Pakej Berbuka Puasa 2021 | Sudirman Café, Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur

Tuesday, 6 April 2021

Terletak di Chow Kit, Sudirman Café @ Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur mempunyai kenangan dan sejarah konsert gergasi percuma di Malaysia pada 14 April 1986. Kalau masih tercari-cari pakej berbuka puasa yang murah, sedap dan menepati citarasa masakan Melayu, Sudirman Café lah tempat yang sesuai. Sudirman Cafe' dibuka dari jam 6 petang sehingga 10 malam dengan langkah penjagaan mengikut SOP yang ditetapkan. 

Dari pintu masuk disambut baik oleh pengurus hotel kemudian dibawa ke tingkat 2 di mana terletaknya Sudirman Café yang sarat dengan hiasan album dan gambar-gambar penyanyi tersohor negara di dinding café. Susun atur ruangan café bagi keselesaan kepada pengunjung untuk menikmati selera bersama dendangan lagu klasik koleksi Sudirman dan beberapa penyanyi lain. Bila dah namanya Ramadhan Buffet, diselitkan juga lagu raya. 

Sudirman Cafe Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur akan menyediakan Buffet Ramadhan dengan menyajikan lebih dari 15 jenis hidangan dan 5 kaunter  besar yang terletak di dalam ruangan café di bahagian  dalam dan juga di luar café. Kesemua hidangan yang disediakan lengkap dari pembuka selera, menu utama sehingga lah ke pencuci mulut. 

Dimasak oleh beberapa orang chef yang berpengalaman dalam kulinari masakan, Sudirman Cafe Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur menghidangkan nasi putih atau Nasi Tomato untuk dinikmati bersama aneka lauk dan sayur seperti Ayam Masak Merah, Asam Pedas Daging Tetel, Daging Masak Lemak Cili Padi, Burung Puyuh Percik, Kari Kepala Ikan, Ko Po Sotong, aneka Ikan Bakar, Kerabu Mangga, Sayur Goreng Campur, Pucuk Manis Masak Lemak dan aneka ulam-ulaman. 

Ada juga kaunter yang menyediakan Bihun Sup Utara, Mi Sup dan salad sayur atau buah. Untuk pencuci mulut, pengunjung boleh merasa keenakan dan kemanisan Puding Roti Pisang, aneka kuih tradisional, buah-buahan, Marble Cake, Lengkong, Puding Sagu dan Jeli. Berpuasa di musim panas macam tahun ni agak mencabar dan memenatkanjadi tak hairan lah kalau chef dah sediakan soda punch dengan biji selasih dan lemon supaya pengunjung rasa segar ketika berbuka. 

Tengok semua menu nampak sedap, bila makan pun memang sahih sedap! Paling suka dengan Asam Pedas Daging Tetel sebab daging dia lembut dan serap rasa kuah asam pedas pekat tu. Makan dengan nasi tomato ataupun nasi putih, dua-dua pun sedap. Ikan bakar dia juicy, tak garing dibakar sangat tapi tak lah separa masak. Cicah pulak dengan air asam perahan limau, rasa nak tambah banyak kali. 

Menu simple macam Ko Po Sotong pun sedap dimakan panas-panas. Terasa pedas-pedas manis bila makan sotong kembang dengan nasi tomato. Perapan sos tiram dengan bawang putih naikkan selera makan. Penat balik dari kerja pun hilang bila aroma yang wangi ni masuk ke hidung. Nak hilangkan pedas main dish, minum Ais Batu Campur sejuk tu. Fuhhh!

Walaupun Sudirman Cafe Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur ini terletak di kawasan Jalan Raja Laut yang padat dan sentiasa sibuk tapi pihak hotel dah sediakan kawasan parker kereta di belakang bangunan hotel di Blok B.  Tak perlu susah payah keluar dari kawasan hotel pun dengan harga RM5 per entry.  Yang datang dengan pengangkutan awam lagi senang lah sebab dekat saja dengan LRT Jalan Sultan Ismail ataupun LRT PWTC. 

