Movie Review | SAM: Saya Amat Mencintaimu

Saturday, 15 May 2021

Pengarah :  Syafiq Yusof

Penulis Skrip : Syafiq Yusof 

Pelakon :  Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Azad Jasmin, Neelofa, Harun Salim Bachik, Fimie Don, Adam Shah, Mubarak Majid, Lydiawati

Syarikat Produksi : Skop Productions

Pengedar : E.MAS

Genre : Romantik / Misteri / Seram / Psikologi

Durasi Tayangan : 90 minit

Tarikh Tayangan : 19 Ogos 2012

Trailer :


Filem yang menerima 5 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-25 di bawah arahan Syafiq Yusof terbitan Skop Productions mengangkat tema psikologi. Movie S.A.M adalah debut movie kepada Syafiq sebagai pengarah lantas mendapat pengiktirafan di dalam The Malaysia Book Of Records untuk Pengarah Termuda Malaysia – 18 tahun. Masa tengok Behind The Scene movie ni dulu Syamsul bagitau yang adik dia kusut nak shoot separuh movie ni so dia tolong mana yang patut sampai siap. 

Sebab movie S.A.M ni lah suka dengan karya-karya Syafiq Yusof sebab idea dia berbeza dengan ayah dan abang dia. Kisah bermula dengan percintaan Sam (Shaheizy Sam) dengan Lisa (Lisa Surihani) di sebuah syarikat. Lisa adalah pembantu Sam so kebanyakan masanya habis dengan Sam. Tak hairan lah dia mudah jatuh cinta. Tambah pula Sam seorang yang naïf dan baik. Tak seperti bekas kekasih dia, Jeef (Syamsul Yusof) yang baran.

Disebabkan kecantikan Lisa, Sam selalu berasa insecure dan terpaksa hadap peminat psiko macam Haikal (Azad Jasmin) ataupun lelaki gatal macam Din (Adam Shah). Sebab tu dia nak cepat kahwin dengan Lisa supaya semua gangguan tu berhenti. Malangnya bila Sam nak melamar Lisa, mereka berdua dipukul oleh Haikal kemudiannya diculik dan dibawa ke kilang PV6, Klang. 

Sam cuba minta bantuan dari Jeff lepas semalaman di sana dan diserang bertubi-tubi. Boss (Harun Salim Bachik) arahkan Jeff pergi ke PV6 yang merupakan kilang lama syarikat mereka sebab dia tak nak kehilangan klien penting syarikat. Jeff minta bantuan Zura (Neelofa), kawan baik Lisa untuk check sama ada hint atau jejak yang ditinggalkan. 

Kekuatan movie S.A.M adalah pada jalan cerita yang memaparkan isu psikologi dalam masyarakat dan plot twist menarik yang dipersembahkan pada second half. Namun disebabkan pengarah terlampau fokus pada action scene dekat second half buatkan momentum cerita menurun sebab meleret walaupun ada masanya terkejut dengan tindakan si lelaki misteri. 

Better kalau pengarah fokus pada flashback yang menceritakan kehidupan kanak-kanak lelaki (Fimie Don) dan tunjuk kenapa dia boleh menghidap schizophrenia. Kita nampak ayah dia (Mubarak Majid) mengamuk sebab dapat anak sakit tapi kemarahan tu kesan dari perangai anak dia. Zaman dulu memang pantang betul kalau ada ahli keluarga yang sakit mental ataupun down-syndrome. 

Lakonan Shaheizy Sam cemerlang dengan perubahan emosi dan karakter terutamanya pada second half sebab first half lebih fokus pada percintaan dia dengan Lisa. Padanan Sam dengan Lisa menonjolkan chemistry yang kuat untuk babak romantik. Movie S.A.M. adalah movie kedua mereka bekerja bersama sebagai pasangan bercinta so tak ada masalah langsung untuk deliver. Soundtrack Ajari Aku nyanyian Anuar Zain menaikkan mood dan suasana percintaan mereka berdua. 

Lakonan supporting cast ada yang okay ada yang mehhhh macam Azad yang berjaya menaikkan elemen seram dengan karakter psiko dan obsess dengan Lisa. Dia berjaya shift mood dari romantik kepada seram walaupun muncul sekejap je. Sama juga dengan Adam yang menimbulkan ketegangan antara Din dan Sam. Berbeza dengan Syamsul ataupun Neelofa yang muncul lebih banyak tapi kayu dan try hard. 

Memandangkan movie S.A.M dibikin di bawah penerbitan Skop Productions jadi bab visual memang tak ada masalah sangat. Close up banyak membantu lakonan setiap watak sebab kebanyakannya ekspresikan melalui reaksi muka terutama pada second half movie. Cuma ada beberapa scene di tempat gelap sampai tak nampak apa yang berlaku. Transition pun kemas dan sharp. 

Movie S.A.M ni best nak layan walaupun dah 9 tahun berlalu and thanks to Netflix sebab tayang salah satu movie berkualiti dalam industri perfileman tempatan. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.7/10

2 comments

  1. i tak pernah lagi tgk cita ni, but this is one of the movie yg mmg nak tgk

    ReplyDelete
  2. Tak pernah tengok lagi sebb tak minat langsung dgn shark punya lakonan

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.