Movie Review | Detective Chinatown 2 (2018)

Sunday, 13 June 2021

Director : Chen Sicheng

Writer : Chen Sicheng 

Cast : Wang Baoqiang, Liu Haoran, Xiao Yang, Natasha Liu Bordizzo, Satoshi Tsumabuki, Shang Yuxian, Kenneth Tsang

Production Company : MM2 Entertainment, Wanda Pictures, Wuzhou Film Distribution

Distributor : CMC Pictures Holdings (Australia), Golden Village Pictures (Singapore), Warner Bros. Pictures (U.S.), iQIYi

Genre : Action / Comedy / Mystery

Running Time : 121 minutes

Release Date : 16 February 2018

Trailer :


Lepas kejayaan hebat movie Detective Chinatown pada tahun 2015, Chen Sicheng  terbitkan sequel kisah detektif terhebat di Chinatown dan kali ni kehebatan diorang memang diiktiraf. Lepas kes pembunuhan Sompat tu, Qin Feng (Liu Haoran) dengan Tang Ren (Wang Baoqiang) dapat banyak tawaran untuk selesaikan kes misteri sama ada di Thailand ataupun luar negara. 

Dalam masa yang sama Qin Feng adalah detektif kedua dalam apps Crimaster yang mengumpulkan semua detektif sebenar di seluruh dunia untuk selesaikan misteri yang berlaku. Ada yang direka oleh founder apps untuk mereka naik ranking dan banyak juga kes yang berlaku di dunia nyata kemudiannya dibawa masuk dalam apps tu. 

Qin Feng datang ke New York untuk hadir ke majlis perkahwinan Tang Ren tapi dia kena game sebab pak cik dia perlukan bantuan sebab hadiah yang ditawarkan agak lumayan sebanyak USD5 juta. Uncle Qi (Kenneth Tsang) minta semua detektif cari siapa pembunuh anak dia dalam masa seminggu sebelum dia meninggal. Kalau tak ada yang mampu selesaikan, semua duit tu akan didermakan kepada gereja. 

Kes kali ni agak susah sebab melibatkan pembunuh bersiri yang memilih mangsa secara rambang tapi apa modus operandi dan tujuan dia membunuh? Mesti ada hint yang mereka berdua kena cari sebelum tahu siapa pembunuhnya. 

'To get close to the murderer, you must put yourself in victim's position' - Tang Ren

Jalan cerita Detective Chinatown pendek sedikit berbanding yang pertama dan lebih menarik dengan pelbagai watak sampingan terutamanya Hiroshi Noda (Satoshi Tsumabuki), KIKO (Shang Yuxian) dan Officer Chen Ying (Natasha Liu Bordizzo) yang banyak membantu dari segi laporan forensik. Detektif yang lain pun ada tapi tak dikembangkan sangat dan jadi props pada kebanyakan scene bersama. 

Dinamik Wang Baoqiang dan Liu Haoran masih lagi kuat dan serasi bersama dalam movie yang bertemakan detektif ni walaupun mereka berdua belum benar-benar rapat lagi sebab perangai Tang Ren yang suka menipu. Kali ni pengarah dan penulis bagi ruang untuk watak Tang Ren menyerlah dengan ilmu feng shui untuk selesaikan kes sementara anugerah Qin Feng diperluaskan lagi dengan visual berskala besar. Kalau sebelum ni Qin Feng beradu minda dengan Snow, kali ni dia ada lawan sengit iaitu Hiroshi yang berada di ranking ke 3 dalam apps Crimaster. 

Sinematografi dan visual effects dari Jie Du antara kekuatan Detective Chinatown bila banyak bergantung dengan green screen terutamanya bila detektif duo ni selesaikan misteri yang terjadi di bandaraya New York. Bertambah baik dari installment sebelumnya, Jie Du memaparkan suasana dan keindahan kota New York dengan angle dan transition yang sharp. 

Music score pun mengikut konsep movie yang lebih glam bila komposer duo Hu Xiaou dan Nathan Wang menggunakan lagu ‘Welcome to New York’ nyanyian Taylor Swift untuk tarik audience dari market Hollywood mungkin sebab movie ni release dekat US jugak. Boleh nampak lah team production makin improve lepas diberi peruntukan bajet yang lebih besar dari sebelumnya.

Lepas tengok movie Detective Chinatown 2 ni boleh la conclude yang pengarah Chen Sicheng akan jadikan detektif duo sebagai maskot dalam franchise comedy dia. Dengan persoalan misteri siapakah sebenarnya Q yang berada di ranking pertama dalam apps Crimaster masih lagi belum terjawab gara-gara watak Song Yi (Xiao Yang) yang muncul dan menghilang akan buatkan audience ternanti- nanti installment ketiga. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

  1. Alahai.. yang second ini pun tak berkesempatan nak tengok.. boleh sambunglah lepas ini..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.