Drama Review | The Big Bang Theory Season 8

Friday, 14 May 2021

 

Director : Mark Cendrowski

Writer : Chuck Lorre, Bill Prady

Cast :  Johnny Galecki, Jim Parsons, Kaley Cuoco, Simon Helberg, Kunal Nayyar, Mayim Bialik, Melissa Rauch, Kevin Sussman, Carol Ann Susi,  John Ross Bowie, Brian Posehn, Sara Gilbert, Brian George, Alice Amter, Michael Trucco, Christine Baranski, Kate Micucci, Brian Thomas Smith, Stephen Hawking

Genre : Sitcom

Running Episodes : 24 episodes

Release Date : 26 September 2013 – 15 May 2014

Production Company : CBS

Distributor : Netflix

Trailer :


Penghujung season 7, Sheldon Cooper (Jim Parsons) lari dari Pasadena sebab terlampau banyak perubahan yang berlaku dalam hidup dia. Dari season awal lagi karakter Sheldon tak suka dengan perubahan dan bila dia dipaksa untuk terima perubahan demi perubahan secara mengejut, Sheldon ambil keputusan untuk lari supaya dapat tenangkan diri. 

Kalau jadi Sheldon pun rasa sesak jugak sebab profession dan personal life berubah sekelip mata. A lot of things need to be consider. Sheldon rasa dengan naik train dan pergi ke beberapa destinasi popular akan tenangkan dia tapi malangnya tidak sebab dia dirompak. Sweet lah dalam episod 1 - "The Locomotion Interruption" ni sebab awal season pengarah dah remind betapa kuatnya friendship Sheldon dengan Leonard (Johnny Galecki) sebelum Sheldon ke next stage in relationship dengan Amy (Mayim Bialik). Bertambah sweet tengok Sheldon risau dekat Leonard bila dia kena buat nasal surgery dalam episod 9 - "The Septum Deviation".

Sheldon : How many Edisons does it take to screw a lightbulb? 

Amy : How many?

Sheldon : Who cares. He stole the idea and doesn’t deserve his own joke.

Howard Wolowitz (Simon Helberg) pula rasa insecure dengan kehadiran Stuart Bloom (Kevin Sussman) di rumah mak dia sebagai caretaker bila Mrs Wolowitz (Carol Ann Susi) diserang gout. Dalam season 7 kedai buku komik milik Stuart terbakar dan hilang tempat tinggal juga punca pendapatan sebab tu dalam season 8 dia tinggal dengan Mrs Wolowitz. 

‘So are you worried because he’s replacing you as a son or are you worried because he’s becoming her lover?’ - Raj (Kunal Nayyar)

Walaupun Howard yakin yang tiada siapa boleh gantikan tempat dia sebagai anak tapi dia tetap menyampah dengan kemesraan antara Deb-Deb dan Stewie. Boleh kata dalam season ni watak Stuart dikembangkan lagi instead of jadi mayat yang terbaring di lantai ataupun interframe dalam naratif kehidupan watak-watak utama. 

Recommendation dari Bernadette (Melissa Rauch) membolehkan Penny (Kaley Cuoco)dapat job sebagai Eksekutif Jualan di pharmaceutical company dia. Job tu mudah dan sebab Penny cantik dan pandai menggoda, tak mustahil pun dia akan dapat job tu. Dalam season 8 ni bukan setakat Penny ubah penampilan dan relationship dia dengan Leonard, malah dia dah sedar yang dia takkan mampu jadi actress di Hollywood. Disebabkan profession baru ni, audience boleh nampak Penny gigih belajar walaupun diorang bertiga pergi ke Vegas. 

Of course watak-watak wanita dalam sitcom The Big Bang Theory dikembangkan lagi sampai mereka sendiri boleh conquer beberapa episod dengan karakter mereka yang kelakar. Satu lagi watak diperkenalkan bila Raj bercinta dengan Emily Sweeney (Laura Spencer). Watak dia sebagai doktor yang cantik giving enough competition to Penny. 

Tapi sayangnya watak dia tak dikembangkan sangat dan kemunculan dia tak meninggalkan impak pada mana-mana episod. Mungkin sebab deskriminasi terhadap watak Raj ataupun director nak Raj stays single sampai ke penghujung sitcom. Sebab tak kisah lah dengan siapa pun Raj bercinta it would turned out ugly padahal watak Raj adalah seorang yang romantik, best listener dan sentiasa bertolak ansur. 

Bukan setakat dia kena berusaha keras untuk kisah cinta dia malah terpaksa terima hakikat yang parents dia bercerai.

'I think over time, they started to resent each other. Instead of talking about things, they kept it bottled up and the hate just grew.' - Raj

Agak mengecewakan bila pengarah halakan kekecewaan tu kepada perkahwinan Howard dan Bernadette. Instead of pujuk dan tenangkan Raj, mereka berdua jadikan penceraian parents Raj sebagai contoh dalam perkahwinan mereka berdua. I mean diorang dah bergaduh masa bercinta, sebelum berkahwin, selepas berkahwin, berbincang tentang anak so for just one episode, bagi lah perhatian dekat Raj. I really feel sorry for this character. 

Season 8 agak beremosi sebab pelakon Carol Ann Susi meninggal kerana kanser dan disebabkan pengarah tak jumpa sesiapa untuk gantikan tempat dia, watak Mrs Wolowitz dimatikan dalam episod 15 - "The Comic Book Store Regeneration". Selama ni tak pernah nampak pun wajah sebenar dia sebab pengarah cuma gunakan suara yang garau dan nyaring sebab dia suka menjerit. 

Sepanjang 8 season dalam sitcom The Big Bang Theory ni, Carol Ann Susi tak kisah pun berlakon dengan cara macam tu selagi dia dibayar. Actually dalam Season 6, watak Mrs Wolowitz ada muncul kejap tapi nampak bahagian belakang je dan masa wedding Howard dengan Bernadette. Selebihnya dengan suara sebab pengarah nak audience bayangkan sendiri macam mana horrible Mrs Wolowitz berdasarkan deskripsi dan penceritaan Howard tentang mak dia. 

Dalam episod 17 - "The Colonization Application" pula adalah tribute kepada Leonard Nimoy yang pernah buat voice-over cameo untuk Captain Spock kegemaran Sheldon. 

Dalam Season 8 juga boleh nampak ada beberapa cameo dari pelakon ternama dan suntingan visual yang semakin cantik. Kebanyakan watak pun keluar dari karakter lama sebab para pelakon utama demand $1juta per episod. Sebab tu mutu lakonan makin bagus sebab diorang perlu capai expectation dengan kadar bayaran yang diminta. $1juta per episod… wow!

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.7/10

Post a Comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.