Celebrate Birthday Adik Dengan KFry, Woot Woot!

Wednesday, 14 July 2021

Kalau sebut bulan 7 dah tahu dah birthday Fariha Jafri datang lagi. Sepanjang hidup ni tak pernah pun lupa tarikh birthday dia cuma lupa tahun je. Kadang macam tak percaya adik dah besar. I mean dah berusia. Bab besar tu memang dari dulu besar dah. No doubt on that wkwkwk.

Memandangkan tengah covid-19 dan Selangor kena PKPD terpaling sendat, so tak boleh lah nak celebrate dekat luar. Nak celebrate dengan family apatah lagi kan? Entah bila kitorang dapat balik Sabak Bernam entah. 

Bila tanya dia nak hadiah apa, dia kata nak kek je. Favorite cake dia Red Velvet dekat Harold's Bread tapi kalau order dengan Grab atau Foodpanda, tak ada dekat dalam list tu. Secret Recipe pun tutup so I order dekat kedai kek mana entah. Kek dia mengecewakan tapi nasib baik lah haritu I order Kfry jugak sebab teringin nak makan. 


Alang-alang dah order Spicy Chicken Mini Bumbuk, order lah jugak set tteobokki padahal tak pernah merasa pun. Kira habis gamble lah haritu. Kalau tak sedap pun telan je lah sebab dah order kan? Silap masa tu pergi order 3 jam awal sebab takut order tak sempat siap since kedai makan tutup jam 8 malam. Menyusahkan orang je tau SOP bangang cenggini. 


Ni pertama kali lah order KFry take away sebab selalunya kitorang lepak makan dekat sana. Cheese untuk balut ayam tu disediakan dalam bekas hitam. Kena ikut manual yang KFry bagi untuk dia reheat cheese dekat dalam tu. Berdebar jugak lah masa nak panaskan tu sebab takut dia meletup. Zaman hostel dulu pernah je maggi meletup dalam container. Tatoddddd :(

Alhamdulillah tak ada kejadian ngeri walaupun dia punya berasap macam Donald Duck hangin dengan semua benda. Ingatkan panaskan cheese dah mencabar rupanya nak balut ayam dengan cheese lagi mencabar. Tak perlu lah ambil gambar untuk tunjuk betapa selekehnya balutan kitorang. Tanpa ragu lagi tangan kitorang tak berseni langsung. 

Macam biasalah kalau makan ayam KFry ni tak pernah lah tak tersandar kekenyangan macam ular sawa. Mengah nak habiskan 6 ketul ayam. Kenapa kitorang tak simpan je untuk hari esok sebab dah tak umpphh kalau makan esok bila kulit dia dah kembang gara-gara limpahan sos dekat situ. 


Hampir terlupa dengan tteobokki KFry sebab main dish tu ayam dia. Bila rasa kuah tteobokki dia nak menangis dibuatnya sebab sedap. Rasa kuah ni lah yang dicari selama ni. Rasa kuah yang sama dengan food court Mid Valley sebab tukang masak dia chef dari Korea tapi menetap dekat Malaysia. Bukan rasa kuah penuh dengan cuka :')

Beria cari jauh-jauh padahal jawapan ada depan mata. Begitulah kehidupan manusia kan? Kuman diseberang nampak benar tapi gajah dekat sebelah dihiraukan. Entah apa kaitan tapi begitulah ibaratnya. 

By the way, kitorang celebrate dengan makan menu sedap je kecuali kek tapi takpe lah tunggu habis PKP nanti balas balik dengan pergi vacation ke Penang. Happy birthday Ha ❤ 🌸

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.