Movie Review | Pareeksha – The Final Test

Wednesday, 24 March 2021

 

Director : Prakash Jha

Writer : Prakash Jha

Cast : Adil Hussain, Priyanka Bose, Sanjay Suri, Shourya Deep, Shubham Jha, Seema Singh

Production Company : Prakash Jha Productions

Distributor : ZEE5 

Genre : Drama

Running Time : 102 minutes

Release Date : November 2019 (IFFI), 6 August 2020 (India)

Trailer :

Mengetengahkan kepentingan pendidikan untuk ubah masa hadapan, Bucchi Paswan (Adil Hussain) merupakan seorang penarik beca yang menghantar dan mengambil pelajar sekolah Sapphire International School. Di kawasan tu agak susah untuk dapat bas dan perlu tunggu agak lama untuk sampai ke sekolah. Alternatif lain adalah dengan naik beca ke sekolah. 

Bucchi selalu bertegur sapa dengan Ms D’Souza dan berborak tentang pembelajaran Bulbbul (Shubham Jha) yang sentiasa dapat markah tinggi di dalam kelas tapi cuma bersekolah di sekolah kerajaan. Kalau ada cikgu yang masuk dapat lah belajar tapi kalau tak ada, Bulbbul akan belajar sendiri. Bagi Bucchi anaknya tu akan jadi lebih baik kalau dapat peluang untuk belajar di sekolah swasta yang bagus seperti Sapphire. 

Satu hari selepas hantar lelaki kaya ke parti, dia terjumpa wallet berisi cash Rs80,000. Bila dia cuba untuk pulangkan, parti tersebut dah pun habis. Isteri dia, Radhika (Priyanka Bose) minta supaya diamkan hal ni dan biar duit tu jadi admission fee Bulbbul ke sekolah yang lebih bagus. Impian tu sebenarnya agak gila untuk golongan kelas rendah seperti mereka tapi hanya pendidikan akan ubah nasib hidup anak tunggal mereka. 

Lepas lulus ujian temuduga dan perbincangan antara Pengetua (Seema Singh), Bulbbul diterima masuk ke Sapphire. Ramai yang memandang rendah terhdapa Bulbbul sebab subjek English dia lemah sedangkan di situ ramai menggunakan English sebagai bahasa utama. Tapi Radhika dah pesan dengan anak dia supaya lawan cemuhan orang lain tu dengan buktikan yang orang macam mereka pun boleh berjaya. 

Bucchi yang semakin obsess dengan pelajaran Bulbbul mula ambil jalan haram dengan mencuri barang berharga dan duit pelanggan kemudian dijualkan supaya dapat bayar fees tambahan di Sapphire. Sampai lah dia tertangkap bila masuk mencuri ketika tuan rumah keluar bercuti. 

Kalau genre drama ni memang makanan director writer Prakash Jha lah sebab movie dia Dil Kya Kare (1999), Raajneeti (2010) dan Satyagraha (2013) antara my personal fav movie. Kisah ni pula diadaptasikan dari kisah benar kehidupan keluarga penarik beca di Bihar, India. Jadi tak hairanlah kalau movie ni ada personal touch dengan elemen heavy drama yang realistik. 

Semua pelakon di dalam movie Pareeksha – The Final Test ni adalah pelakon teater so tak ada isu tentang kualiti lakonan. Tambah pula semua pelakon kena pergi bengkel lakonan selama 2 minggu supaya capai level yang Prakash Jha nak. Masing-masing bagus deliver watak sama ada dengan facial expression ataupun tona suara yang sesuai dengan situasi. 

Sepatutnya movie terbitan Prakash Jha Productions ni ditayangkan di London International Film Festival tapi tak dapat sebab technical issues lepastu nak tayang dekat pawagam pun tak sempat sebab pandemik Covid-19 so Zee5 ambil keputusan untuk beli movie yang memberi mesej tentang pendidikan dan juga perbezaan kasta. 

Walaupun tak dibincangkan secara ketara dalam movie ni tapi boleh nampak lah macam mana status pendidikan bagi dua golongan berbeza. Macam scene Bulbbul bagitahu ayah dia yang dia boleh baca semua buku yang Bucchi kutip di Sapphire tapi tak guna kalau dia fokus sebab sistem pendidikan dan peperiksaan tak sama langsung. 

Dalam movie ni Prakash Jha tak highlight sangat diskriminasi anak-anak keluarga elit berkasar dengan Bulbbul tapi drama tu ada pada perjalanan keluarga dan hukuman yang Bucchi dan Bulbbul terpaksa terima akibat daripada kegiatan haram. Dekat second half tu macam geram dengan keluarga-keluarga kaya sebab sikit pun takde rasa nak tolong keluarga Bulbbul. At least buat la dana khas ataupun biasiswa supaya pendidikan dia terjaga sebab Bulbbul dah tolong anak diorang jadi pandai jugak kot. Selfish! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

1 comment

  1. Movie kalau based on true story touch dia lain sikit... Dpt pulak pengarah, n barisan pelakon yg mantap konfem menjadi. Masuk list duluu

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.