TV Show Review | Kingdom : Legendary War Episode 10

Monday, 7 June 2021

 

Presenter : Changmin & Yunho TVXQ

Cast :  BtoB, iKON, SF9, The Boyz, Stray Kids, Ateez

Distributor : Mnet, AbemaTV Japan, tvN Asia

Genre : Reality / Survival

Running Episodes :  10 episodes [90 - 120 minutes per episodes]

Release Date : 02 April 2021 – 03 June 2021

Episod terakhir Kindom : Legendary War di bawah terbitan Mnet ni agak panjang lah sampai 3 jam sebab diorang nak letak semua persembahan setiap group idol secara live lepastu nak kira markah persembahan terus. Enam lagu dari enam idol group dah pun dimuat naik di streaming platform, Melon untuk fans buat online voting. 

Pemarkahan dalam pusingan keempat sebanyak 50,000 bila 25% dari group evaluation (setiap 6 idol group dalam Kingdom boleh pilih 3 persembahan terbaik), 25% dari experts evaluation dengan background dalam bidang Kpop entertainment industry, 40% dari online voting oleh fans via Korea apps dan 10% dari global apps (Youtube). Setiap idol group diberi peruntukan sebanyak 4 juta untuk digunakan dalam performance. 

Tak sangka dah 100 hari Kingdom Legendary War bersiaran, setiap Jumaat mesti layan Kingdom lepas balik dari kerja. Hilang stress bila tengok semua persembahan dengan VT dari iKON. Bila dah finale episod ni rasa tak nak pulak habis tapi nak iKON stay dengan survival show under Mnet macam kejam pulak haha. 

Persembahan pertama dari idol group Ateez dengan lagu The Real yang menceritakan tentang identiti idol group ni. Masa VT diorang pergi makan buat kali terakhir tu kelakar jugak lah sebab Hong Joong suruh diorang dress up ingatkan nak pergi makan dekat hotel, rupanya makan dekat construction site. Dah la panas terik dekat rooftop tu. Kesian Jong Ho pakai ala Vincenzo. 

Performance Ateez fun sebab diorang just enjoy on stage. Dekat episod 9 dah nampak yang diorang tak kisah dah pasal jadi King pun sebab Atiny support diorang pun dah cukup terharu dah. Part diorang letak banner ajak semua idol group makan Korean beef tu comel sangat. Diorang memang happy dapat berkawan dengan semua idol group. Kyeopta~!

Persembahan kedua dari Stray Kids dengan lagu Wolfgang yang digubah oleh 3 Racha. Masa VT diorang sebelum persembahan, Stray Kids divide kepada 3 kumpulan sebab masing-masing ada cara lain nak release stress. Felix, Seungmin dengan Lee Know pergi BBQ dekat camping site dalam hutan. Bang Chan, I.N dengan Changbin enjoy main arcade. Muka Changbin dapat main arcade kelakar gila sebab dia happy sangat padahal dia paling serious kot dalam Kingdom tu. Han pula enjoy buat kopi. Bila geng arcade tahu geng camping buat BBQ, kemain happy diorang pergi sana sebab nak makan. Diorang punya excited dari jauh dah dengar, habis rosak ketenangan geng camping haha


Performance Stray Kids bermula dengan classical music dari Mozart, gabungan Fantasia in D minor dan Symphony No. 40 lepastu berubah kepada mood seram. Stray Kids betul-betul guna elemen wolf sebab nak tunjuk yang diorang jadi kuat bila bergerak sekumpulan. Part Bang Chan stripped off tu tribute kepada Jackson Wang dalam lagu 100 Ways since GOT7 senior diorang under JYP. Suka tengok wolf hoodie yang dancer pakai sebab fur dia nampak fluffy sangat. Mesti mahal kalau jual haha

Persembahan ketiga dari The Boyz dengan lagu Kingdom Come yang digubah oleh Younghoon. Lagu dengan mesej mendalam tentang kehidupan dan akan berkahir di paradise so The Boyz rasa lagu ni sesuai sangat untuk tiup harapan dekat semua member dan fans diorang, The B. Sebelum persembahan Younghoon sewa amusement park untuk member group dia have fun sebelum perform dekat final stage. 


Performance diorang guna elemen astronomy macam sebelum ni dan 4 elemen di Bumi – api, air, tanah dan angin. Performance The Boyz bersilih ganti live on stage dengan music video yang dirakam sebelumnya. Suka dengan outfit The Boyz sebab menyerlah dengan visual LED dekat belakang dan lighting. Dance part nampak synchronize on stage sekaligus tonjolkan kerjasama diorang satu team. Stage presence strong dan tinggalkan impak pada performance. 

