Movie Review | Ajeeb Daastaans

Saturday, 8 May 2021

Director : Shashank Khaitan, Raj Mehta, Neeraj Ghaywan, Kayoze Irani

Writer : Shashank Khaitan, Sumit Saxena, Neeraj Ghaywan, Uzma Khan

Cast : Fatima Sana Shaikh, Jaideep Ahlawat, Abhay Joshi, Armaan Ralhan, Arvind Pandey, Nushrat Bharucha, Abhishek Banerjee, Inayat Verma, Maneesh Verma, Konkona Sen Sharma, Aditi Rao Hydari, Shefali Shah, Manav Kaul, Tota Roy Chowdhury, Sara Arjun

Production Company : Dharmatic Entertainment

Distributor : Netflix

Genre : Romance, Drama

Running Time : 142 minutes

Release Date : 16 April 2021

Trailer :


Netflix terbitkan sebuah lagi antologi yang bertemakan ajeeb (pelik) daastaans (kisah) selepas dua antologi sebelum ni – Lust Stories (2018) & Ghost Stories (2020) di bawah produksi kepunyaan Karan Johar, Dharmatic Entertainment. 

1. Shashank Khaitan – Majnu

Filem pendek yang ditulis dan diarahkan oleh Shashank Khaitan ni berkisarkan kehidupan Babloo (Jaideep Ahlawat) dan Lipakshi (Fatima Sana Shaikh) yang berkahwin atas aturan keluarga demi kepentingan masing-masing. Babloo berterus-terang yang dalam hati dia ada orang lain dan dia takkan tidur dengan Lipakshi tapi sebagai seorang isteri dia kena jaga maruah keluarga. 

Selepas 3 tahun hidup macam tu, muncul watak Raj Kumar (Armaan Ralhan) dari London yang baru sahaja grad dalam major Finance di sana dan diterima bekerja di sebuah bank ternama dengan gaji Rs1.5 lakh. Babloo minta Raj lupakan London dan bekerja dengan dia dan ditawarkan gaji sebanyak Rs2.5 lakh sebulan. 

Kawan-kawan Raj dah nasihatkan supaya jauhkan diri dari Lipakshi kalau taknak dibelasah atau dibunuh oleh Babloo. Makin hari hubungan Raj dan Babloo makin rapat, kerja dia pun disenangi oleh majikannya. Lipakshi juga semakin galak menggoda. 

Quite predictable jugak lah jalan cerita dia sebab masa watak Raj muncul pun dah tahu ke mana arah cerita Majnu ni cuma tak sangka yang Babloo senang-senang diperdaya oleh Raj. Gambar photoshopped tu macam kelakar sebab orang kanan dia tak pakai macam tu pun. Filem ni okayish lah sebab plot dia bukan sesuatu yang baru. Dialog not bad, sinematografi dari Pushkar Singh serlahkan rahsia hitam dalam mansion tu walaupun penuh dengan barangan yang cantik. 

2. Raj Mehta – Khilauna (Toy)

Meenal (Nushrat Bharucha) tinggal bersama adik perempuan dia, Binny (Inayat Verma) yang berumur 7 tahun. Kerana selalu sangat elektrik rumah dia dicuri, Meenal cuba masuk bekerja sebagai orang gaji di rumah Vinod Agarwal (Maneesh Verma). Kekasih dia, Sushil (Abhishek Banerjee) dah bagi amaran supaya berhati-hati sebab Vinod sejenis yang baran. 

Meenal sengaja menggoda Vinod semasa bekerja supaya permintaan dia ditunaikan tapi dia kena bayar lebih dari tu. Sepatutnya Meenal lebih tahu lah apa padahnya bila bermain dengan api tapi dia sendiri tak bersedia. 

Filem pendek ni bergerak bersilih ganti masa sekarang dengan cerita dari watak masing-masing beberapa hari yang lepas. Cerita olahan Raj Mehta nampak menarik sebab kita tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku dengan kesemua watak dalam kisah ni. Sayangnya plot twist dia macam tak logik untuk diberikan perhatian lantas mengecewakan.  

