Movie Review | Recalled (2021)

Wednesday, 23 June 2021


Director : Seo Yoo-min

Writer : Seo Yoo-min

Cast : Seo Yea-ji, Kim Kang-woo, Yeom Hye-ran, Sung Hyuk, Park Sang-wook, Kim Jong-goo, Park Bom, Kang-Hoon Kim

Production Company : Tori Pictures, iFilm Corporation

Distributor : CJ CGV, Finecut

Genre : Drama / Mystery / Thriller

Running Time : minutes

Release Date : 21 April, 2021

Trailer :


Lepas terlibat dalam satu kemalangan yang menyebabkan hentakan kuat di kepalanya, Soo-jin (Seo Yea-ji) sepenuhnya bergantung dengan suaminya, Ji-hoon (Kim Kang-woo) untuk segala perkara sebab dia hilang ingatan. 

Sementara Ji-hoon berusaha keras untuk percepatkan permohonan visa mereka berdua untuk berpindah ke negara Kanada, Soo-jin pula mengalami perkara aneh. Dia mampu melihat apa yang bakal terjadi dengan hanya satu sentuhan terhadap manusia atau barang kepunyaannya. 

Kejadian pertama bila dia ternampak kemalangan akan terjadi pada seorang budak perempuan (Park Bom) yang tinggal satu blok apartment dengan dia. Masa Soo-jin cuba halang budak tersebut dari dilanggar oleh lori di jalanraya seperti dalam vision dia, nasib baik Ji-hoon datang tarik tepat pada waktunya. 

Bila mereka berdua pergi berjumpa dengan doktor pakar, kejadian aneh tersebut dinafikan sekerasnya oleh doktor. Antara salah satu kesan sampingan kecederaan otak ialah berhalusinasi dan Soo-jin disarankan untuk makan ubat yang diberikan oleh pihak hospital. 

'Due to your brain injury, you may think you saw the future. Like you've seen or heard them before. They call it deja vu. It's like a delusion' - Doctor

Dalam masa yang sama detektif Ki-sang (Park Sang-wook) menyiasat tentang kecurian barang di tapak pembinaan kepunyaan Ji-hoon bila site manager (Kim Jong-goo) buat laporan. CCTV di kawasan tersebut juga dirosakkan dengan sengaja. Dari penyiasatan tersebut berhubung kait dengan satu pembunuhan yang sama dalam vision Soo-jin. Mampu tak Soo-jin merungkai kebenaran yang terjadi ataupun bakal terjadi tanpa dilabel sebagai gila? 

Masa tengok Seo Yea-ji dalam movie arahan Seo Yoo-min ni rasa macam pandai betul dia bawak watak perempuan sakit mental. Mungkin sebab dia pun psiko in real life kot. In case anybody wondering why, tengok kes Seohyun dengan Kim Jung-hyun dan kes buli di sekolah. Nama dia baru naik disebabkan drama It’s Okay Not To Be Okay tapi disebabkan bad scandal ni, movie Recalled adalah movie terakhir dalam karier lakonan dia. 

Back on the movie reviews, pace Recalled memang tersangatlah slow dek kerana elemen misteri tapi lagi elok kalau pengarah atau penulis kembangkan lagi flashback ataupun scene dekat tapak pembinaan tu. Banyak lagi yang boleh dimasukkan sebab props dan details lain dalam movie ni tak membantu sangat. 

Kekuatan movie Recalled di bawah production Tori Pictures dan iFilm Corporation bila kreativiti pengarah bermain dengan susur masa tanpa timbulkan terlalu banyak persoalan. Diolah dengan baik untuk penonton rasa tertarik untuk tahu kenapa Ji-hoon berperangai aneh. Dari awal dah boleh agak yang watak Soo-jin bukan kemalangan tapi percubaan bunuh yang gagal. Dan percubaan tu untuk dapatkan duit insurans dia. Tapi tebakan tu terlampau umum kan? 

Visual Kim Gi-tae dan BGM dari Kim Jun-seong dengan Lee Geon-ho menambahkan impak misteri dan thriller pada penceritaan. Sinematografi dipaparkan dengan artistic dengan panorama kehidupan di kota. Setiap kali vision Soo-jin muncul, ton warna mainkan peranan. Vision berwarna merah untuk menandakan amaran dan tahap bahaya yang watak tersebut hadapi pada masa tu. Scene Soo-jin dengan Ji-hoon dekat laut tu menjadi simbolik keadaan dia pada masa tu. Dialog Ji-hoon sounds comforting and at the same time creepy jugak. 

Tak suka dengan ending sebab penulis cuba masukkan elemen drama yang terlampau walhal watak tu dah lead dengan bijak tapi jadi meleweh dekat hujung untuk buat penonton emosi. Padahal boleh je buat banyak alternative lain supaya tak perlu go through scene macam tu. Untuk yang suka genre misteri macam ni, boleh la layan. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.3 = 6.6/10

6 comments

  1. Dah tengokkkkk jugakkkk.
    "Psiko in real life" hahahaha, kadang kadang nampak macam ya jugakkk kan. Sebab lakonan dia menjadi sungguhhhh. Tapi part kontroversi tu kesiannnn, nama baru nak naik tiba tiba terpalit kontroversi, senyappp teruss. Siap undur diri lagi dari drama Island.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha dia sendiri yang cari pasal. boyfriend dia pun dah blah

      Delete
  2. cerita kalu best.. tapi if ending is meh.. hurmm spoiled

    ReplyDelete
  3. alaaa... akak nak tgk ni, fana. just kat online tu yg anak akak jumpa takde subtitle :( hu hu hu...
    camne nak faham. cantik sgt da jalan citer tu. nice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak cari je dekat dramacool. Dekat situ ada siap english subs :)

      Delete
  4. rs mcm dah lamaaaaaa x tgk lakonan kim kang woo ni

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.