, sesuai lah dengan senario yang dipaparkan dari awal sehingga ke hujung. 

 

Drama Doom at Your Service ni ada vibe macam drama Goblin (2012) sebab ada beberapa babak yang seakan sama lagipun konsep pun memang sama. So kalau suka drama Goblin tu for sure akan suka jugak lah dengan drama romantik Doom At Your Service ni. Sediakan tisu kalau anda sejenis hati rapuh.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 =8.6 /10

6 comments

  1. okay.. boleh tengok nanti...suka park bo young...chomelll

    ReplyDelete
  2. Sampai sekarang stop sampai ep 8 kalau tak silap sebab tak faham hahahaha. Lagi minat dengan kisah percintaan second lead, anddd betul so hyuk tuuuu aura dia! Suara dia punn memang kegilaan ramai hahaha.

    ReplyDelete
  3. dh lama x follow kdrama.. byk ketinggalan dh.. huhu

    ReplyDelete
  4. Ala.. lama tak layan drama romance camnie.. Kalau ala CLOY, boleh cuba tengok nanti.. tq farhana..

    ReplyDelete
  5. Kak Pip layan drama ni sampai habis. Layan pun pasal macam lama x ntengok drama In Guk. Tak sia-sia tengok pasal pelakon semua best, sentiasa in character. In Guk tu, perghh dia punya level bad boy no feeling x nak layan orang rasa macam nak sekeh2. hahaha.

    Dong Kyung pun sama, no feeling kalau bercakap dekat myung mang tapi muka dia why la so cute.

    Mula-mula cuba juga nak faham watak Myung Mang ni. Ingatkan dia ni macam level Malaikat Maut, tapi tak juga. Dia ni bak rama-rama peliharaan Dewa Kelahiran.

    Bab kissing scene kalau tak ada pun dalam drama ni, still ok. Overall, suka dengan gandingan semua pelakon, dan jalan cerita.

    Cuma part auntie dorang yg kawin org Canada tu lah, kak pip rasa macam hurmmmm. Dialog mereka tak berapa nak menjadi.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.