Director : Seema Pahwa
Writer : Seema Pahwa
Cast : Naseeruddin Shah, Vinay Pathak, Vikrant Massey, Konkona Sen Sharma, Vineet Kumar, Manoj Pahwa, Parambrata Chattopadhyay, Supriya Pathak, Deepika Amin, Ninad Kamat
Production Company : Drishyam Films, Jio Studios
Distributor : UFO Moviez, Netflix
Genre : Drama / Comedy
Running Time : 115 minutes
Release Date : 17 October 2019 (Mumbai Film Festival), 1 January 2021 (India)
Trailer :
Movie Ram Prasad Ki Tehrvi, arahan debut kepada pengarah Seema Pahwa ni antara movie yang cuba ditayangkan di panggung wayang India setelah beberapa tempoh lockdown. Malangnya tiada sambutan kerana genre drama yang agak heavy dan tiada pelakon yang strong enough untuk tarik audience ke pawagam. Sepatutnya release dekat OTT platform je dan tak patut langsung salahkan audience tak datang support sebab ramai yang busy dengan kerja tertangguh disebabkan lockdown.
Genre movie yang berkonsepkan kekeluargaan ni cuba dipersembahkan dalam template drama komedi tapi elemen komedi yang berunsurkan satira tu tak lah kuat mana kehadirannya. Kebanyakan masanya rasa sesak dengan rumah yang padat dan berebutkan tandas setiap pagi. Movie Ram Prasad Ki Tehrvi keluar sebelum movie Pagglait dengan plot cerita yang sama tapi olahan Pagglait yang diterbitkan di bawah Netflix lebih menarik dan kelakar.
Movie bermula dengan kematian guru musik, Ram Prasad (Naseeruddin Shah) ketika cuba bermain piano dalam bilik tidurnya. Keesokannya kesemua anak, menantu, cucu dan birasnya datang ke rumah untuk upacara terakhir (Tehrvi) juga berkabung selama 13 hari mengikut adat mereka. Anak sulung, Gajraj (Manoj Pahwa) pastikan upacara berjalan lancar bersama adik-adiknya - Manoj (Ninad Kamat), Pankaj (Vinay Pathak) dan Neetu (Parambrata Chattopadhyay).
Adik beradik perempuan - Rani (Anubha Fatehpura), Dhaani (Sarika Singh) bersama ipar yang lain menguruskan makanan di dapur. Kebanyakan masanya membawang sambil memasak sebab isteri Neetu, Seema (Konkona Sen Sharma) tak datang bersama. Semua pun tahu Seema tak selesa bergaul dengan mereka sebab dia anak orang kaya dan cuba untuk jadi pelakon. Neetu cuma bagi alasan yang Seema ada urusan di Mumbai dan akan datang lewat sedikit.
Terlampau banyak yang berlaku dalam masa 13 hari bila adik-beradik berkumpul sampaikan si ibu (Supriya Pathak) terasa hati dengan perangai anak-anaknya. Tempoh berkabung yang sepatutnya mengambil iktibar dan hormat dengan pemergian si mati tapi masing-masing tak nampak sedih langsung dan lebih membicarakan isu-isu berbangkit seperti kedai ayah mereka, rumah yang ingin dijual, hutang sesama adik-beradik, personal loan yang dibuat oleh si ayah, rungutan, perbalahan kecil, tuduh-menuduh dan banyak lagi konflik sama ada sengaja atau tidak sengaja dibangkitkan atau diungkitkan.
Movie ni tak ada klimaks pun, mendatar sahaja flow dia walaupun banyak konflik. Kiranya pengarah lebih kepada menonjolkan yang manusia dengan kelemahan dan keterbatasan mereka untuk sesuatu situasi. Malah si ibu tak salahkan anak-anak dia sepenuhnya bila semua bagi jawapan sibuk menguruskan keluarga sampai tak sempat datang jenguk.
Screenplay bergerak cantik dengan props dan details yang diletakkan di dalam movie menjadikan movie dan setiap babak tampak hidup dan asli. Music album yang digubah oleh Sagar Desai sesuai dengan mood babak tersebut tapi tak ada lagu yang best ataupun melekat untuk diulang lagi.
Kesemua pelakon dalam movie yang diterbitkan oleh Drishyam Films dan Jio Studios ni adalah barisan pelakon sampingan yang terkenal dengan bakat lakonan masing-masing jadi tak ada masalah untuk mereka deliver watak dengan baik tanpa overshade watak yang lain. Sayangnya faktor-faktor lain seperti dialog, flow cerita, visual, kurangnya elemen drama, terlampau banyak konflik kecil ataupun music album antara punca kenapa movie Ram Prasad Ki Tehrvi tak mampu mencuri perhatian.
Self-realisation oleh watak Seema pun tak mampu menaikkan perasaan teruja ataupun connect dengan watak dia. Bila tengok movie ni rasa macam kita lalu jalan yang kita biasa lalu, bila habis maka habis lah. Tak tinggalkan apa-apa kenangan atau rasa istimewa pun.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.8/10
Tak tgk lagi drama ni
ReplyDeleteuish.. memang tak menarik tu.. habis dan dilupakan.. hehehe..
ReplyDelete