First Time Minum Iced Hazelnut Latte Zus Coffee

Tuesday, 8 June 2021

 

Tak pernah tahu pun kewujudan Zus Coffee selama ni. Gara-gara Ms Fisa la ni tanya nak tak minum kopi ni. Macam ragu-ragu jugak lah at first sebab takut strong sangat kopi dia. Tapi sebab orang nak belanja kan, cari la jugak yang mana macam syok je dekat tekak hehehehe

Belek punya belek menu dia nampak Iced Hazelnut Latte sebab ni menu fav I kalau pergi mana-mana coffee brand pun. Bila dah sampai tu macam impressed dengan packaging dia sebab dia sealed dengan waterproof paper dekat bawah penutup supaya tak tumpah. Elok je kejadiannya bila sampai dekat tangan customer. 

Berdebar jugak nak rasa first sip lepas dah stir bagi susu dengan coffee tu blend baekkk punya. Bila rasa sekali, not bad lah sebab tak pahit sangat, tak manis sangat. Sesuai dengan tekak I yang suka level medium je. Boleh pilih pulak tu nak guna susu apa either susu biasa, susu soya, oat ataupun susu badam. Customer friendly lah Zus Coffee ni sebab ada yang lactose intolerant. 

Ingatkan Zus Coffee ni international brand rupanya jenama tempatan. Dia punya logo dan warna tu quite sleek lah. Harga tak lah semahal Starbucks tapi tak lah murah macam Familymart haha sebab dia pakai biji kopi gred premium. Kalau nak merasa kopi sedap tapi affordable try lah this one. Banyak lagi menu lain yang macam best untuk dicuba. Next time I nak try yang lain pulak hehe 

3 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.