Makin lama Season’s Greeting makin menarik dengan destinasi yang menarik. Kali ni iKON bercuti di Bali, Indonesia pada musim panas. Sampai je dekat airport dah ramai fans yang kerumun. Memandangkan iKON sampai pada waktu malam, summertime diorang start esok pagi disambut dengan 10 orang cameraman.
DK dah mula pelik sebab diorang kena pakai baju ada number siri so dia boleh agak yang diorang kena buat kerja ataupun selesaikan mission. Bila iKONBall bagitahu summertime kali ni Working Holiday, B.I dah melutut minta maaf sebab tak jaga mulut. Staff bagi dulang rotan berisi topi jerami dengan handsock.
Bukan B.I je yang kena tapi Yunhyeong kena join sekali sebab mulut dia setuju dengan idea B.I nak gain experience dekat Bali. JuNe pulak terpaksa join B.I sebab dia kena pilih untuk jadi orang ketiga dalam kumpulan petik buah strawberry dekat ladang.
‘They must have learned they should have watched their mouth. ‘ - Bobby
DK, Jay, Bobby dengan Chanwoo dapat enjoy main water park 30 minit dari resort diorang. Dekat sana terbahagi kepada dua kumpulan dan lengkapkan mission. Tapi tak susah pun mission diorang and most of the time memasing bahagia je main slides dekat sana. Yang kesiannya B.I, Yunhyeong dengan JuNe lah kena pergi kutip strawberry. Dah la pakai baju oren macam banduan.
Masa petik strawberry tu pun kena petik cepat-cepat sebab awan dah gelap sangat masa diorang bertiga sampai. Cara diorang tanam strawberry berbeza dengan Cameron Highland sebab pokok strawberry diorang letak rendah. Penat nak mencangkung masa kutip lah. Kalau pergi Cameron Highland, sambil berjalan tu sambil petik buah.
Lepas geng waterpark habis lunch, diorang buat video call sebab nak bahan geng strawberry kena buat kerja. Yunhyeong okay je sebab dia sejenis positif lepastu suka dengan kehidupan kampung ni tapi B.I lah mood swing sekejap okay sekejap baran sebab mulut dia badan binasa.
Bobby : You can pick strawberries in Korea.
Jay : Korean strawberry is better.
Yunhyeong : But you don’t pick strawberries in Korea
B.I : You know what?! You don’t have to pick strawberries in Bali, either!! It’s not even famous here!!
Berdekah je tengok scene ni sebab B.I emo tak sudah. JuNe dah tahap redho dah bila dia kena pilih untuk petik strawberry. Mood dia okay balik lepas dapat petik buah strawberry merah menyala dekat situ. Lagipun dia hydrophobia so dia tak boleh main slides jugak pun. Staff diorang pun bagi mission tak agak-agak. Paling kelakar bila JuNe dapat blender tapi kena buat jus strawberry secara manual sebab dekat ladang tu mana ada elektrik.
Lepas dah berjaya buat jus strawberry, penderitaan diorang bertiga tak berhenti dekat situ sebab staff bawak diorang pergi main sukan extreme macam Skytrex dekat Bukit Cerakah tu. Masa dapat tahu kena main game tu, B.I masih lagi dengan perangai angkuh dia tak ada acrophobia padahal dekat Saipan (2016), dia la yang menggigil bila plane naik tinggi.
Walaupun dia takut tinggi tapi dia tetap jaga JuNe yang dah menggigil dekat belakang. Yunhyeong tak sudah-sudah mengusik JuNe tak boleh buat. Paling cuak bila kena terjun dari atas pokok turun ke bawah. Bertuah la iKON pergi Bali ada staff YG Entertainment yang in charge untuk record dan ambil gambar diorang sebab view dekat taman rekreasi tu cantik. Nak pulak masa tu baru lepas hujan so ada kabus buatkan gambar diorang nampak dreamy.
B.I : Do you still want to do bungee jump?
Yunhyeong : Yes, I think I can do it. This actually makes me feels brave.
B.I : Hey, did you not hear me saying watch your mouth?!
Sebab Yunhyeong tak jaga mulut, dalam iKON TV (2018) diorang kena buat bungee jumping. Haha insaf sekejap je lepastu celupar balik.
Lepas penat main slides dan petik strawberry belah siang, waktu malam diorang berkumpul dekat resort untuk share pengalaman masing-masing lepastu main game. Sebelum habis Season’s Greeting video, iKON dapat surat dari staff yang guna anonymous. Ada surat yang puji iKON sebab perangai masing-masing tapi banyak yang kena tegur suruh behave sikit perangai tu.
June, annyeong!
I haven’t talk to you that often but I’m familiar with you in the video. So I’d like to say something. The high decibel song from your voice surprises a lot of staffs. Did you know your voice is a slate for the cameras in the waiting room? I found myself seeking for your voice (I can sense the big sound wave). I admire your vocal cord. Please go on making a large sound.
waaa tak kenal sapa diaorang ini. nampak sangat bukan peminat kpop hehehe
ReplyDeletesinggah sini sekiranya tuan rumah sudi exchange bloglist.. https://www.jiwarosak.com/2021/06/kemaskini-exchange-bloglist-blog.html
ReplyDelete