Permulaan episod 2 ni YG Entertainment buat press conference untuk memperkenalkan 9 orang peserta dalam survival show yang ditayangkan oleh Mnet. Seramai 120 orang pihak media yang datang untuk membuat liputan program tersebut dengan majlis dihoskan oleh Daesung Big Bang dan Yoo In-Na. Baru berstatus trainee tapi dah dapat liputan yang besar gara-gara populariti syarikat dan trainee tu sendiri.
‘The word ‘cruel’ is likely to be used a lot. In the Big Bang documentary, 1 out of 6 had to go, I heard that was too cruel but “Mix and Match” is a bit more cruel. Suppose I’m a football coach, then I’m selecting the national team. Everything’s a competition now. It may seem cruel now but through this competition, through this cruel program, I think they’ll grow stronger. So I’ll try not to feel sorry.’ - Yang Hyun Suk
Tak pasti bila tarikh sebenar press conference ni diadakan sebab masa ni ada 9 orang dan semua ahli pun dah sedia maklum tentang peraturan survival show. Boleh jadi lepas Yang Hongseok dah join Mix & Match ni sebab dia datang lambat sikit dari jadual asal. Editing Mnet ni pun boleh tahan pelik jugak sebab dia tak ikut urutan atau kronologi sebenar.
Masuk scene iKON fokus dengan monthly assessment untuk vokal dan dance performance setiap ahli di hadapan semua juri terpilih dan juga YG. Disebabkan ada 8 orang masa tu, diorang dibahagikan kepada 2 kumpulan di bawah B.I dan Jay.
Team B.I – JuNe, DK & Chanwoo perform
Team Jay – Bobby, Yunhyeong & Jinhyeong
Dalam masa yang sama semua 8 orang kena practice as a team jugak dekat evaluation tu nanti. First training pun B.I dah stress sebab Jinhyeong dengan Chanwoo tak boleh nak follow dance steps. Muka dia macam singa masa tu tak payah cakap lah. Makin cuak lah Chanwoo bila tinggal diorang berdua je dengan B.I dalam bilik tu.
Masa episod kedua ni Mnet selitkan beberapa clip B.I dengan Bobby join survival show untuk rapper – Show Me The Money Season 3. Sebelum sampai dekat audition tu B.I dah risau tak ramai rappers akan terima dengan hati terbuka sebab diorang dari idol group dan akan pandang rendah dengan label anak orang kaya, debut under Top 3 biggie dan banyak lagi.
Back to Mix & Match show, pada hari penilaian beberapa orang composer di YG Entertainment akan menjadi juri yang diketuai oleh YG. Team Jinhwan mulakan performance dengan lagu Run This Town – Jay Z, sesuai dengan genre hip-hop yang fit dengan iKON. Tapi Jinhyeong buat spoil bila dia terlebih tenung YG sampai orang tu rasa nak terajang. Even suara dia pun shaky bila menyanyi sebab nervous sangat.
Team B.I perform lagu Mercy – Duffy dan ubah lagu genre pop kepada hip-hop dengan rap part yang sesuai dengan penceritaan lagu. Bak kata B.I, dia akan pastikan Chanwoo dapat evaluation bagus dari pihak juri. Betul la apa dia cakap tu sebab dia pandai arrange dengan serlahkan kelebihan Chanwoo untuk tutup kelemahan yang ada. Memandangkan DK pun masih lemah pada vokal especially harmony so B.I bagi JuNe show off high note dan vokal dia.
Untuk dance performance, iKON pilih lagu MTBD - (CL 2NE1 Solo). Semua juri enjoy dengan dance performance sebab teamwork terserlah dan beberapa stunt dari Jinhwan nampak kreatif. iKON tutup performance dengan back flip bertenaga dari Yunhyeong.
Menyampah tengok YG dalam episod ni sebab banyak kali dia keluarkan snarky comment kepada iKON macam scene Yunhyeong bagitahu dia sakit, YG balas dia nampak lebih bagus bila berat badan berkurang. I can’t even…..
Sebelum keluar pun dia tambah lagi pressure pada iKON bila dia ubah peraturan yang dia bagitahu dalam episod lepas. B.I, Bobby dengan Jay adalah ahli yang dah confirm position dalam iKON tapi lagi 4 tempat kosong akan dipilih oleh pengundi. YG nak tengok leadership skills dari 3 orang ahli ni sebab dia tahu kekuatan Team B dekat mana.
'To be singers in YG Entertainment, they need to have strong mind. To win a war you need to have excellent soldiers. I have confidence in B.I for his leadership skills and his talent.' – YG
Sedih sangat tengok JuNe, DK dengan Yunhyeong masa tu sebab diorang dah compete dalam WIN sama-sama tapi mungkin tak akan dipilih untuk debut. Menangis bila tengok DK menangis masa tu sebab dia takut kena buang. Tapi sweet tengok Bobby pujuk DK. Ulang lah banyak kali pun tetap awww dekat scene tu. To have someone that willing to protect you is priceless.
Pressure dekat Chanwoo dengan Jinhyeong jugak sebab rasa bersalah padahal diorang pun tak expect kena join survival show ni untuk debut. Walaupun dah tahu siapa yang dapat tempat dalam iKON nanti tapi tetap emosi jugak bila tengok diorang kena go through mental torture macam ni.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 9/10
Post a Comment
[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.
[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.
Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.
Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.