Director : Lee Gye-byeok
Writer : Kurumi Inui
Cast : Jang Ki-yong, Chae Soo-bin, Krystal Jung, Kim Mi-kyung, Ahn Gil-kang
Production Company : KT Hitel, 26 Company
Distributor : Netflix
Genre : Romance / Comedy
Running Time : 101 minutes
Release Date : 4 June 2021 (South Korea)
Trailer :
Hyuk (Lee Woo-je) jatuh cinta dengan nurse cantik, Da-eun (Chae Soo-bin) sebab baik sangat dengan dia sedangkan pesakit lain even ibu (Kim Mi-kyung) dengan bapa (Ahn Gil-kang) dia sendiri jauhkan diri dekat hospital tu. Semua orang takut dengan dia bila badan dia kuning gara-gara Hepatitis. Hyuk balas budi baik Da-eun dengan cover dia bila kantoi merokok dekat tepi tangga, bagi macaroon atau desserts sedap kepada Da-eun.
Tapi beberapa hari sebelum discharge, Da-eun mengelak dari berjumpa dengan Hyuk sebab mulut dia mencarut. Hyuk cuba cari contact number Da-eun kemudiannya minta maaf. Makin lama mereka berdua makin rapat dan bercinta. Hyuk berjanji akan kurangkan berat badan sebab nak pakai matching outfit dengan Da-eun padahal kekasih dia tak kisah pun.
Dalam scene seterusnya Hyuk (Jang Ki-yong) nampak kurus dan handsome. Dia tinggal serumah dengan Da-eun tapi terpaksa berulang alik dari Incheon ke Seoul sebab dihantar ke syarikat besar sebagai pekerja kontrak untuk beberapa projek. Awalnya dia cuma stress dengan rakan sekerja dia, Bo-yeong (Krystal Jung) tapi lama-kelamaan dia mula penat terperangkap dalam kesesakan jalan raya setiap kali pergi dan balik kerja.
Projek yang ditugaskan pun makan masa dan tenaga dia untuk siapkan sampai dia mula abaikan Da-eun kemudiannya jatuh suka dengan Bo-yeong sebab setiap malam habiskan masa bersama di pejabat. Da-eun mula perasan perubahan Hyuk yang sentiasa merungut setiap kali spend time bersama.
Filem romantik komedi yang diadaptasikan dari novel Initiation Love (2007) oleh Kurumi Inui ni mengangkat realiti kehidupan kebanyakan pasangan bercinta. Novel ni dah lama diterbitkan oleh penulis Jepun Kurumi Inui tapi pengarah Lee Gye-byeok olah dan adun mengikut budaya hidup dan suasana kehidupan masyarakat Korea Selatan.
Bila Hyuk stress stuck dalam jam tu, kita yang tengok pun rasa choked and stress jugak. Realitinya memang macam tu, penat fizikal dan rabak mental bila stuck dalam traffic. Balik rumah pula kena kemas rumah padahal badan dah letih. Tak rasa nak marah sangat dengan watak Hyuk sebab hadap benda tu tapi betul jugak apa yang Da-eun cakap, dia pun burn-out dan stress dengan kerja tapi dia cuba untuk cari masa supaya dapat spend dengan Hyuk.
Sepatutnya both of them bincang tentang masalah diorang dan jarak rumah dengan tempat kerja jadi masalah utama. Instead of kena berulang alik Seoul – Incheon, Hyuk dengan Da-eun boleh je stop berjumpa selama Hyuk berpindah ke HQ. Bukan lama pun, dalam setahun lebih je. Daripada masalah yang kecil merebak jadi besar sampai curang, baik diorang cari solusi.
‘If you miss a cab, you can wait for the next one. But if you lose a person, they’re lost for good’
Lakonan dua pelakon utama bagus dengan chemistry yang kuat tanpa tenggelamkan mana-mana watak. Tapi lakonan Krystal kena polish lagi. Watak dia agak bitchy dekat first half movie tapi dia tak berjaya deliver dengan baik. Bila berlakon satu scene dengan Jang Ki-yong, dia nampak tenggelam sangat sebab screen presence Ki-yong lagi kuat. Even scene diorang bercinta pun nampak tak meyakinkan.
Sinematografi Sweet & Sour paparkan panorama Seoul yang berbeza dari apa yang kita tengok dalam drama romantik Korea. Kepadatan bangunan dengan kesesakan jalan raya dah cukup buatkan kita rasa sesak dada. Realiti jauh berbeza dengan dunia yang diapaparkan sebagai escapism. Puas hati tengok ending filem ni sebab kekal berpegang dengan konsep dunia realiti.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
baca tajuk movie tiba-tiba terliur hahahha ingtkan pasal makanan, rupanya psal ldr. kalau su cerita ceni slow sikit nak maik mood nak tengok
ReplyDeleteOk.. Menarik. Nk kena tengok... Mmg betul la bila ada komitment kerja dengan relationship ni benda2 remeh boleh buat kita dr sweet jdi sour... Benda remeh ja boleh jadi bitter.. Haaa gituh laa
ReplyDeleteDah tengok! Recommended!
ReplyDeleteTapi tak puas hati dengan ending hahaha tiber :D
Masalah hubungan selalu jadi bila tak boleh berkomunikasi.. macam mana pun memang kena komunikasi..
ReplyDeleteNice review Farhana..