Lunch Di Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya

Tuesday, 6 April 2021

 

Dah 2 tahun tak makan dekat Restoran Aroma Hijrah ni padahal masa kerja construction dekat TUDM Subang dulu boleh kata tiap bulan datang lunch dekat sini sampai owner restoran ni pun dah kenal dengan project director. 

Alang-alang pergi ke Shah Alam minggu lepas sebab nak jumpa adik, haaa datang la menyinggah lunch dekat sini. Tak jauh pun dengan rumah tapi kalau dah namanya malas, memang malas sampai makan tahun jadinya. 

Kalau lunch dekat sini dulu suka sangat order nasi arab dengan ikan so haritu craving nak makan ikan tapi tersilap order pergi ambil yang grill. Dah tak ingat dah nasi arab ikan tu apa nama dia sebab ikan yang tu macam stim lepastu kena perah dengan limau. 


Ikan grill ni sedap jugak tapi sedap lagi ikan yang perah limau tu. Ikan dia bagi banyak jugak lah even dah bagi banyak dekat adik pun still tak boleh nak habiskan jugak. 


My sister ordered Nasi Arab Mandy dengan kambing. Masa menu tu sampai nampak macam sikit je kambing dia tapi bila makan sampai penuh perut nak makan kambing tu sebab dia bagi bahagian isi rupanya. Berbaloi lah bayar harga makanan ni sebab isi kambing dia banyak, lembut dan juicy bila makan. Cicah pulak dengan sambal lada yang manis-manis masam memang tersandar lah lepas makan cerita dia. 


Cumanya spoil dekat drinks sebab 3 layer tea manis sangat, Arabic Iced Coffee pulak rasa ada rempah yang melekat dekat tekak. Tak pasti lah habbatus sauda ataupun rempah herba lain. Pelik rasa dia, tak boleh nak diterima tekak. Menyesal betul tak order teh ais haha


Restoran Aroma Hijrah ni masa tunggu nak dapat seat je lama sikit sebab sepatutnya kena call untuk book tempat sebelum datang. Since kitorang walk-in je, kena tunggu kejap lah dalam 15 minit sebelum dapat seat kosong walhal masa kitorang pergi tu dalam pukul 3, dah lepas peak hour dah. 

Customer service memang terbaik walaupun restoran penuh dengan customer, dari dulu sampai lah sekarang yang satu ni diorang jaga betul selain dari kualiti makanan. Tunggu makanan sampai lepas order pun tak lama, mungkin sebab nasi arab tu memang dah dimasak dalam kuantiti banyak so tinggal combine dengan lauk je. Nak bayar pun mudah je guna Wave. Touch je dah settle payment. 


Masa pergi haritu nak tapau kunafa sekali sebab asyik ternampak dekat Facebook je tapi bila perut dah penuh sangat sebab main dish, terpaksa lah batalkan hasrat tu sebab restoran ni tak lari pergi mana pun. Even covid datang serang pun diorang steady je berniaga. 

7 comments

  1. Nampak sedap ikan grill tu, tak pernah try pulak selama ni hahaha

    ReplyDelete
  2. Sedapnya. Lama dah tak makan nasi arab.

    ReplyDelete
  3. any restaurant kan , klu service dia tiptop.. mmg best nak repeat it

    ReplyDelete
  4. mak aihhh...sedapnya nasi arab... feveret tu...

    ReplyDelete
  5. Bestnya dpt buka puasa makan nasi arab mcm kat sini.. Bukan selalu so boleh la makan2 bersama family nanti kan

    ReplyDelete
  6. Sedapnya nasi arab.. tempat pun selesa kat sini

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.