Telemovie Review | Kembar Keliru

Sunday, 14 March 2021

Pengarah :  Wan Saiful Shahrizan Wan Nawi

Penulis Skrip : Amni Zahra, Fadzil Hamdan

Pelakon : Syazwan Zulkifly, Sweet Qismina, Wafariena Roslan, Dato’ Jalaludin Hassan, Marisa Yasmin, Rosnah Johari

Syarikat Produksi :  Suara Kita Production

Pengedar :  Awesome TV

Genre : Romantik / Komedi

Durasi Tayangan :  80 minit

Tarikh Tayangan : Ahad, 28 Februari 2021, 9:30 malam

Trailer :

Kehidupan peribadi Iskandar (Syazwan Zulkifly) dan kerjayanya terganggu dengan perangai clingy and neefy Ameera (Sweet Qismina) semenjak ditunangkan. Waktu bekerja dia banyak dihabiskan bersama Ameera untuk makan dan shopping. Susah untuk kata tidak pada Ameera sebab tunang dia anak kawan baik ayahnya, Datuk Shah (Dato’ Jalaludin Hassan). 

Bila Iskandar mengelak, ibunya Datin Salmi (Marisa Yasmin) yang terpaksa melayan tantrum Ameera. Disebabkan berasa rimas yang terlampau, Iskandar bawa diri ke pulau tanpa pengetahuan sesiapa. Di sana dia berjumpa dengan pelukis jalanan yang cantik, si Cendana (Wafariena Roslan). Kelembutan dan sifat sopan Cendana buatkan Iskandar jatuh cinta. 

Tapi belum sempat dia perkenalkan diri sebagai Iskandar, Cendana dah teruja dengan kehadiran dia sebab tersalah anggap Iskandar sebagai Syamel (Syazwan Zulkifly). Satu hari, Iskandar terjumpa dengan Syamel. Memang seiras! 

Dari situ datangnya idea untuk tukar kehidupan sebab dia nak sangat lari dari Ameera dan hidup tenang di pulau tersebut. Syamel pula tak kisah asalkan Iskandar setuju untuk bayar sebanyak RM100,000. Semua watak di sekeliling mereka perasan dengan perubahan ni sebab watak Syamel lebih alim dan sempoi. Ameera pun lebih senang dengan Iskandar yang baru sebab sentiasa ada masa untuk bersama dia dan lebih penyayang. 

Awal pertukaran tu memang tak ada masalah sangat tapi bila Datuk Shah dengan Datin Salmi nak percepatkan tarikh perkahwinan Iskandar dengan Ameera, tak senang duduk Syamel dibuatnya. Sama juga dengan Iskandar bila gagal setiap kali nak bagitahu hal yang sebenar pada Cendana. Kalau dia bukan Syamel, Cendana akan jatuh cinta pada dia ataupun tidak? 

First time tengok telemovie dekat Awesome TV, saluran baru di Astro tapi dah dapat sambutan hangat dari penonton. Katanya banyak telemovie yang akan ditayangkan di channel ni. Untuk Kembar Keliru ni jalan cerita dia santai je, not bad lah untuk tontonan keluarga cuma skrip agak longgar. Dialogue delivery Syazwan Zulkifly pun tak berapa bagus, bila tak ada subtitle susah juga nak faham apa dia cakap. 

Watak Ameera agak bingit dekat first half tapi bila masuk second half nampak comel cuma sayang pulak masa tu screentime dia dah kurang sebab plot lebih terarah pada watak Syamel yang buntu dengan kerjaya professional sebagai pengurus hotel. Macam best kalau dikembangkan lagi scene Syamel dengan Ameera sebab tak tahu bila dia jatuh cinta. 

Telemovie Kembar Keliru ni berlatarbelakangkan keindahan beberapa kawasan di negeri Johor jadi banyak la scene dekat Puteri Harbour, Pulai Spring Resorts dan kawasan perumahan di tepi laut macam rumah Syamel dan Mak Piah (Rosnah Johari). Cantik sangat tengok scene Cendana melukis dekat tepi tasik dan scene dia menangis sebab Syamel. Ada juga scene Iskandar dengan Cendana dating dekat medan selera atau bazaar dekat situ.

Soundtrack telemovie ni best, lagu soft balada berjudul Malam dendangan penyanyi baru Danial Zawawi. Ingatkan lagu Sixth Sense sebab suara penyanyi tu macam Adi. Dekat credit scene tak muncul pun judul lagu, nasib baik bila Google Kembar Keliru terus jumpa. Lirik dia sweet sangat, dah la muncul masa scene Iskandar dengan Cendana. Dalam telemovie ni Cendana ragu-ragu dengan cinta ‘Syamel’ sebab sebelum ni dah pernah reject dia.

 

Overall not bad lah nak layan telemovie arahan Wan Saiful Shahrizan Wan Nawi terbitan Suara Kita Production ni cuma jangan letak expectation tinggi lah sebab jalan cerita dia agak klise dan lakonan pun biasa je sesuai untuk tontonan santai. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 5.5/10

6 comments

  1. Wah macam menarik kalau ada syazwan zulkifly ni. Tapi drama melayu, memang boleh agak dah jalan cerita macam mana hehe

    ReplyDelete
  2. Nice. :)

    Syazwan Zulkifli memang cakap laju. Jadi susah nak tangkap kata-katanya kadang-kadang. :)

    ReplyDelete
  3. untuk tontonan santai then boleh la i tgk sambil driving heheh

    ReplyDelete
  4. Bila sambungan kembar keliru 2 xkn hbis tergantung begitu jew...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.