Director : Vishesh Bhatt
Writer : Mahesh Bhatt, Amit V Masurkar
Cast : Randeep Hooda, Aditi Rao Hydari, Sara Loren, Rajesh Shringarpure
Production Company : Vishesh Films
Distributor : Fox Star Studios
Genre : Psychology / Thriller
Running Time : 135 minutes
Release Date : 15 February 2013
Trailer :
Lepas kejayaan Murder 2 (2011), syarikat produksi Vishesh Films terbitkan installment ketiga Murder dengan pelakon utama yang baru selepas dua installment berturut-turut menggunakan anak buah dia, Emraan Hashmi sebagai watak utama. Murder 3 merupakan official remake dari filem Columbia berjudul The Hidden Face (2011).
Murder 3 mengisahkan tentang Vikram (Randeep Hooda), seorang jurugambar professional yang berpindah ke Cape Town bersama tunang dia, Roshni (Aditi Rao Hydari). Tapi disebabkan cemburu dengan kehadiran stylist manager, Natalia dan beberapa kali ternampak Vikram mesra dengan rakan sekerja dia tu, Roshni ambil keputusan untuk pergi. Vikram dapat tahu pun sebab Roshni tinggalkan video pendek dan Roshni minta untuk lupakan dia.
Frust dengan tindakan Roshni, Vikram minum arak di bar tempat Nisha Sengupta (Sara Loren) bekerja sampai mabuk teruk sehinggakan dibelasah sebab keadaan dia yang tak terurus. Dari situ mereka berkenalan dan semakin rapat hingga Nisha buat keputusan untuk tinggal bersama dengan Vikram. Kehadiran dua orang polis dan salah seorangnya adalah bekas kekasih Nisha buatkan dia tak senang duduk.
Inspektor Kabir (Rajesh Shringarpure) bagi amaran pada Nisha supaya jauhkan diri dari Vikram sebab dia ditugaskan untuk menyiasat misteri kehilangan Roshni. Tak ada siapa yang tahu di mana keberadaan Roshni sebab semua main exit dari Cape Town tak tunjukkan sebarang petanda Roshni keluar dari situ. Malah keluarga dan kenalan rapat Roshni juga tak dapat sebarang berita.
Polis syak Vikram dah buat sesuatu terhadap Roshni tapi mereka tak jumpa sebarang bukti walaupun dah geledah kawasan rumah tersebut dan tiada aktiviti mencurigakan langsung. Nisha pula sering diganggu oleh sesuatu setiap kali dia berada di dalam bilik air rumah Vikram. Awalnya dia fikir tu gangguan hantu tapi bila polis kerap datang dan perangai Vikram kadang-kadang aneh buatkan dia terfikir yang Roshni betul-betul dalam bahaya.
Kalau baca dari beberapa review yang lain, tak banyak beza pun movie The Hidden Face dengan Murder 3 so rasanya tak perlu dah kot tengok original movie. Lagipun barisan pelakon dalam Murder 3 dah deliver dengan bagus watak masing-masing walaupun dialog agak sederhana. Kekuatan pada Murder 3 haruslah pada music album dengan genre Rock yang dibikin oleh Pritam. Semua lagu best! Dari tahun 2013 sampai lah sekarang dok layan lagi lagu-lagu Murder 3 especially Mat Aazma Re sebab lirik dengan MV dia romantik.
This is my second time watching Murder 3 tapi feeling tetap macam yang pertama kali tengok. Plot unpredictable dan puas hati sangat dengan ending! Cuma ada beberapa scene yang tak dikembangkan dengan baik macam scene Vikram pergi ke hutan bawa kerosene kemudian polis jumpa mayat perempuan yang dibakar. Tak pasti lah tu mayat Natalia ke apa sebab watak Natalia dah tak wujud dah lepas tu. Sama juga dengan perangai orang gaji Vikram yang aneh. Kalau dikembangkan untuk wujudkan misteri mesti lagi menarik.
Movie Murder 3 ni berbeza dengan dua installment sebelumnya dalam franchise Murder sebab tak ada pun sesiapa yang dibunuh walaupun Roshni hampir mati. Vishesh Bhatt gambarkan kecurangan sebagai pembunuhan kepada cinta antara dua jiwa haaa gittewww! Tapi macam tak kena lah Fox Star Studios pilih tarikh Valentine’s Day sebab masa tu semua orang tengah dalam mood bercinta. Siapa nak tengok konsep cinta dibunuh? Mungkin sebab tu lah kot movie Murder 3 ni tak bawa pulangan yang gempak macam dua installment sebelumnya.
Since movie Murder 3 ni tak available dekat mana-mana OTT platform, terpaksa lah tengok dekat Youtube tanpa English subtitles. Nasib baik lah dialog memasing tak heavy mana dan perbualan biasa je yang memang mudah nak faham. So far belum ada lagi installment keempat untuk franchise Murder ni and hopefully skrip menarik dengan lagu yang best.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 7.8/10
Lama tak tengok hindustan. Asyik layan Korea je. hikss.
ReplyDeleteBila lah last tengok hindustan ni sebab selalu kdrama je hehe, nanti boleh lah slow slow tengok hindustan pulak :D
ReplyDeleteu can now watch without subs !! hehe seee !!!! congrats !
ReplyDelete