Lunch Terakhir Sebelum Puasa Di Dapor Berasap

Wednesday, 14 April 2021

 

Memandangkan dah nak puasa dan kebetulan kedai yang selalu kitorang order lunch set tu tutup, kitorang decide nak makan dekat luar tapi lepas teliti semua cadangan macam tak cun je, kitorang pilih la makan dekat Dapor Berasap King Salai, Jalan Airport Lama Subang ni. 

Sebelum ni managing partner pernah lunch dekat sin ilepastu puji sedap. Ada jugak lah beberapa orang pernah recommend lunch dekat sini sebab sedap. So why not lah try kan? Bukan selalu dapat makan dekat luar dengan kawan office. 


Walaupun restoran ni dekat je dengan office tapi jalan menghala Skypark memang selalu sangat jam. Nak pulak masa peak hour macam lunch ni memang mengundang lah cerita dia. Masa sampai tu susah nak cari parking satu hal sebab kawasan dia sempit. Nasib baik lah depan kedai mamak tu ada kosong. Masa tu memang ramai sangat orang, nasib baik ada dua, tiga meja kosong. Kalau ikutkan nak duduk dekat kawasan belakang ni sebab boleh tengok kapal terbang take off sambil layan angin. Mesti syok makan dekat situ. 


Yang bestnya dekat sini tak payah tunggu makanan lama-lama sebab semua lauk dah tersedia. Sesuai lah dengan nama dia Dapor Berasap sebab diorang dah salai semua lauk awal-awal lepastu hidang dekat kaunter. Tinggal pilih je sama ada nak set itik salai, keli salai, ayam salai, daging salai ataupun siput sedut. Set nasi dia ada nasi putih, timun, lauk dengan sambal. Ulam disediakan untuk add-on ikut range harga yang dia bagi lah. Tempe dengan telur masin pun available. 


Bab air je la tak best sebab air balang RM1. Nak order air lain kena tunggu lama sebab peak hour ni semua pekerja dia fokus dekat tempat lain. Nak tak nak minum air balang RM1 je lah. Kenapa lah dia tak buat air sarsi, ngam la sikit pasang dengan masak lemak. Haaa tibehhh


Set nasi dia tak mahal pun dalam RM7 je which is standard price lah dekat area Subang Airport ni. Lagipun masak lomak dia sedap sampai rasa nak tambah nasi tapi ikut nafsu, lemak membiak hebat pulak so kita ikut akal je lah. 


Masa makan memasing tak bercakap sangat sebab kitorang kejar masa untuk balik office sebelum jam 2. Boss dah pesan jangan balik lambat tapi kalau sembang Melayu, lambat 5 minit still considered on time hshs

Muka kenyang memasing

Nampak kan semua pinggan licin? Lain pinggan lain lauk so boleh kata semua lauk dia sedap. Berbaloi sangat makan dekat sini. Bila balik office mata memasing layu je sebab kenyang sangat. 

'Dapor Berasap tu letak dadah ke? Kenapa high je lepas makan ni?'

Next time kalau makan dekat sini nak ambik meja dekat area open space tu pulak. Siapa yang suka makan lauk salai ni boleh singgah makan sini. Recommended!

9 comments

  1. sedap tu segala jenis salai hihihi 😋😋😋

    ReplyDelete
  2. 'Dapor Berasap tu letak dadah ke? Kenapa high je lepas makan ni?'

    Tergelak sis baca statement ni hahahah :)


    ReplyDelete
  3. pernah juga nampak ada kawan review kedai ini dan katanya memang sedap, menarik tengok segala ulaman siap letak harga lagi...
    semua lapar dan sedap masakan lah tu sebab licin je pinggan hehehe

    ReplyDelete
  4. Wahhh.. nak ajak suami try kat sini la lepas ramadan nnt. suami mmg suka bab lauk masak salai2 masak lemak ni

    ReplyDelete
  5. Senang lah dah siap tersedia semuanya, tak payah tunggu lama lama kannnn.
    Memang betul sedap tuuu pinggan habis licin semuanya hahaha

    ReplyDelete
  6. nmpk sngt sedap bila tgk smua pinggan lincin

    ReplyDelete
  7. nampak menarik..boleh try singgah juga nanti

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.