TV Show Review | WIN - Who Is Next? : Episode 1

Sunday, 20 June 2021

Director : Yang Hyun Suk (YG)

Writer : YG Entertainment

Cast :  Team A (Song Min Ho, Kang Seung Yoon, Nam Tae Hyun, Kim Jin Woo, Lee Seung Hoon), Team B (B.I, Bobby, Jay, JuNe, D.K, Yun Hyeong), YG, JYP, Big Bang, 2NE1, Masta Wu, Tablo, Lee Hi, AKMU, Yoo In Na

Production Company : YG Entertainment

Distributor : tvN, Mnet

Genre : Survival Show

Running Episodes : 11 episodes (45 minutes per episodes)

Release Date : 24 August 2013 – 27 October 2013

Video : 


Lepas 8 tahun YG Entertainment naik dalam industry disebabkan Big Bang, YG buat keputusan untuk debut lagi satu boy band melalui survival show. 11 orang trainees dibahagikan kepada 2 kumpulan - Team A (Song Min Ho, Kang Seung Yoon, Nam Tae Hyun, Kim Jin Woo, Lee Seung Hoon) & Team B (B.I, Bobby, Jay, JuNe, D.K, Yun Hyeong). 

Mereka semua dah jadi trainee di YG Entertainment selama 3 hingga 4 tahun dan antara yang menyerlah ialah B.I, Bobby dan Jay di Team B. Tapi kekuatan pada Team A bila Kang Seung Yoon dengan Lee Seung Hoon dah ada fanbase sendiri dan debut solo album masa survival show ni bersiaran. 

YG nak tengok Team mana yang akan dapat debut sebagai boy band WINNER berdasarkan voting para penonton. Bak kata Ju-Ne confirm lah Team A menang sebab diorang dah ada fanbase yang kuat dah. Tapi bijak lah cara YG promote Team B sebab masing-masing tak pernah perform on stage dan berjumpa dengan peminat. Dari sini YG nak tengok sejauh mana populariti Team B sebelum debut dalam masa 4 tahun akan datang. 

‘YG make artist debut only when they are sure the artists are up to certain level. I’m sure Mr. Yang come up with this idea when he had confidence in them. Both teams are talented.’- JYP

Setiap bulan YG Entertainment aka nada monthly assessment untuk tengok progress setiap trainees so untuk survival show WIN - Who Is Next? ni, kedua-dua kumpulan akan perform vocal dengan dance untuk dinilai oleh Mr. Yang dan beberapa orang coach juga senior artist. 

Team A mula dulu dengan lagu Heart Attack – Troyes. Dekat awal performance pun dah Seunghoon buat silap bila terlupa lirik gara-gara nervous sangat.  Untuk dance performance Team A pilih Double Down – Vybz Kartel. Team B pilih lagu Hard – Rihanna untuk vocal performance dan lagu The Motto – Drake untuk dance performance. 

Dari awal penilaian pun dah nampak YG suka dengan performance Team B sebab nampak teamwork pada dance. Style YG Entertainment ni bila perform kena have fun on stage selain dari style hip-hop. Sebab tu Team A gagal bagi impression bagus pada YG bila performance terlampau boring dan try hard. Kim Jin Woo dengan Nam Tae Hyun terlampau try hard pada facial expression bila perform dan Seunghoon tak boleh nak buang accent Busan dia bila menyanyi. 

‘Jin Woo has suffered many setbacks and he works really hard. But the hard work not been met with great results. Perhaps this show will change him’ – Mr. Yang

Banyak kelemahan dari Team A bila diorang tak ada leader, berbeza dengan Team B yang diketuai oleh B.I. Even YG nampak B.I akan jadi pelapis G Dragon sejak pertama kali nampak performance dia. Ahli kumpulan Team B pun senang nak bekerjasama di bawah tunjuk ajar B.I walaupun dia lebih muda dari Jay, Bobby dan Yun Hyeong. 

Untuk penilaian bulan April, Team B dipuji oleh YG dan Song Minho dipilih sebagai ketua kumpulan untuk Team A. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.