Pengarah : Emir Ezwan
Penulis Skrip : Nazri M. Annuar, Emir Ezwan, Amir Hafizi
Pelakon : Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq, Namron, June Lojong, Junainah, Putri Qaseh
Syarikat Produksi : Kuman Pictures
Pengedar : TGV Pictures, Netflix
Genre : Seram
Durasi Tayangan : 83 minit
Tarikh Tayangan : 22 November 2019 (Singapore International Film Festival), 6 Ogos 2020 (Malaysia, Singapore)
Trailer :
Berlatarkan kehidupan kampung, jauh di dalam hutan terdapat sebuah pondok daif. Along (Mhia Farhana) dan Angah (Harith Haziq) diarahkan oleh Mak (Farah Ahmad) untuk pergi jenguk perangkap. Masa dalam perjalanan balik, mereka diekori oleh seorang budak kecil yang comot. Mak pelawa si Adik (Putri Qaseh) tinggal bersama sementara mereka bawa ke kampung seberang.
Malamnya si Mak bercerita tentang Pemburu yang disumpah oleh semangat hutan sebab memburu dan membunuh rusa atau kanak-kanak yang dia jumpa sehingga dia jumpa hati rusa putih yang dicari. Tanggapan awal mereka si Adik seorang yang bisu tapi dia bersuara bagitahu mereka semua ‘Dia’ dah sampai.
Esok paginya si Adik bagi amaran yang mereka semua akan mati bila bulan mengambang kemudian kerat leher sendiri. Kejadian ngeri tersebut buatkan mereka bertiga berhati-hati ditambah pula dengan longgokan batu yang berselerak di kawasan halaman rumah. Lepas Angah bawa mayat Adik ke kawasan padang, rumah mereka didatangi oleh Tok (June Lojong). Tujuan dia datang untuk minta izin ambil daun di kawasan paya. Tok berpesan supaya datang berjumpa dia kalau perlukan bantuan. Rumah dia di atas bukit sana.
Selepas Along mula diganggu dengan roh Adik, datang pula seorang lelaki dengan lembing (Namron) yang mencari budak perempuan. Mereka bertiga menipu dan menghalau dia pergi. Tok nasihatkan supaya berhati-hati dengan lelaki tersebut. Sangka si Mak keadaan akan makin beransur reda tapi makin bertambah teruk.
Walaupun genre movie Roh adalah seram tapi movie ni bukan movie seram yang cliché bila sarat dengan jumpscare ataupun makhluk hodoh untuk takutkan audience. Rasa takut tu perlahan-lahan dibina pada setiap scene macam scene Mak bercerita tentang Pemburu ataupun scene Pemburu jumpa Along dalam hutan. Susah nak predict apa akan jadi pada beberapa watak dan tak tahu apa motif muncul dalam kehidupan Mak, Along juga Angah.
Cerita rakyat yang dipersembahkan dalam movie ni pula tak begitu familiar jadi tak la terasa seram sangat. Metafora dan simbolik pun tak dapat ditafsirkan dengan jelas. Pace movie pula perlahan sampaikan 1.5x pun masih terasa perlahan. Masuk second half baru momentum tu menaik balik itupun ada beberapa scene yang tak difahami.
Musik latar hasil kreativiti Reinchez Ng antara kekuatan movie Roh. Scene Mak bersiul bunyi burung tukang tu terasa macam ada orang bersiul jugak. Berdebar! Sinematografi dari Saifuddin Musa menambahkan elemen dan suasana seram di kawasan hutan. Pengarah dan penulis Emir Ezwan pilih kawasan hutan di Dengkil sebagai lokasi penggambaran. Bajet yang digunakan cuma RM360,000 tapi boleh menghasilkan visual berkualiti. Watak Tok kurang meyakinkan sebab bahagian muka je nampak tua tapi tidak pada tangan atau bahagian kaki.
Bab lakonan setiap watak dipersembahkan dengan baik cumanya tak banyak dialog dan kita cuma boleh tengok perjalanan kisah mereka ni dengan tengok apa yang jadi. Bahasa yang digunakan nampak seperti Bahasa Melayu moden sedangkan latar masa berpatah balik ke zaman lampau. Mhia Farhana menyerlah dalam solo screentime dia dengan pelbagai variasi emosi dan lengkungan seorang yang lembut berubah ganas bila Mak teragak-agak buat keputusan.
Kata pengarah dia nak movie ni terasa seperti kisah mitos ataupun urban legend tapi nak letakkan movie Roh ke tahap tu macam over sebab garapan cerita yang terlampau ringan. Mitos kita dah ada jembalang, bunian, Pontianak dan banyak lagi yang lebih menyeramkan untuk orang jauhkan diri dari tinggal dalam hutan ataupun mulut celupar ketika masuk dalam hutan. Dialog tentang cuma menghasut tapi yang buat kejahatan tetap manusia tu agak kelakar sebab dia boleh merasuk sehingga manusia hilang kewarasan. Dekat situ dah hilang value dakwah yang dicanang.
Movie Roh merupakan movie yang dihantar kepada Academy Awards tahun 2019. Bagus dalam kebanyakan filem tempatan tapi tak lah terbaik untuk bertanding di sana. Anyway, masing-masing ada pendapat masing-masing so have fun watching.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 5.7/10
sometimes kan , diorg mcm nak kekal kan the momentum yg cantik sampai cita tu jadi bosan... padahal.. org kisahkan plot
ReplyDeleteok..malas tengok.
ReplyDeleteNanti nak tengok kalau x seram hahaha bab cerita seramm memang x layan
ReplyDeletetolak awal-awal... tak ngam betul dengan movie seram ni. tak ingt last time tengok movie seram bila... big no for me
ReplyDeleteBaca review Farhana pun dah cukup rasa keliru mengenai motif filem ini.. hehehe..
ReplyDelete