Scented Candle Mr. DIY

Saturday, 22 May 2021

Sebelum ni selalu je beli scented candle dekat Mr. DIY tapi yang jenis bulat-bulat kecil tu sebab murah satu hal lepastu candle holder tu kecil je. Tiga, empat kali beli rasa macam tak best lah sebab tak wangi pun. Setakat menyala je nak buat apa kan?


So satu hari tu ternampak scented candle jenis ni. Lama jugak belek berfikir nak beli ke tak sebab takut jugak dia tak wangi macam yang kecil tu. Tak la mahal dalam RM12 je satu lilin ni. Berkenan sangat dengan bekas kaca dia. I try to discuss and justify dengan hati dan otak I, kalau lilin ni tak lah sewangi yang dia claim, boleh je jadi hiasan dekat meja kerja. Some sort of therapy jugak tu. 


First time nyalakan lilin ni masa kena brain freeze bila ada banyak advertorial job kena siapkan minggu tu. Movie review pun banyak yang pending tapi mood tak sampai. Bila pasang lilin ni slowly calmed me down lepastu idea start datang. Tak lah mencurah banyak tapi ada progress. Bab bau dia memang wangi yang soft dan sedap dihidu bila perlukan ketenangan. Tepat betul pilihan ni. 


Since then, everytime I stuck ataupun malas, ambik je lighter then pasang lilin ni. Dah la cantik, wangi pulak tu. Berbaloi sangat lah bila beli. Tak payah nyalakan lama pun lilin ni sebab even dah terpadam tetap ada bau dia. Since meja kerja I sebelah beranda je, everytime angin datang bau wangi lilin ni masuk dalam hidung sekali. Boleh la repeat beli lagi hihi

12 comments

  1. Tak pernah tahu pun Mr Diy ada jual lilin macam ni.

    ReplyDelete
  2. Pernah jugak beli yang bulat kecik tu, tapi memang tak bau langsung hahaha. Nak beli yang mahal sikit punnn takut tak bau jugak tapi lepas ni boleh lah try beli satuuuuu hehehe.

    ReplyDelete
  3. Kalau wangi nanti saya recommend kepada mama saya sebab dia suka scented candle.

    ReplyDelete
  4. Cantik plak...buat hiasan kat meja kerja oun cantik tu...

    ReplyDelete
  5. nak beli satu la letak kat bilik..hehe

    ReplyDelete
  6. Pernah beli yang kecik punya warna biru tu kat Mr Diy dalam rm2 camtu tapi tak kuat sangat baunya

    ReplyDelete
  7. tak perasan pun ada lilin jenis ni, dok nmpak yg sepotet kecik2 tu jer..hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dia dalam kotak kot. Ni pun nampak sebab diorang susun dekat depan shelf

      Delete
  8. Kak Sha kena cari satu juga kot.. Dua tiga menjak ini emosi agak kelam kabut jugalah..

    ReplyDelete
  9. I really like your take on the issue. I now have a clear idea on what this matter is all about.. yankee candle vanilla lime giara media

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.