IKEA Lennart Storage Trolley

Tuesday, 1 June 2021

Masa mengemas barang dekat dapur baru perasan yang banyak barang kecil tapi tak terlepas pandang sebab storage dekat dapur besar sangat. Bila terlepas pandang mula lah terbeli lebih lepastu ada jugak yang tak terbeli. Bila belek dekat Shopee ternampak rak storage trolley Lennart dari IKEA ni. 


Rak Lennart ni kira ngam elok lah nak letak dekat dapur sebab ketinggian dia just nice je dekat bahagian bawah kaunter tu. Harga pun not bad dalam RM49 macam tu tak termasuk postage. Nak pasang pun tak ambil masa yang lama sebab manual yang diberi oleh seller tu jelas, terang dan nyata.  


Memandangkan I beli rak Lennart ni masa bulan puasa, so seller bagi lah satu pek sampul raya sebagai tanda penghargaan. Arigatogozaimas! 


Masa nak susun setiap part tu, kitorang jadi clueless jugak lah dengan bahagian ni sebab ingatkan kena pasang dekat belakang. Bahagian ni paling lembut sekali. Kalau kena pasang dekat belakang macam tak kukuh je nanti. Bila dah siap pasang base rak ni, baru faham yang bahagian tu rupanya drawer. Bahagian ni paling lembut sebab nanti kena bentukkan jadi empat segi. 


Masa nak bentukkan ni, kena lipat betul-betul sampai sudut dia betul-betul terpacak. Kalau tak, susah nak pasang sebagai drawer nanti. 


Tak ambil masa yang lama pun kalau dah siap lipat drawer tu. Nak pasang skru pun mudah je cumanya kalau tersalah atau terhilangkan skru tu bahaya lah sebab seller memang bagi cukup-cukup je. Nasib baik masa pasang ni Bella tak kacau. 


Bila dah siap terus letak barang dekat dalam rak Lennart ni. Memang just nice je lah dengan kuantiti barang dapur orang bujang. Nak beli bahan banyak sangat pun bukan selalu masak dekat rumah ni. Kadang kalau busy dengan kerja memang tapau je. Tak sempat dah nak masak. 


So far belum letak lagi barang yang berat sebab tengok gaya rak yang comel ni macam tak mampu nak tampung. Paling berat pun letak bawang merah dengan bawang Holland je itupun tak banyak. Yang risau sekarang ni bukan kukuh ataupun tak tapi sebab warna rak ni. Dapur kan senang sangat nak belemoih so takut jugak lah rak ni kotor sebab warna putih. Pernah je try cari warna hitam tapi memang ada warna putih je. So redho je lah. Kena rajin check dan bersihkan. 

11 comments

  1. kat rumah kak yan lennart ni anak buat letak spentot dan stokin diorang

    ReplyDelete
  2. dah lama usha rak ni tapi nak beli tak tahu nak letak apa. kalau letak dekat dapur sayang pula takut kotor..haha

    ReplyDelete
  3. kat rumah pun memang ada rak ni. Tapi, masa tu pegi ikea beli..haha..lamaaaa tak ke ikea :(

    ReplyDelete
  4. Warna putih cantik tapi itulah risau cepat nampak kotor.

    ReplyDelete
  5. menarik lah farhana rak ni..beli direct ikea ke..atau kat shopee?

    ReplyDelete
  6. Hahaha.. Akak pun pernah guna ni letak bawang2 akak dulu2

    ReplyDelete
  7. nampak nice la! tapi kalau kita beli nk letak mana pulak hahhaha, buat kena bebel dengan mak je

    ReplyDelete
  8. Cantiklah storage troley Ikea ini.. Macam nak beli juga.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. rumah akak memang byk brg ikea. bak kata adik akak, mini showroom ikea :)
    tapi laci ni akak tak beli. sebab takde tempat nak letak dia, fana.
    berkenan. mcm nak beli sgt tau. one day maybe :) bila perlu kan dia.
    sebab ia ringkas dan nice, kan.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.