PKPD Di Taman Pertama, Sabak Bernam

Wednesday, 16 June 2021

Terkejut masa dapat whatsapp dari my mom bagitahu Taman Pertama kena PKPD 2 minggu sebab ada kluster gara-gara anak balik kampung jadi carrier covid lepastu bapaknya pergi surau untuk solat berjemaah. 

Nasib baik surau ada SOP ketat bila ada jarak, pengaliran udara bagus dan belah perempuan terhadang dengan divider kaca. Masa family I pergi buat swab test memang semua negatif. Sepanjang raya tu jugak tak berjumpa dengan orang luar sebab dah beli stok makanan banyak. 


Siapa tak risau kalau family kena PKPD. Duduk jauh ni pun selalu doa family selamat dari virus ni since adik yang second last tu allergic dengan ubat hospital. So if anything happens, nauzubillahiminzalik, dia yang paling dirisaukan dulu. 

Malam 31 Mei tu pihak berkuasa dah giat naikkan kawat berduri dan sekatan jalan dekat kawasan Taman Pertama sebab taman ni ada banyak jalan keluar masuk.

 




Bila kena PKPD, memang selalu kena swab test untuk pantau pergerakan virus aktif. My mom kata 3 kali satu family buat swab test sampai hidung dah sakit kena jolok. Bab bantuan makanan tu tak ada masalah langsung sebab Kerajaan Selangor dah bagi peruntukan makanan siap-siap dah. Bersyukur sangat sebab ada kawasan yang kena PKPD tapi tak dapat bantuan langsung. 


Even Jabatan Pertanian agihkan pisang berangan untuk bantu kurangkan lambakan pisang dekat Sabak. Paling best for my mom bila MB Selangor sendiri datang rumah bagi bantuan. Dia kata kalau kes turun, boleh cepat habiskan PKPD. 


Alhamdulillah sepanjang 2 minggu tu tak ada kes dah. 3 kali swab test, 3 kali jugak negatif. Terima kasih sangat kepada yang berusaha untuk pastikan keselamatan dan bantuan sentiasa sampai dekat kawasan Taman Pertama sepanjang PKPD ni. 

2 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.