Director : Yang Hyun Suk (YG)
Writer : YG Entertainment
Cast : Team B (B.I, Bobby, Jay, JuNe, D.K, Yun Hyeong), Jung Jinhyeong, Yang Hongseok, Jung Chanwoo, YG, JYP, Masta Wu, Tablo, Lee Hi, AKMU, Yoo In Na, Big Bang, 2NE1, WINNER, PSY
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Mnet
Genre : Survival Show
Running Episodes : 9 episodes (45 minutes per episode)
Release Date : 11 September 2014 – 6 November 2014
Video :
Walaupun kecewa dengan kejutan pada perubahan peraturan survival show oleh YG dalam episod 2, semua trainee berkumpul untuk sambut kedatangan Yang Heong-sok sebagai peserta ke-9. Masa sesi perkenalkan diri tu Jay macam frust sebab dia sebaya tapi lemah. JuNe dari awal dah menyampah dengan 3 orang trainee baru. Sama juga dengan B.I sebab Heong-seok tak ada style hip-hop langsung dan tak pandai menari. Dia kena tampung kelemahan 3 orang dalam masa yang singkat. Pressure untuk dia makin meningkat.
‘He’s very unusual, I still haven’t adjusted to this change. I’m worried about how we’ll make this work.’ – JuNe
Menyampah macam mana pun diorang tetap buat welcoming party untuk Heong-sok tapi suasana krik krik je lah masa makan tu. Dalam episod ni dah mula nampak Yunhyeong makin selesa dengan Chanwoo. Masa grill daging pun sempat bergaduh dekat dapur sebab Chanwoo taknak dengar cakap dia. Bobby geleng kepala bila Hyeong-sok kena tidur dekat sofa sebab katil dah tak cukup. Berbeza betul hostel iKON masa trainee dengan zaman Love Scenario. 9 orang berhimpit dalam satu rumah dengan wallpaper bunga-bunga, kasut penuh dekat pintu, baju bersidai sana-sini.
Bila dah cukup 9 orang peserta, diorang dibahagikan kepada 3 kumpulan di bawah B.I, Bobby dengan Jay sementara B.I jadi leader untuk dance performance. Tak ada masalah untuk vokal so pemilihan lagu tak ambil masa yang lama. Kali kedua Chanwoo dapat masuk team B.I untuk vocal performance so boleh nampak dia mula selesa dengan cara Tiger Bin.
Tapi ada ketegangan bila dance practice sebab Hyeong-sok tak boleh nak catch up steps sampai B.I dah menyampah padahal tinggal lagi 10 haris ebelum assessment. Dah banyak kali B.I pesan supaya practice lebih dari trainee lain sebab dia baru. Sama juga dengan Chanwoo dan Jinhyeong sebab tak nampak improvement pun dari awal. Siapa tak marah sebab perangai sambil lewa diorang dah kacau masa trainee lain.
Stress sangat sampai B.I lari dari training centre. Dia nak pergi ke Busan tapi dia tak tahu so dia duduk dekat taman sampai 4 jam. Kalau bukan sebab menggigil sejuk, iKON dengan staff sampai ke sudah tak tahu dia pergi mana. Jay dengan Yunhyeong paling risau sekali sebab dorang tahu B.I dah sesak dengan tanggungjawab sebagai leader. Dah lah dua-dua paling cengeng dalam iKON.
Sebelum ni Jay dah pernah nangis dalam WIN walaupun scripted tapi semua pun tahu dia terpaling cengeng kalau melibatkan team member. Kali ni nampak sisi cengeng Yunhyeong pulak sebab screentime lebih so dapat la nampak karakter masing-masing macam mana. Dalam iKON TV (2018) ada scene therapist bagitahu yang Yunhyeong sejenis utamakan orang yang dia sayang sebelum diri dia. Menangis jugak lah bila tengok dia menangis risaukan B.I dekat luar sana sorang-sorang. Even lepas debut pun B.I pernah ambil cuti untuk berehat lepastu minta tolong Jay jadi leader interim untuk iKON.
Masa Bobby dengan B.I pergi audition survival show – Show Me The Money 3 tu Bobby ada cakap dia rindu dekat Jay. Masa datang Korea, Jay yang paling banyak jaga dia dekat YG so bila dia nervous, dia nak support dari Jay. Shooo shweet! B.I dok pegang dada kiri dia pastu baca mantera ‘All Is Well’ setiap kali nervous tapi ubat dia tetap lah Jay jugak. Bila Jay datang bagi support dekat sana memasing senyum lebar sampai boleh perform dengan bagus.
Masa ni nampak lah karakter hyung tu, tapi most of the time lepas debut Jay buat perangai maknae je. Kalah Chanwoo.
1. Team Production +, 2. Visual +, 3. Audio +, 4. Storyline +, 5. Casting +, 6. Genre +, 7. Themes +, 8. Editing +, 9. Social Message +, 10. Personal Thought + = /10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.