TV Show Review | Kingdom : Legendary War Episode 9

Monday, 7 June 2021



Presenter : Changmin & Yunho TVXQ

Cast :  BtoB, iKON, SF9, The Boyz, Stray Kids, Ateez

Distributor : Mnet, AbemaTV Japan, tvN Asia

Genre : Reality / Survival

Running Episodes :  10 episodes [90 - 120 minutes per episodes]

Release Date : 02 April 2021 – 03 June 2021

Sambungan performance dari Episod 8 dalam bahagian kedua untuk pusingan ketiga dengan tema ‘No Limit’ diteruskan dengan idol group BTOB. Melody minta BTOB perform lagu Blue Moon sebab sesuai dengan kekuatan diorang dalam genre ballad. Minhyuk come up dengan idea untuk buat musical concept based on La La Land. 


Performance tu nampak menarik sebab penceritaan yang jelas dengan plot twist di hujung cerita. Screen presence dan lakonan Changsub dengan Minhyuk mencuri tumpuan dari awal sampai habis. Part credit scene tu kreatif sangat! BTOB memang guna stage sepenuhnya untuk hidupkan penceritaan Blue Moon. 

Dalam episod 9 ni paling suka dengan performance dari idol group Ateez sebab diorang buat performance guna lagu Answer dengan skala besar sebagai hadiah kepada Atiny yang sentiasa support perjalanan karier diorang. Selalunya Ateez perform Answer dekat stage yang kecil tapi kali ni Ateez akan persembahkan dengan tema ‘No Limit’. 


Lagu Answer digubah dengan musik klasik Beethoven dan sequel kepada performance dalam pusingan pertama. Performance Answer : Ode To Joy ni juga jawapan kepada MV Answer. Actually persembahan diorang ada heavy plot dan storyline tapi malas nak korek sebab terlampau deep satu hal, terlampau banyak reference pun satu hal jugak. Goosebump bila tengok part acapella dari kumpulan La Poem bergabung dengan dance part Ateez dekat bahagian bawah stage. Million thanks to Hong Joong sebab bagi fairy ending paling handsome! 

Persembahan kedua terakhir untuk pusingan ketiga dari group SF9. Disebabkan SF9 masuk Kindom : Legendary War sebab nak tonjolkan talents dan skills diorang, so untuk persembahan kali ni SF9 guna konsep yang mengetengahkan level sexiness group diorang. Bak kata Taeyang, dia nak level 39 kali ni. 


Dalam lagu Move memang diorang all out buat dance skills yang sarat dengan sensual moves dan tayang body figure yang cantik. Masa diorang decide nak perform lagu ni, Chani dah risau untuk deliver karakter sexy tu sebab muka dia comel tapi dia prep sampai berjaya. Solo performance Dawon memang hot sangat. Sama juga dengan solo rap Zuho dan dance part dari member lain. Boleh kata SF9 dah tanam dalam-dalam identiti group diorang dekat penonton yang diorang adalah group sexy. In a good way of course! 

Makin lama makin rapat pulak iKON dengan SF9 padahal sebelum ni dua-dua group tak ada kawan sebab introvert, pemalu dan busy dengan schedule masing-masing. Tapi disebabkan Kingdom Legendary War, dua group ni boleh jadi rapat. Sama-sama bagi semangat before performance tu memang sweet lah. Tak pasti lah kalau studio label lain memang ikut rules dari Mnet sebab The Boyz dengan Ateez tak pernah mention group lain dalam VT diorang. Lagipun both of them baru lagi dalam industry. 

The Boyz pula guna lagu Monster dari idol group EXO untuk persembahan pusingan ketiga sebab diorang nak tonjolkan kekuatan talent. Something yang intense dan powerful. Eric dengan Sunwoo gubah lagu Monster untuk serasikan dengan gaya The Boyz. 


Performance The Boyz energetic dari intro part lagi lepastu dance part diorang synchronize walaupun ramai dekat atas stage tu. Cantik sangat bila diorang bergerak dengan strong facial impression untuk engage dengan audience. Paling best The Boyz bawak ular Kristal naik atas stage. Simbolik tepat untuk Mnet haha. Perfect closing performance untuk pusingan ketiga ni. 

Pemarkahan dalam pusingan ketiga ni ada dua bahagian dengan jumlah yang besar sebanyak 40,000 points. Untuk part pertama, 15,000 markah akan diberikan dari team rap, dance dengan vocal kemudian bersambung ke part kedua dengan 25,000 markah bila 25% dari group evaluation (setiap 6 idol group dalam Kingdom boleh pilih 3 persembahan terbaik), 25% dari experts evaluation dengan background dalam bidang Kpop entertainment industry, 40% dari online voting oleh fans via Korea apps dan 10% dari global apps (Youtube). Setiap idol group diberi peruntukan sebanyak 4 juta untuk digunakan dalam performance. 

Tapi tak faham sangat pun dengan ranking yang menjadi guideline Mnet ni sebab makin lama makin nampak yang survival show ni dah ditentukan dah pun pemenangnya. Sebab tu iKON dengan BTOB bukan masuk sebab nak menang sangat tapi more to have fun, berkawan dan hilangkan rindu dekat peminat.  

Untuk pusingan terakhir, semua idol group diminta perform lagu baru yang akan diterbitkan khas untuk Kingdom Legendary War. Semua persembahan ni akan ditayangkan secara live dan markah akan dikira pada hari yang sama. Masa tengok teaser dengar lagu BTOB - Show and Prove macam best sebab ada competition material. Lagu SF9 - Believe pun macam syok jugak. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0 = 7.4/10

5 comments

  1. rajinnya dok mereview ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sebab setiap episod ada benda nak sembang

      Delete
  2. Saya suka lagu Believer SF9 dgn Kingdom Come tbz. Best hehe

    ReplyDelete
  3. Saya suka lagu Believer SF9 dgn Kingdom Come tbz. Best hehe

    ReplyDelete
  4. Terpukau gila tengok persembahan SF9 yang bawa lagu Move tu.. Seksi habislah..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.