Nushrat terlampau cantik untuk deliver watak Meenal. Cara bercakap dan cara jalan dia tak menggambarkan langsung orang gaji yang hidup dalam kemiskinan dan terdesak untuk buat apa saja untuk survive. Berbeza dengan watak Sudhaa (Bhumi Pednekar) dalam Lust Stories arahan Zoya Akhtar. Inayat paling menyerlah dalam filem pendek ni walaupun cuma pelakon kanak-kanak tapi bijak bermain dengan ekspresi muka untuk deliver mesej tentang insecurities. Sama macam watak dia dalam movie Ludo (2020) yang menyerlah di samping Abhishek Bachchan. 

3. Neeraj Ghaywan - Geeli Pucchi

Bharti Mandal (Konkona Sen Sharma) satu-satunya wanita yang bekerja di kilang dan kemudiannya jawatan data entry yang dia apply diambil oleh Priya (Aditi Rao Hydari) yang cantik. Bharti tahu dia lebih layak dengan kelulusan yang dia ada. Kalau setakat Excel dengan Word pun dia boleh belajar dalam 3 hari sahaja. 

Tapi rakan sekerja dia ingatkan yang mereka ni berkasta Dalit tak seperti Priya yang datang dari kasta Brahmin. Oleh kerana Priya seorang sahaja perempuan di kilang tersebut, dia cuba untuk berkawan dengan Bharti. Makin hari mereka makin rapat, tambah pula Bharti seorang lesbian. Tak ambil masa yang lama untuk dia tertarik dengan kecantikan dan kepolosan Priya. 

Tapi disebalik kecantikan dan kemesraan Priya, ada agenda jahat yang tersembunyi. Priya gunakan Bharti untuk siapkan semua kerja di pejabat sedangkan dia berseronok di luar pejabat. Pengarah-penulis Neeraj gunakan medium seni visual untuk bercerita tentang penindasan mengikut kasta dalam masyarakat. Watak Priya yang naïf dan sering merasa tertindas di rumah berubah menjadi penindas dan manipulative bila berjumpa dengan seseorang yang lebih lemah dari dia. Ending memang berbaloi untuk ditonton. 

4. Kayoze Irani - Ankahi 

Filem pendek ni yang paling sweet antara semua walaupun jalan cerita basic dan simple. Pelik dia tu diceritakan dalam naskhah yang berkisarkan dunia orang pekak dan bisu. Macam mana Kabir (Manav Kaul) boleh bahagia dengan hidup dalam dunia yang senyap sunyi daripada hidup sebagai manusia normal selepas cochlea implant. 

Pertemuan Kabir dengan Natasha (Shefali Shah) di galeri seni dia menambahkan keceriaan dalam hidup. Siapa tak bahagia kalau ada wanita cantik dan baik yang faham sign language kemudiannya suka berbicara tentang seni. Natasha datang dari Bandra dan mempunyai seorang anak perempuan yang cacat pendengaran. Penat sering bertengkar dengan suami dia tentang bonding bersama anak, Natasha keluar mencari ketenangan dan akhirnya berjumpa dengan Kabir. 

Boleh kata sepanjang masa tengok cerita ni asyik tersenyum je dengan chemistry Manav dengan Shefali. Sebelum ni takut tengok Manav sebab watak psiko dan villain dalam kebanyakan movie. Tapi dalam movie ni Manav berjaya tonjolkan sisi romantik dan sweet dia sampaikan mata dan hati jadi tertawan. Sort of addictive pun ye jugak. Hopefully lepas ni ada director yang offer Manav Kaul berlakon sebagai leading hero instead of suppoting cast in serious role. 

Of course Natasha dengan Kabir makin rapat dan jatuh cinta tapi hakikat kehidupan tak sentiasa berpihak pada kita. Nak buat keputusan untuk diri sendiri dan kebahagiaan sendiri bukan mudah. Tak sangka director berjaya bermain dengan perasaan sampai ke penghujung cerita. Kayoze Irani dulu berlakon dalam movie Student Of The Year (2012) kemudiannya bertukar profession sebagai Assistant Director dan debut dengan movie ni. Kudos!

Overall, anthology Ajeeb Daastaans lagi best dari Ghost Stories walaupun tak sekuat Lust Stories but still manage to capture audience with their strong message and twist. Kalau Netflix dengan Karan Johar nak terbitkan lagi anthology pun tak kisah sebab konsep ni menarik since I jarang layan filem pendek dekat Youtube so banyak jugak lah karya yang I terlepas pandang dari barisan pengarah dalam industry Bollywood. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.5/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.