TV Show Review | Mix & Match Episode 6

Monday, 21 June 2021


Director : Yang Hyun Suk (YG)

Writer : YG Entertainment

Cast :  Team B (B.I, Bobby, Jay, JuNe, D.K, Yun Hyeong), Jung Jinhyeong, Yang Hongseok, Jung Chanwoo, YG, JYP,  Masta Wu, Tablo, Lee Hi, AKMU, Yoo In Na, Big Bang, 2NE1, WINNER, PSY

Production Company : YG Entertainment

Distributor : Mnet

Genre : Survival Show

Running Episodes : 9 episodes (45 minutes per episode)

Release Date : 11 September 2014 – 6 November 2014

Video :



Sambungan dari Episod 5 bila performance ketiga untuk vocal performance dari Team B.I, DK dan Hongseok dan juga artis jemputan, Lee Hi. Lagu yang dibawa ialah Let It Go – Frozen yang digubah kepada genre hip-hop mengikut citarasa B.I dan Lee Hi. Personally for me I tak suka sangat dengan versi ni sebab terlampau strong genre hip-hop tu. Para juri memang suka lah sebab diorang memang genre tu. 


Memang sesuai lah Lee Hi masuk Team B.I sebab energy dia memang setanding dengan energy B.I bila perform on stage. But still nampak yang Hongseok tak boleh nak blend in lagi dengan style hip-hop even singing part dia tak sebanyak yang lain. DK menyerlah dalam rap, vokal dan tarian. 

Untuk pusingan dance evaluation, Team Jay dapat markah paling tinggi dengan lagu Deux – Turn Around and Look At Me. Masa training kesemua team dapat tunjuk ajar dari senior artist dalam YG Entertainment. Props Team Jay yang banyak membantu selain tarian ikonik pada zaman 90-an sebab kembalikan balik memori zaman tu. Nak plak Jay stunt choreo untuk team iKON so munasabah la kalau dia dapat markah tinggi dari para juri untuk dance performance. 


Pressure pada Team Bobby sebab diorang perform lagu Come Back Home – Seotaji and The Boys & 2NE1 ; group boy band YG masa zaman muda dulu. JuNe pulak ambik part stunt YG. Gabungan dua lagu Come Back Home dari zaman 90-an dan millennium diolah dengan kreatif sebab tak nampak perbezaan yang ketara. It just blend well with dance choreography and rhythm. 


Team B.I tambah penceritaan pada dance performance yang cheesy dan kelakar sesuai dengan karakter JYP dalam lagu Honey. Kelemahan pada Team B.I ni haruslah pada Hongseok sebab dia tak pandai menari. Paling ketara bila energy dia tak secocok langsung dengan B.I dan DK. Nampak sangat dia tak mampu nak catch up. 


Memandangkan Team Bobby dapat no. 2 dan Team Jay di tempat last, JuNe, Yunhyeong dengan Jinhyeong kena compete di pusingan penentuan sebagai ahli ke-7 iKON. Chanwoo pula dipilih oleh juri sebagai trainee ke-6 dalam iKON sebab dia makin improve setiap kali assessment. Dalam masa 3 bulan skills dia semakin bagus. 


Bobby kesian dengan Chanwoo sebab dia tak boleh nak tunjuk dia happy walaupun dia layak sebab JuNe dengan Yunhyeong masuk pusingan penentuan sedangkan diorang berdua adalah ahli asal Team B. Kalau tengok muka JuNe masa tu memang menyampah gila dengan Chanwoo. Jay dengan DK dah menangis. 

Masa pusingan penentuan tu Yunhyeong terlupa lirik sebab dia terlampau nervous. Menangis teruk tengok part ni sebab dia ahli Team B, train sama-sama 3 tahun dengan yang lain tapi dia tersingkir. Even dia gagal buat yang terbaik depan juri tapi dia tetap support Jinhyeong masa perform. Sepatutnya Hongseok yang ada dekat pusingan penentuan tu tapi disebabkan Team B.I menang, tak kisah berapa teruk pun performance dia masa tu pun tetap terselamat dari penyingkiran. 


Even JuNe dapat masuk sebagai ahli ke-7 pun dia tetap nak Yunhyeong ada sekali. Teruk dia menangis masa peluk Bobby. 

‘I remembered the day Yunhyeong and I joined YG together. Leaving him and pass the match alone was so hard. I don’t know why do we have to go through this.’ – JuNe


Scene JuNe, Jay, DK dengan B.I lari keluar pujuk Yunhyeong tu sedih gila sebab semua menangis sama-sama dalam hujan. Masalahnya JuNe yang beria nangis sampai Yunhyeong kena pujuk dia pulak. Masa tengok scene ni teringat scene dalam Kingdom : Legendary War setiap kali nak umum keputusan tu JuNe akan pegang tangan Yunhyeong sebab dia tak kuat nak tengok scoreboard. Masa fan meeting Flower, JuNe dah cakap dia dah taknak join survival show. 

Masa iKON tenangkan each other, Bobby stay dengan Chanwoo sebab yang tu pun menangis jugak. Kesian jugak lah dekat dia sebab tak tahu nak buat apa masa tu. Menang pun terbeban dengan rasa bersalah. No wonder lah sampai sekarang Chanwoo sayang Bobby lebih bila tengok balik zaman Mix & Match ni. Bobby tak layan Chanwoo macam orang luar sebab dia bangga dengan achievement Chanwoo. 


Walaupun dah tahu siapa yang fans pilih sebagai iKON tapi tetap menangis bila tengok video dari zaman survival show diorang. Banyak yang diorang hadap sebelum debut sebagai idol group di bawah YG Entertainment. Tak semestinya debut under Top 3 biggie, dapat layanan special dan privilege lagi banyak dari trainee under company biasa. Bak kata Bobby, YG Entertainment mungkin nampak bebas tapi sebenarnya rules diorang paling strict. Lagi strict kalau dengan iKON and iKONics cannot figure out why. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 9/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.