Director : Park Joon-soo
Writer : Kim Min-suk
Cast : Seungri, Yoo Byung-jae, Lee Jai-jin, iKON, WINNER, Blackpink, Park Bom, ONE, Yoo In-Na, Lee Hi, Daesung, Sunmi
Production Company : YG Entertainment, Netflix Services Korea Ltd.
Distributor : Netflix
Genre : Web television, Sitcom, Mockumentary
Running Episodes : 8 episodes (30 minutes per episodes)
Release Date : 05th October 2018
Trailer :
Punca utama nak tengok mockumentary dari YG Entertainment ni sebab nak tengok iKON je walaupun diorang muncul dalam satu episod tapi berbaloi lah layan sebab Seungri jenis crack jugak. Muka fucked up dia dalam sitcom ni memang kelakar. Sitcom ni ikut template The Office sebab environment dan konsep pun sama.
Satira atau dark comedy dalam mockumentary YG Future Strategy Office di bawah arahan Park Joon-soo ni lebih kepada bad scandal artis YG Entertainment bila selalu terpalit dengan skandal dadah, seks dan rasuah. So kebanyakan scene memang perli pasal 3 benda ni selain dari promote artis di bawah label talent agency secara tak langsung.
Menyandang watak utama, Seungri dihantar ke YG Future Strategy Office sebagai hukuman sebab mengamuk masa mabuk kemudiannya viral. YG denda dia untuk bersihkan balik imej syarikat dengan bantuan dari beberapa orang staff yang dungu - Yoo Byung-jae, Lee Jai-jin, Son Se-bin, Kim Ga-eun dan Park Chung-hwan.
Seungri cuba minta bantuan dari kenalan artis sama ada dari dalam company dan juga artis dari company lain. Malangnya keadaan semakin teruk dan bertambah teruk di setiap episod sampaikan semua staff dia dibuang kerja. Seungri juga terpaksa pergi ke US untuk hadir ke mahkamah di sana gara-gara mom call.
Kalau nak tanya episod mana yang paling kelakar haruslah episod 4 – Plan B bila Seungri bimbang dengan masa depan iKON. Awal pagi lagi dia dah ajak staff dia pergi ke rumah iKON untuk kejut diorang supaya bekerja keras. Seungri minta staff dia buat satu video untuk impress YG supaya iKON lebih dikenali di Korea. Dalam sitcom ni diselitkan tribute scene kepada survival show WIN (2013) masa Seungri bawa iKON pergi bangunan JYP. Even featured dalam episod yang sama - episod 4!
Malangnya video tu terlampau teruk bila staff YG Future Strategy Office guna konsep Power Rangers sampaikan YG mengamuk. Sudahnya Seungri bagitau iKON perlu tebus kesalahan dengan bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan bangunan YG Entertainment yang baru. Dah lah kena bangun pukul 3 pagi, record video, pergi challenge Sunmi dekat JYP Entertainment lepastu kena jadi buruh pulak. Bobby rasa nak balik US je masa tu. Jay dengan Yunhyeong sampai dah injured kerja dekat sana.
Sambil tonjolkan identiti YG Entertainment, pelbagai division yang terdapat di sana dan facilities, Seungri masukkan juga business ramen dia yang tengah famous masa tu. Kebanyakannya dekat episod-episod hujung sebab YG paksa Seungri keluarkan duit dia sendiri lepas beberapa kali gagal laksanakan tugas yang YG bagi.
Bukan setakat visual team paparkan close up reaction atau beberapa shot dengan kreatif, editing team pun sama naik je untuk kekalkan elemen kelakar dari awal sampai ke hujung mockumentary ni. Walaupun dialog kebanyakannya scripted tapi disebabkan karakter Seungri, iKON dengan WINNER memang kelakar so kebanyakan scene nampak menjadi. Blackpink malu-malu kucing lagi masa ni. Scene Park Bom pun kelakar. Ada juga scene yang terlebih kuah tapi tak banyak sangat pun. At least boleh la rehatkan mulut dengan perut daripada gelak banyak sangat.
Kebanyakan lagu yang digunakan dalam sitcom YG Future Strategy Office haruslah lagu dari idol group YG Entertainment macam lagu Bigbang, 2NE1, WINNER, iKON dengan Blackpink. Kalau memang layan semua idol group dari YG entertainment memang layan lah bila soundtrack keluar. Dalam sitcom ni banyak episod jugak Seungri petik nama iKON tapi sayang betul diorang muncul satu episod je dan B.I muncul sekejap dalam episod 7 - Dark Night untuk compose lagu dalam album solo Seungri. Kan best kalau banyakkan lagi cameo diorang.
Kalau ikutkan dekat hujung sitcom ni, team production letak hint akan ada season 2 tapi disebabkan Seungri terpalit dengan Burning Sun scandal, B.I dengan skandal dadah dan YG sendiri dah letak jawatan, besar kemungkinan mockumentary ni je lah satu-satunya sitcom dengan dark humor tentang Kpop entertainment industry dengan real character dan company. Kudos to team production for producing this. Tak sia-sia 4 jam layan satu season.
p/s : Mockumentary ni untuk tontonan dewasa je sebab tak ada filter
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9/10
no filter is the best kalau tgk
ReplyDelete