Presenter : Changmin & Yunho TVXQ
Cast : BtoB, iKON, SF9, The Boyz, Stray Kids, Ateez
Distributor : Mnet, AbemaTV Japan, tvN Asia
Genre : Reality / Survival
Running Episodes : 10 episodes [90 - 120 minutes per episodes]
Release Date : 02 April 2021 – 03 June 2021
Sebelum Kindom mula dengan pusingan ketiga bahagian pertama, Changmin TVXQ umumkan final ranking untuk pusingan pertama dan kedua lepas tambah markah dari Online Performance Evaluation oleh fans masing-masing. Macam biasa part markah ni kena tengok episod penuh sebab saspen gila bila hos reveal markah ni. Lemah jantung June dibuatnya.
Untuk part pertama, 15,000 markah akan diberikan dari team rap, dance dengan vocal kemudian bersambung ke part kedua dengan 25,000 markah bila 25% dari group evaluation (setiap 6 idol group dalam Kingdom boleh pilih 3 persembahan terbaik), 25% dari experts evaluation dengan background dalam bidang Kpop entertainment industry, 40% dari online voting oleh fans via Korea apps dan 10% dari online views di global apps (Youtube). Setiap idol group diberikan peruntukan bajet sebanyak 4 juta won untuk persembahan on stage. Dua kumpulan dibahagikan sebelum ni dalam Episod 6.
Rapper unit (Bobby, Sunwoo The Boyz dan Hwiyoung SF9) dari Team It’s 9 akan buat performance pertama dalam pusingan ketiga. Comel gila tengok Sunwoo dapat jumpa dengan Bobby sebab dia dah lama minat dengan Bobby dari zaman sekolah. Dia paling suka performance Bobby dekat dalam Show Me The Money 3. Happy gila bila dia dapat number Bobby lepastu boleh perform satu stage dengan Bobby.
Sunwoo dengan Hwiyoung ada character dilemma yang sama bila both of them jadi rapper tapi terpaksa buat lirik yang sesuai dengan imej group. The Boyz more to boyish dan comel, SF9 pula lebih kepada manly dan sexy. So dekat stage Kingdom bersama dengan Bobby, diorang nak rap lagu yang bold and fun. Nasib baik Bobby join rapper unit sebab patutnya Chan yang jadi wakil iKON tapi sebab Sunwoo dengan Hwiyoung memang beria nak perform satu stage dengan Bobby, dia proceed dengan lagu Full Dash.
Performance Its One best sebab masing-masing enjoy masa perform dengan lirik yang free-spirited. Even concept pun memang untuk have fun. Rasanya Bobby nak tiup confidence level kepada Sunwoo dengan Hwiyoung supaya kejar impian diorang dengan rap genre hip-hop in future, sama macam dia sebelum Show Me The Money 3.
Performance kedua dari rapper unit Mayfly (Minhyuk BTOB, 3 Racha Straykids dan Hong Joong Ateez). Since team diorang ada 3 Racha so bab lagu tu memang 3 Racha dah prepare siap-siap. Team work pun mudah je nak dapat sebab masing-masing open untuk bekerja sekali.
Performance Mayfly dengan lagu Colours mengetengahkan konsep keadilan dalam masyarakat. Lirik dia raise issue stereotype, racism dan prejudis terhadap individu ataupun komuniti. Part Minhyuk menjerit ‘We bleed the same colour!’ tu klimaks performance sampai tinggalkan impak mendalam. Mesej jelas, konsep pun sesuai dengan penceritaan.
Result untuk pusingan ketiga bahagian pertama akan reveal on the spot lepas kedua-dua persembahan. Both perform bagus dengan konsep yang seakan sama tapi Mayfly dapat perhatian experts. Actually tak suka dengan barisan ‘experts’ ni sebab tak ada pun yang ada background rapper. Donghae, Shindong Super Junior, rookie group Weekly dan beberapa orang lagi. Kelakar lah sebab team It’s One semuanya bekas juara survival show untuk rapper yang diadili oleh top-tier rapper dalam Kpop industry tapi kalah dengan team idol rapper.
Sama jugak dengan dance unit It’s One (D.K, Taeyang SF9 & Juyeon The Boyz) kalah dengan dance unit Mayfly (Felix, I.N Stray Kids, Peniel BTOB, Wooyoung, Seong Hwa, San, Hong Jo, Yunho Ateez) padahal dua konsep yang jauh berbeza. For me It’s One yang layak menang sebab penceritaan yang memang diketengahkan dan diekspresikan melalui tarian sepenuhnya. Tak perlukan lagu atau nyayian pun untuk faham perjalanan cerita raja JuTaeHyuk yang bertarung dengan kesedihan selepas ibu dia dibunuh.
Mayfly pula lebih kepada tonjolkan krumping dance dalam performance berjudul Wolf. Peniel did his best, Felix pun sama tapi dance ni under song cover. Sebelum ni pun dah biasa tengok performance diorang. Alasan judge pilih Mayfly sebab bila camera pergi dekat team member, diorang boleh express dengan baik. It’s One pun express emotion dengan body language dan facial expression jugak.
Walaupun Its’ One tak menang untuk dance unit tapi performance diorang tercalon di bawah Kementerian Pelancongan dan Kesenian Korea. Even Full Dash ranking pertama dalam Korean Hip-Hop music chart. Take that ‘experts’!
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0 = 7.4/10
Tak boleh terima bila dance unit It’s One kalah.. Sakit hati kot.. Sebab persembahan diorang lagi bagus.. Menyampah gila dengan Mnet masa nie..
ReplyDelete