Blog Performance April 2021

Saturday, 1 May 2021

 Selamat Hari Pekerja semua! 

Malang betul Hari Pekerja jatuh hari Sabtu sebab office kitorang memang cuti on weekend tapi bahagia lah untuk yang kerja sampai hari Sabtu. Sembang pasal kerja bulan lepas memang gigih bekerja sampai OT pun menimbun. Since Aina dah habis chambering memang tak cukup tangan jadinya bila banyak kes baru masuk. 

1. PV


Tak terkejar langsung nak update blog ataupun blogwalking. Join contest apatah lagi kan? Cuma sempat siapkan advertorial je sebab dah berjanji dengan client kan. Kang tak dapat job macam mana nak survive ye dak? 

PV bulan ni pun memang jatuh lah cerita dia. Lari dalam 7k views jugak lah nak compare dengan bulan Mac 2021. Nasib baik target untuk cecah 1.2 juta views tu cecah dengan jayanya. So untuk bulan Mei ni nak target 1.25 juta pulak. Tak berani nak target banyak sebab masih bulan puasa. Schedule harian lari sebab kena tidur awal untuk bangun awal. Even weekend pun spend masa untuk tidur je sebab penat sangat on weekdays. 

2. Posts


Kalau tengok Popular Post yang tinggi views bulan ni ada 4 entry yang cecah 1k tapi semua tu entry lama yang menyumbang. Movie Review | Raazi tu dah naik sejak bulan Mac lepastu TV2 tayang pulak hujung bulan April, lagi naik lah views dia. Entry untuk bulan April ada 3 yang stay dalam Popular Post. Berbeza dengan bulan Mac bila banyak movie dan drama review. Masuk zon berpuasa ni selalunya akan banyak entry makanan dan tempat makan yang dicari. 

Entry Blog Performance Ogos 2019 tu masuk Popular Post sebab nak bagitau performance bulan April sama nasib ke macam mana? Haha

3. Keywords


Antara punca entry Movie Review Raazi naik pun sebab keyword Alia Bhatt Kahwin jugak lah kot haha sebab dalam movie tu je dia kahwin. Dalam Student Of The Year pun ada jugak tapi tak buat pun entry tu. Terkejut jugak tengok pasal vending machine Malaysia tu sebab tinggi gila keywords dia. Rasanya antara yang paling tinggi lepas lirik lagu Kisah Antara Kita dan tampal gigi. 

4. Audience


Macam I cakap sebelum ni lah, blog performance bulan ogos tu bagi hint ke sebab audience dari India dah keluar dari carta. Tapi sembang pasal India, keadaan diorang pun dah makin teruk dekat sana sebab tak mampu nak ikut SOP. Public transport diorang pun dah sesak apatah lagi tempat kerja macam kilang tu. Penduduk paling ramai dalam dunia so memang senang sangat virus nak merebak. 

Dekat Malaysia pun kluster sekolah dengan bazaar dah muncul sampaikan angka positif cecah 3700++ padahal sebelum ni dah turun. Kecewa dengan menteri, selebriti, influencers satu al, kecewa dengan yang pergi Jalan TAR dan bazaar sampai tak jaga SOP pun satu hal jugak. Sebab diorang yang selfish ni, kita yang jaga SOP, tak keluar rumah ni rasa geram sangat sebab terpaksa tanggung tempoh berkurung. Sampai bila?

5. Bilangan Entri

Teruk betul bila tengok bilangan entri sebab menurun mendadak. Bulan April memang tak sempat nak update walaupun ada banyak entry cadangan dalam list. Hopefully raya nanti dapat lah balas balik sebab cuti panjang dan tak boleh beraya. 

For those yang datang melawat dan tinggalkan komen tu Pana mintak maaf sangat sebab tak berkesempatan nak membalas kunjungan. Nak lawat 10 blog pun tak sempat. Nanti I balas tau, jangan risau . Selamat berpuasa :)

9 comments

  1. Wahh target 1.25 juta untuk bulan Mei. Tapi untuk blog ni tidak mustahil untuk dapatkan 1.25 juta kan ;)
    Semoga berjaya! Nanti kita tunggu blog performance mei pulakk hehehe :D

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya capai target untuk bulan Mei ni.

    ReplyDelete
  3. Tahniah
    Semoga performance blog terus meningkat

    ReplyDelete
  4. Chaiyok panaaaa.... Akak lama dah ke laut dalam cita dia ni.. Sadis sgt.. Part yg kes covid kt india tu mmg scary sgt kan.. Yg kt msia ni pun xreti2 nak berjaga2

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..semoga terus sukses dalam blogging :)

    ReplyDelete
  6. Semoga tercapai target Farhana untuk bulan Mei ini.. Chayook.. Chayook..

    ReplyDelete
  7. Wow tahniah dah sampai jutaan views

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.