Movie Review | Tere Naal Love Ho Gaya (2012)

Tuesday, 9 March 2021

Director : Mandeep Kumar

Writer : Abhijeet Sandhu

Cast : Ritesh Deshmukh, Genelia D'Souza, Om Puri, Tinnu Anand, Smita Jaykar, Chitrashi Rawat, Kartar Cheema, Navin Prabhakar, Gurmeet Saajan

Production Company : Tips Industries, UTV Motion Pictures.

Distributor : UTV Motion Pictures

Genre : Romantic / Comedy

Running Time : 130 minutes

Release Date : 24 February 2012

Trailer :

Viren (Ritesh Deshmukh) bekerja keras bawa rickshaw dari siang hingga malam untuk capai impian dia mempunyai sebuah travel agency dengan 6 buah kereta untuk ke beberapa destinasi perlancongan yang popular di Patiala, India. Tapi impian Viren dicuri oleh majikan dia, Bhatti (Tinnu Anand) keesokan harinya selepas dia bagitahu kenapa nak kumpul banyak duit. 

Malangnya duit simpanan dia sebanyak Rs60,000 ada dalam rickshaw yang digantikan dengan kereta. Duit simpanan Viren tu kemungkinan besar dibelanjakan untuk majlis pertunangan Mini (Genelia D'Souza), anak perempuan tunggal Bhatti. Kecewa dan sakit hati dengan tindakan majikan dia yang bongkak, Viren pergi ke majlis tersebut dalam keadaan mabuk dan ugut supaya kembalikan semua wang simpanan dia. 

Mini pula anggap ni peluang dia untuk larikan diri sebab tak nak berkahwin dengan Sunny (Kartar Cheema) yang mengharapkan duit keluarga dan pemalas so dia berlakon seperti diculik oleh Viren. Sunny dankawan-kawan dia tak mampu nak buat apa sangat sebab masing-masing pun pengecut walaupun selalu pergi gym dan shooting range. 

Viren dan Mini pergi ke Kasauli dan menginap sementara di sebuah rumah tak bertuan di kawasan tersebut. Dekat situ Mini ajar Viren untuk peras ugut ayah dia supaya mereka dapat wang tebusan sebanyak Rs1 juta. Viren akan dapat balik Rs60,000 dia manakala lebihan tu untuk Mini lari ke Canada. Dalam diam Viren dan Mini masing-masing dah jatuh cinta walaupun perangai mereka jauh berbeza. Bila sampai pada hari yang dijanjikan, lain pula yang jadi bila Mini dengan Viren diculik oleh seseorang. 

‘First, my daughter was kidnapped. Now the kidnapper’s been kidnapped as well!’ – Bhatti

 

Kalau dah genre romantic comedy, jalan cerita memang santai je lah tambah pulak chemistry antara Riteish dengan Genelia nampak comel sangat onscreen untuk movie solo lead yang pertama. Lagipun both of them memang bercinta in real life dan movie Tere Naal Love Ho Gaya arahan Mandeep Kumar ni release lepas beberapa minggu mereka berdua berkahwin. Terserlah sangat muka bahagia masing-masing. Bila tengok scene romantik kemain tersengih sekali hshshs

Visual dalam movie ni walaupun kebanyakan latar tempat di kawasan kampung tapi tetap nampak menarik dan cantik dari lensa Chirantan Das dengan panorama kawasan sawah padi, kawasan pergunungan, hutan dan banyak lagi. Bila tengok movie ni rasa tak sabar nak pergi bercuti dekat kawasan macam ni. 

Music album dari komposer duo Sachin–Jigar merancakkan lagi alur cerita dengan gubahan lagu dari pelbagai genre. Dari tahun 2012 lagi suka layan music album Tere Naal Love Ho Gaya sebab ada beberapa lagu yang best. Kalau demotivated dengar lagu Jeene De yang berkisarkan semangat Viren untuk buat yang terbaik dalam hidup. Tapi my fav haruslah lagu Piya O Re Piya sebab MV dia comel sangat. Suka tengok senyuman Genelia. Boleh kata antara kekuatan movie ni disebabkan lakonan dan comic timing dia.

 

Walaupun diinspirasikan dari movie British - A Life Less Ordinary (1997) tapi olahan penulis Abhijeet Sandhu menerapkan suasana masyarakat Punjabi yang ceria dan diadun supaya sesuai dengan selera penonton movie Bollywood.  Banyak positive reviews dari critics tapi sayangnya movie di bawah syarikat produksi Tips Industries dan UTV Motion Pictures cuma dapat sambutan yang sederhana di panggung wayang. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.7/10

5 comments

  1. adegan romantic diorg mmg bukan lakonan la kan.. hehehe ...cuteeee

    ReplyDelete
  2. drama indiaaaa my favvv lah . sy suka tgk hindustan punya drama kan

    ReplyDelete
  3. suka hero ni, hensem kat mata den hehehe

    ReplyDelete
  4. tak sukanya..penat2 kumpul duit senang je orang lain nak curi impian kita.

    ReplyDelete
  5. Macam manalah penculik boleh kena culik pula.. hahahaha

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.