Movie Review | Roohi

Saturday, 10 April 2021

Director : Hardik Mehta

Writer : Mrighdeep Singh Lamba, Gautam Mehra

Cast : Rajkummar Rao, Varun Sharma, Janhvi Kapoor , Manav Vij

Production Company : Maddock Films, Jio Studios

Distributor : Jio Studios, Netflix

Genre : Horror / Comedy

Running Time : 134 minutes

Release Date : 11 March 2021

Trailer :

Lepas kejayaan movie Stree (2018), Maddock Films menerbitkan sebuah lagi movie genre horror comedy dengan konsep yang sama, chudail (perempuan sihir). Wartawan tempatan di Bagadpur bernama Bhawra (Rajkummar Rao) dan Kattanni (Varun Sharma) diarahkan untuk menangkap Roohi (Janhvi Kapoor) untuk dikahwinkan kepada klien mereka. 

Setelah berjaya culik, bos Gujiya Shakeel (Manav Vij) bagitahu yang perkahwinan dibatalkan dan arahkan mereka berdua bawa Roohi ke kilang lama di kawasan perkuburan. Ayah Roohi (Rajesh Jais) buat laporan polis mengenai penculikan anak perempuan dia dan serahkan dua gambar yang berbeza sebab anak dia dirasuk oleh 'Mudiyapairi' – perempuan sihir yang cuma akan keluar dari badan gadis muda selepas dapat berkahwin. Kalau mereka tak dapat berkahwin dalam tempoh masa setahun, sebelum Blue Full Moon, mereka berdua akan mati. 

Bhawra yang jatuh cinta dengan Roohi cuba mencari jalan untuk halau 'Mudiyapairi' tapi Kattani sentiasa menghalang sebab dia jatuh cinta pada Afza, perempuan sihir tersebut. Dalam pencarian tu Bhawra berjumpa dengan perempuan tua (Sarita Joshi) yang pernah dirasuk oleh Mudiyapairi dan cadangkan untuk bawa Roohi Afza ke Chimmattipur, daerah di mana semua orang yang dirasuk dapat disembuhkan. 

Sepatutnya movie Roohi keluar tahun lepas tapi disebabkan pandemik, terpaksa lah tunda ke tahun ni since produser nak sangat tayang dekat cinema. Nak bandingkan antara Stree dengan Roohi, tersangatlah jauh beza walaupun komedi Roohi lebih bersifat satira tapi olahan tak bagus tambah pula watak tak dikembangkan dengan baik. Dari awal movie sampai habis movie boleh nampak kaki Afza ada masanya tak terbalik pun. 

Bagi je lah watak apa pun dekat Rajkummar Rao, dia tetap akan perform dengan baik walaupun skrip lemah. Tapi tak mungkin lah movie tu jadi bagus hanya kerana seorang pelakon kan? To be honest, I dah bosan tengok Varun Sharma dengan watak dan karakter yang sama. Please, stop! Janhvi tak banyak dialog even watak dia pun terhad untuk dia serlahkan lebih lagi. I love the ending scene by the way. She aced it.  

Visual antara salah satu kelemahan dalam movie Roohi bila sarat dengan penggunaan VFX especially dalam scene yang melibatkan Afza. Scene panjat sampai ke siling, toleh kepala sampai belakang ataupun bila fizikal berubah menyeramkan. Part ni lebih kurang je lah dengan Stree tapi Roohi lebih banyak penggunaan sampai tak rasa seram pun tapi lebih kepada kelakar. Lagipun watak Kattani jatuh cinta dengan watak Afza so what to expect la kan.

Lain pula ceritanya dengan music album hasil gubahan composer duo, Sachin–Jigar dengan 5 buah lagu yang dikarang oleh Amitabh Bhattacharya. Item song Nadiyon Paar adalah remake kepada lagu Itali - Let The Music Play (2004). My favorites – Kiston and Panghat. Banyak kali ulang MV Panghat sebab Janhvi Kapoor cantik sangat dalam dark avatar.

 

Kenapa I bandingkan movie Stree dengan Roohi sebab selain daripada diterbitkan di bawah production house yang sama, Maddock Films juga nak buat horror comedy universe. The first installment is Stree, the second is Roohi dan akan datang ialah Bhediya di mana Varun Dhawan akan berlakon sebagai serigala jadian. Yang bestnya kedua-dua watak hero dalam Stree dan Roohi akan muncul dalam Bhediya. Dah lama tunggu bila dua pelakon ni akan bertemu because their talent is great and growing under Maddock Films. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0.3 = 4.6/10

3 comments

  1. aduh.. today finally ada time for netflix but 4/10 hmm ok la tgk cita lain la

    ReplyDelete
  2. Ala.. sree pun tak tengok lagi.. hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.