TV Show Review | Kingdom : Legendary War Episode 5

Sunday, 6 June 2021

Presenter : Changmin & Yunho TVXQ

Cast :  BtoB, iKON, SF9, The Boyz, Stray Kids, Ateez

Distributor : Mnet, AbemaTV Japan, tvN Asia

Genre : Reality / Survival

Running Episodes :  10 episodes [90 - 120 minutes per episodes]

Release Date : 02 April 2021 – 03 June 2021

Sambungan dari Episod 4, performance keempat dari idol group Ateez yang pilih untuk tukar lagu dengan group iKON. Dari zaman sekolah lagi Ateez dah minat dengan iKON dan pilih lagu-lagu diorang untuk practice so it’s like dreams come true bila dapat perform lagu iKON dekat stage Kingdom. Woo Young paling happy bila dapat text dengan Jay sebab dia dah aim nak jadi kawan Jay. 

Untuk performance di pusingan kedua ni Ateez pilih lagu Rhythm Ta sebab sesuai dengan naratif yang nak diorang ketengahkan. Sebelum performance tu Jay cheer dekat luar pintu bilik since Mnet tak bagi diorang communicate dekat backstage. Makin bertambah happy lah Ateez nak perform lagu iKON. Kalau diorang tak menang pun mesti diorang happy dapat momen sweet macam ni dekat Kingdom. 


Suka dengan performance Ateez bila diorang start dengan scene dalam trak. Pandai diorang buat props supaya kita dapat feel dalam trak tu. Part B-boy dance tu pun smart. Tak sure siapa yang gubah lagu ni tapi versi Ateez sesuai dengan identiti diorang. Sama dengan konsep SF9, Ateez jugak guna konsep pencuri ala The Heist versi cool. Part Hong Joong berucap dekat podium tu goosebump gila, screen presence dan element u menambahkan impak pada storyline performance Ateez. High energy as always. 

Dekat ending part, masa Hong Joon pecahkan kaca untuk ambil cromer tu baru perasan yang performance pusingan kedua adalah prequel kepada performance dalam pusingan pertama. Sebab lelaki yang pakai kot hitam tu nanti akan jumpa Hong Joong si lanun bagitahu tentang Kraken attack. Cool lah idea Ateez ni. Fuhhh! 

‘iKON took Ateez’s song and changed it to make it sound more like iKON, such as the chorus part. Ateez also took iKON’s song, but they didn’t just do a cover of it. They changed it to fit their color and performed it. I thought it was very Ateez-like.’ – D.K

Dekat Kingdom ni suka tengok BTOB dengan iKON punya VT sebab diorang datang bukan nak compete sangat pun tapi nak have fun on stage je pastu berkawan dengan group baru. Kelakar kot masa BTOB call Stray Kids tanya pasal lagu yang dalam recommendation diorang. BTOB tak tahu sangat nak pilih lagu Stray Kids yang mana sebab diorang more to vocal. Kalau nak buat krumping ataupun energetic performance macam Stray Kids memang tak mampu lah sebab memasing pun dah berusia. 

At the end, diorang pilih lagu Back Door sebab Minhyuk rasa ada naratif yang kuat dalam lagu tu. Even Eunkwang boleh serlahkan high note dia dalam lagu ni. Tapi diorang kena come up dengan story yang kuat instead of dance choreography. Disebabkan tajuk lagu ni Back Door, so BTOB guna konsep backstage konsert rock dalam penceritaan diorang. 


Performance BTOB kreatif sangat dengan konsep ni dan elemen knock knock knock tu best sebab ada twist setiap kali member ketuk pintu. Screen presence diorang strong. Bila semua keluar perform on stage tu fuhhh rasa macam pergi ke konsert diorang. 

Last performance dari Stray Kids dengan lagu I’ll Be Your Man dan digubah oleh 3 Racha tapi member macam struggle nak perform sebab lagu ni kebanyakannya high notes. Since diorang more to dance dan bukannya vocal, Stray Kids nak tonjolkan kemampuan diorang dalam nyanyian. Diorang terlampau fokus dekat situ sampai storyline tenggelam. Even I.N tak boleh tarik tinggi masa perform. Nevertheless I still suka performance diorang sebab lagu I’ll Be Your Man one of my favorite jugak. 


Kesian I.N. menangis lepas habis performance sebab tak dapat tarik tinggi padahal dah banyak kali practice. Menangis sekali bila dengar Felix pujuk I.N dekat dalam bilik tu. Changbin pun bagi semangat dekat maknae dia supaya tak down sangat. Kalau competition ni bila terlampau stress untuk menang mesti nervous sangat sampai buat silap. 

Dalam pusingan kedua dengan tema Re-Born, setiap group idol akan nyanyi lagu idol group lain di mana pemenang akan dapat 20,000 points dengan 25% dari group evaluation (setiap 6 idol group dalam Kingdom boleh pilih 3 persembahan terbaik), 25% dari experts evaluation dengan background dalam bidang Kpop entertainment industry, 40% dari online voting oleh fans via Korea apps dan 10% dari online views di global apps (Youtube). Setiap idol group diberikan peruntukan bajet sebanyak 4 juta won untuk persembahan on stage. 

Masa performance BTOB perasan yang Bobby hilang setiap kali interview ataupun backstage clips. Bila tengok balik baru perasan yang bahu dia injured. Not sure sebab dia buat stunt dalam Inception ataupun sebelum tu memang dah sakit. Dekat hujung episod 5 ada keputusan markah interim untuk pusingan kedua and iKON dapat rank ikut apa yang diorang predict haha fighting!

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10

1 comment

  1. Paling suka tengok persembahan Ateez dengan BTOB masa nie.. WOW sangat..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.