TV Show Review | WIN - Who Is Next? : Episode 4

Sunday, 20 June 2021


 Director : Yang Hyun Suk (YG)
Writer : YG Entertainment
Cast :  Team A (Song Min Ho, Kang Seung Yoon, Nam Tae Hyun, Kim Jin Woo, Lee Seung Hoon), Team B (B.I, Bobby, Jay, JuNe, D.K, Yun Hyeong), YG, JYP, Big Bang, 2NE1, Masta Wu, Tablo, Lee Hi, AKMU, Yoo In Na
Production Company : YG Entertainment
Distributor : tvN, Mnet
Genre : Survival Show
Running Episodes : 11 episodes (45 minutes per episode)
Release Date : 24 August 2013 – 27 October 2013
Video : 

Disebabkan Team B berjaya untuk penilaian bulanan berdasarkan undian para juri dalam episod 3, YG bagi reward kepada diorang dengan hantar bercuti ke pantai. Untuk Team A pulak, YG bagi banner Cheer Up! dan belanja makan daging bakar. 

Untuk episod 4 ni agak menarik lah sebab ada Battle antara JYP dengan YG Entertainment. Ni tradisi antara JYP dengan YG setiap kali nak debut artis baru di bawah talent agency masing-masing. Sebelum ni Rain bertarung dengan Se7en kemudiannya 2PM dengan Big Bang. So kali ni Team A dan Team B akan bertarung dengan trainee baru under JYP. Masa ni ada GOT7 dengan Day6 walaupun team diorang belum confirm lagi akan debut. 


Kelakar masa tengok YG dengan trainees berjalan nak pergi ke bangunan JYP tu sebab memasing nampak macam nak pergi belasah orang. Dengan baju hitamnya, baseball bat props, muka kemain bengis sebab YG suruh tapau diorang cukup-cukup. 

Untuk Rap Battle, JYP hantar Jackson Wang, Yun-hyung dan Mark Tuan dengan lagu Snoop Dog – Drop It Like It Hot. Wakil dari YG pula adalah gabungan Team A dan B - Min Ho, B.I, Bobby dan Lee Seung Hoon dengan lagu What – YMGA. Bab rap ni senang sangat lah trainees YG nak tapau sebab memang kelebihan diorang dekat situ.  

‘The three elements of rap are basically flow, delivery and lyrical content. All three were met and it was a great performance. As swagger, B.I did it great. Seung Hoon took the stage by storm. Actually the best rap style I liked the most is Bobby.’ – JYP

Dance battle start dengan trainee dari JYP - Jackson Wang, Bambam, Mark Tuan dan Yun-hyung dengan lagu Caught Up – Usher. Gabungan push tumbling dari Mark Tuan dan Jackson yang curi tumpuan sebab kreatif dan unik. Timing kena cantik kalau nak buat part tu. Tengok banyak kali pun still kagum dengan koreografi diorang. JYP pula pilih Team B dengan lagu The Motto – Drake sebab diorang baru je lepas menang masa penilaian haritu. JYP menang juga yang ni sebab teamwork Team B menyerlah. 

Untuk Round 3 – Vocals, JYP pilih trainees Day6 yang memang hebat dengan instrument dan vokal masing-masing. Je-hyung bagitau yang YG pernah kritik dia dalam rancangan Kpop Star so dia nak buktikan kemampuan dia dalam Battle kali ni dan kalahkan trainees YG. Impian dia tercapai lah masa tu sebab Team A buat silap bila Kim Jin Woo lupa lirik. 

Tapi JYP tetap bagi pujian sebab dia tahu Battle ni agak mencabar, lebih teruk nervous tu daripada buat performance atas stage nanti. Dia puji Kang Seung Yoon jugak sebab berjaya atasi trauma dia lepas banyak kali kena marah dengan JYP dulu. Dalam Battle kali ni dia dah buktikan kemampuan lepas dapat training di YG Entertainment. 

Tak bermakna JYP puji, YG senang hati dengan keputusan tu. Dia sebenarnya nak Team B yang perform tapi trainees JYP pilih Team A sedangkan Team A masih lemah lagi. Silap besar lah dia bagi Team A yang perform sedangkan Team B ada Jay dan JuNe. 

‘No matter who’ll win or lose in this battle because everyone who participated in this will raise as star.’ – JYP

Betul lah apa JYP kata tu sebab GOT7, Day6, iKON dengan Winner memang naik sebagai Kpop star pada era masing-masing. Bila tengok balik ni rasa macam kagum dengan penilaian dua produser musik terbesar dalam Kpop industry. Masing-masing pandai menilai dan gilap bakat baru. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

2 comments

  1. waktu tengok show ni i suka dua2 team. sedih kot dengan team yg kalah nasib baik lah yg nak debut kedua sekali walaupun ikon debut lambat sikit.

    ReplyDelete
  2. betul..they are good in choosing idols

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.