Bak kata Lovey-Dovey, performance The Boyz ketuk pintu hati dan hammered on the door. Impressive! 

Persembahan keempat dari BTOB dengan lagu Show and Prove yang digubah oleh Minhyuk. Lagu ni menceritakan tentang perjalanan BTOB selama 10 tahun dalam industry so agak emotional lah untuk Melody yang support diorang sepanjang dalam industry hiburan Kpop. Sweet je tengok diorang pergi makan baeksuk dekat sungai lepastu baca surat dari Sungjae dengan Hyunsik bagi semangat untuk perform dekat final stage. 


Masa dengar audio Show and Prove pun dah boleh agak ballad song ni akan diiring dengan dancer lepastu hujung nanti keluar confetti. Just by thought pun dah rasa goosebumps and tak sabar nak tengok sebab lagu ni macam competition material. Lirik dia pun bagi semangat dekat semua idol group dalam Kpop industry. Puas hati tengok performance BTOB. Amazing! 

Second last performance dari iKON dengan lagu At Ease yang digubah oleh Bobby dan Mino. Tak macam idol group lain, iKON lepak dekat dorm diorang je sebab ada Chef Song dan dibantu oleh maknae Chan. Song masak ramen sebab June teringin nak makan abura soba sebab dah lama tak pergi Jepun. June memang suka merengek dekat Song kalau nak makan padahal makan megi je pun. Kalau tengok vlog Song, ada banyak la menu yang dia masakkan untuk June. 

‘Imagine DK in here. He is good for nothing, he only good for eating.’ – Song 

Masa tengok dorm diorang ternampak gym equipment yang B.I guna dalam iKON TV terus rasa nak nangis sebab diorang still letak dekat situ. Masa diorang makan tu menyembang pasal ranking diorang dekat Kingdom. Bottom 3 je tak pernah naik kat atas tapi Bobby remind yang diorang pernah jadi no. 1 masa prediction chart haha berdekah teruk part ni. June cakap memandangkan dah tertinggal bas, tak payah dah la focus dekat ranking padahal dia yang serious bab ranking sepanjang Kingdom. Member yang lain chill je datang Kingdom have fun dengan idol group lain. 

Paling best tengok VT iKON sebab diorang dapat berkawan dengan idol group lain and be happy about that. Bobby happy dapat kawan dengan Sunwoo The Boyz dan Hwiyoung SF9. Jay rapat dengan Inseong. DK ada group chat dengan Juyeon dan Taeyang siap bina rumah dekat dalam tu. June dengan Jaeyon SF9. Thanks to It’s One, iKON dapat kawan baru. Bobby la paling happy sebab dia tak pernah peduli dengan orang lain selain iKON member tapi bila dapat jumpa Hwiyoung, memang nampak dia care habis macam Chan baru masuk dalam iKON dulu. 


Performance At Ease ada tribute kepada Mino Winner, GD Big Bang, group Treasure dan juga Blackpink. Semua ni idol group yang debut di bawah YG Entertainment. Dari awal sampai habis diorang perform dengan swag, cool dan enjoy atas stage. Kaw kaw guna lighting warna merah untuk tonjolkan aura iKON is coming to town. Sangkar sebagai props tambahkan elemen hip dan ganas. YG thing haha

Persembahan terakhir daripada idol group SF9 dengan lagu Believers. Mesej dan penceritaan dalam lagu ni jelas dan terang yang ranking atau takhta bukan keutamaan tapi individu atau komuniti yang selalu support perjalanan diorang dalam industry. Thanks SF9 sebab bagi peluang dekat Inseong untuk buktikan dia mampu capai high notes dekat stage Kingdom. Outfit diorang cantik sangat sebab serlahkan physique setiap member. Baju Taeyang paling cantik sekali. Hexagon tunnel tu pun cantik buatkan visual performance diorang nampak dreamy. 


Masa umum pemenang tu dah tahu dah group mana yang dapat tapi tak kisah langsung sebab semua idol group buat yang terbaik dalam Kingdom. Dekat hujung tu semua idol group celebrate 100 hari dekat Kingdom. Happy tengok Ateez hugs iKON, SF9 dan The Boyz. BTOB dengan Stray Kids pun comel. Hopefully stray Kids invite semua idol group dan makan Korean Beef macam Ateez request dalam reality tv under Mnet nanti. 

'Through The Real, we humbly be At Ease, while we become Believers waiting for Kingdom Come and Show and Prove with Wolfgang as our finale' - Bang Chan Stray Kids 

Congrats BTOB, iKON, Stray Kids, The Boyz, SF9 dan Ateez! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

  1. Paling suka tengok persembahan iKon dengan SF9.. ohsem..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.