Sunscreen Bioré's UV Aqua Rich Watery Essence SPF50+

Sunday, 2 May 2021

I dah pakai sunscreen ni lama dah tapi baru sekarang nak up review. Kenapa pilih Bioré's UV Aqua Rich Watery Essence? Sebab beauty guru dekat Twitter yang recommend. Harga untuk satu tube sunscreen ni around RM 33 untuk 50g dekat drugstore. Maybe you guys boleh dapat harga lebih murah dari ni dekat Shopee. 


Sebelum pakai sunscreen Biore ni I pakai sunscreen apa entah yang warna oren tu tapi disebabkan tekstur dia terlampau tebal dan lambat nak menyerap dalam kulit, I tukar lah kepada Biore Aqua Rich ni. Lagipun kulit I memang memerlukan skincare yang melembabkan. Rasanya semua kulit orang dekat Malaysia ni macam tu sebab iklim kita. 


Ingredients

Water (Aqua), Ethylhexyl Methoxycinnamate, Alcohol, Lauryl Methacrylate/Sodium Methacrylate Crosspolymer, Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate, Dimethicone, Xylitol, Glyceryl Stearate, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Agar, Polyvinyl Alcohol, Potassium Hydroxide, Fragrance (Parfum), Disodium EDTA, BHT, Sodium Hydroxide, Butylene Glycol, Propylene Glycol, Citrus Grandis (Grapefruit) Fruit Extract, Sodium Hyaluronate, Citrus Medica Limonum (Lemon) Fruit Extract, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Fruit Extract, Phenoxyethanol

Star Ingredients untuk Melembapkan kulit:
1. Butylene Glycol
2. Sodium Hyaluronate
3. Propylene Glycol 


Bioré's UV Aqua Rich Watery Essence SPF 50+ PA+++ ni mengandungi Aqua Micro Capsules di mana ia boleh mewujudkan lapisan yang teguh, tahan lama dan berganda untuk menghalang UV masuk ke lapisan kulit. Rasa sejuk seperti air memberikan rasa segar bila apply dekat kulit muka atau badan, sesuai sangat dengan karakter dia - Watery Essence. 

Non-sticky and non-greasy, senang sangat meresap ke dalam kulit sebab tekstur dia yang ringan. Bau dia pun wangi sebab bau Mild Citrus. Sebelum makeup kan kita akan apply sunscreen dulu so Bioré's UV Aqua Rich Watery Essence ni blend elok je sebagai foundation. Worth to buy!

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.