Surau yang luas dan selesa juga disediakan di Tingkat 12 Blok B untuk pengunjung menunaikan solat tanpa perlu rushing ke masjid yang berdekatan dengan kawasan hotel. Memudahkan sangat untuk individu, keluarga atau pun rombongan korporat untuk majlis berbuka puasa. 

Bagi harga pakej Sinar Ramadhan Buffet 2021 Sudirman Café @ Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur adalah seperti berikut: 

Dewasa (Seorang) - RM55 

Kanak-Kanak (umur 6 - 12 Tahun) – RM35

Percuma 1 tiket untuk tempahan secara berkumpulan seramai 9 orang. 

Bagi yang berminat untuk tempahan Sinar Ramadhan Buffet 2021 atau sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung terus dengan pihak EDC Hotel di talian 03-40519191 atau 012 9112569. 

Alamat Sudirman Café [WAZE] : 

Sudirman Café@ Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur

Jalan Raja Laut, 50350 Chow Kit,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

21 comments

  1. dekat sangat dengan rumah ni..boleh ajak husband nanti ni...

    ReplyDelete
  2. air yg color2 tu sngt2 lah menarik perhatian

    ReplyDelete
  3. murah jugak la... RM55 dewasa... RM35 kanak kanak... berbaloi dengan makanannya..

    ReplyDelete
  4. murah juga pakej bufett ramadhan kat sini. menu pun pelbagai :)

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni ramai yang post tentang buffet ramadhan dan semua nampak sedap.

    ReplyDelete
  6. first time dengar pasal kafe ni. menarik! kalau pergi sedikit sebanyak boleh belajar pasal arwah sudirman. btw khai lahir masa arwah sudirman meninggal 22/2

    ReplyDelete
  7. Murah pulak pakej ni. Tak pernah dengar pulak cafe ni. Arwah Sudirman ni baik dengan penulis lirik Habsah Hassan.

    ReplyDelete
  8. Ruby pernah pergi sini masa ada event beberapa tahun lepas, so dapat la makan kat sini. Memang sedap masakan buffet mereka.

    ReplyDelete
  9. Jujurnya Sis baru tau ada Surdirman Cafe ni huhuhu.. not bad laaa menu dan harganya, berbaloi sangat takat nak duduk makan buka puasa.. nanti ke sana nak singgah laaaa

    ReplyDelete
  10. Banyaknya lauk pauk kat sini. Semuanya nampak sedap dan menarik

    ReplyDelete
  11. Best la tengok semua hotel dah bertungkus lumus promote their buffet now.. Ramadan tahun ni sure meriah...

    ReplyDelete
  12. bestnya masakan kampng mcm ni. tambah berseleralah waktu berbuka nanti

    ReplyDelete
  13. Banyak menu nya. Selesa tempat dia.

    ReplyDelete
  14. First time dengar tentang Sudirman Cafe ni. Harga buffet pun murah, rm55 je seorang.

    ReplyDelete
  15. Menarik juga nie kalau nak rancang berbuka kelak dengan kengkawan. Dekat pun dekat dah. Harga tu pun menarik.

    ReplyDelete
  16. belum bulan ramadhan lagi buffet dah buat kita lapooo... nanti nak check out lah bawa family kan berbuka bersama sama... tahun lepas tak ada :(

    ReplyDelete
  17. omgggg. almost cannot wait for ramadan to start after reading this blog post! all the dishes served here are amazing!

    ReplyDelete
  18. Sedap sedap je makanannya kalau tengok dari gambarr

    ReplyDelete
  19. Cantik krmas selesa Sudirman Cafe ni. Harga buffet amat berpatutan. Paking suka part booking no walk in, cafe ini aku yang punya! Hehee

    ReplyDelete
  20. Berbaloilah dengan harga dia..

    ReplyDelete
  21. Wah semua makanan dan lauk kat Sudirman Cafe memang sedap, sis pun nak try.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.