Writer : YG Entertainment
Cast : Team A (Song Min Ho, Kang Seung Yoon, Nam Tae Hyun, Kim Jin Woo, Lee Seung Hoon), Team B (B.I, Bobby, Jay, JuNe, D.K, Yun Hyeong), YG, JYP, Big Bang, 2NE1, Masta Wu, Tablo, Lee Hi, AKMU, Yoo In Na
Production Company : YG Entertainment
Distributor : tvN, Mnet
Genre : Survival Show
Running Episodes : 11 episodes (45 minutes per episode)
Release Date : 24 August 2013 – 27 October 2013
Video :
Sambungan dari Battle pusingan kedua dalam Episod 7, Team B mula dengan dance performance menggunakan lagu Picasso Baby – Jay Z mash up Gold Digger + Touch the Sky - Kanye West. Untuk performance ni Team B cuba untuk buat tumbling sebab diorang belum pernah lagi guna stunt ni. Susah kalau timing tak ngam sebab DK boleh injured.
Lepas practice banyak kali, hasil dia memang cantik sangat. Performance ni kalau tengok banyak kali pun tetap best. Imagine lepas tengok 7 tahun pun feeling dia tetap sama. DK kata performance ni 80% adalah acting dan kesemua team express dengan bagus dan storyline pun dikembangkan dengan cantik. Koreografi elok tersusun dan steps bergerak dengan cantik dan kemas.
‘I like Kim Jinhwan (Jay) style. Your dancing style is skillful and flexible. Here and there it’s very powerful too. I started at 17 years old in this music industry so there are certain moves I really like. Mr. Kim, if you keep developing the vibe you have now, I will be your fan in the future too.’ - Lee Hyun-Do
Team A pun guna konsep yang sama bila masukkan elemen lakonan berlatarkan zaman sekolah dengan lagu DOA – Jay Z mash up Michigo – GD. Walaupun Min Ho injured dan tak dapat menari tapi dia letak Beatboxing sementara ahli kumpulan yang lain menari. Sayangnya tune beatboxing tak selari dengan energy tarian tu. Even lagu yang dipilih pun tak memberi impak pada performance.
Untuk original song performance, Team B stress sebab Jay dengan JuNe tak ingat lirik yang diubah last minute masa rehearsal. Steps pun tak boleh nak buat dengan betul bila main vocalist lupa lirik. JuNe dah mula give up sebab diorang tak cukup tidur dan tak cukup masa bila lagu diubah last minute. Mencabar jugak lah sebab original song. Masing-masing tak familiar lagi.
B.I stress bila ahli kumpulan dia mula give up. Bobby pulak terasa bila B.I lari jauh sebab dia rasa leader buang diorang macam tu je. Tapi marah macam mana pun, kalau Jay dah mula menangis depan diorang cepat-cepat je baik balik. Jay paling takut kalau team dia berpecah macam tu sama lah bila dia tengok JuNe dengan DK bergaduh. Even sampai sekarang pun dia akan nangis kalau team bergaduh. Selalunya maknae yang ada perangai macam tu tapi dalam Team B ni yang paling tua yang paling cengeng.
Macam yang diorang expect, performance untuk original song akan dikritik. Walaupun YG backup lagu diorang kena ubah last minute so tak cukup practice, juri tetap bagi markah rendah sebab tak ada keunikan dan fresh idea pada steps dan koreografi. Rap skills Bobby dipuji oleh Lee Hyun-Do sampai dia cakap Bobby akan bersinar kalau masuk rancangan Show Me The Money.
Team A perform lagu Smile Again yang menceritakan perjalanan hidup mereka sebagai trainee di YG Entertainment. Lagu tu digubah oleh Kang Seung Yoon. Lagu diorang catchy walaupun tak sarat dengan style hip-hop dan lebih kepada genre pop. Harmoni dengan koreografi cantik teratur. Tapi macam JYP dengan Yoon Jong-shin cakap, lagu tu guna melodi dengan tune yang biasa dengar. Senang untuk follow along tapi tak ada keunikan tersendiri.
Bila tengok original song dari kedua-dua team boleh nampak yang masing-masing ada style dan genre lagu masing-masing. Macam Team A lebih kepada pop, baladan dan R&B style sementara Team B pula sesuai dengan style YG Entertainment – hip-hop dan rock. Sebab tu Team B senang nak dapat tangkap selera YG macam mana. Team A pula struggle dengan style YG tambah pula ada yang dah debut dengan genre sendiri. Sepatutnya diorang masuk SM Entertainment, JYP ataupun Cube.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.