Movie Review | Murder 2 (2011)

Saturday, 6 March 2021

Director : Mohit Suri

Writer : Shagufta Rafiq

Cast : Emraan Hashmi, Jacqueline Fernandez, Sulagna Panigrahi, Prashant Narayanan, Shekhar Shukla, Sudhanshu Pandey

Production Company : Vishesh Films

Distributor : Wave Cinemas

Genre : Psychological / Thriller

Running Time : 130 minutes

Release Date : 8 July 2011

Trailer :

Second installment franchise movie Murder di bawah syarikat penerbitan Vishesh Films adalah diinspirasikan dari kes pembunuhan Nithari pada tahun 2006. Bukan sahaja terlibat dengan child pornography racket malah organ kanak-kanak yang diculik dijualkan kepada black market. Movie Murder 2 juga dikatakan mempunyai plot yang sama dengan The Chaser (2008) tapi produser Mahesh Bhatt deny rumors ni. 

Kisah bermula dengan kehilangan beberapa orang call girl dan menjejaskan perniagaan Sameer Bhai (Shekhar Shukla), bapa ayam di situ. Dia minta bantuan bekas polis Arjun Bhagwat (Emraan Hashmi) yang menjual dadah untuk siasat kes ni sebab pihak polis takkan layan kes kehilangan yang melibatkan pelacur. Tambah pula pada malam perayaan Hari Krismas memang kena halau balik je cerita dia. Sama macam dalam movie Talaash (2012) bila Rosie bagitahu tak ada siapa yang peduli pun kalau call girl hilang. 

‘If a call girl was raped or if she is murdered in the open market, the police will do nothing. Even pimps don’t lock horn with customers. They are considered God.’ – Sonia

Arjun suruh Sameer Bhai hantar call girl sebagai umpan supaya dia dapat trace siapa penculik tersebut dan Reshma (Sulagna Panigrahi) yang baru sahaja bekerja dihantar ke rumah Dheeraj Pandey (Prashant Narayanan). Nasib dia agak malang lah sebab terpaksa bekerja sebagai call girl untuk sara keluarga yang hidup serba daif. 

‘If there's anything before and after God, its wealth, treasure and money!’ Arjun Bhagwat

Tapi kalau dah berjumpa dengan serial killer yang sakit mental, mana ada belas walaupun Reshma merayu tak henti supaya jangan bunuh dia. Lagi dia suka dengar mangsa dia menjerit merayu minta tolong ada lah. Dah dua kali tengok movie Murder ni pun tetap meremang bila watak Dheeraj muncul. Muka dia memang suci je tengok tapi bila sisi jahat dia keluar, seram sejuk jadinya. Nak menangis bila tengok scene Reshma menangis sampai terkencing tu. Geram je bila tengok scene Arjun dah sampai dekat kawasan tu tapi tak properly check semua rumah. Kata guna instinct sebab kata hati dia kuat tapi gagal jugak. 

Kalau dalam Murder (2004), pengarah terarah kepada intimate scene tapi skrip Murder 2 dari Shagufta Rafiq lebih kemas dan menarik dengan kemunculan plot pembunuh bersiri di bandar Goa. Nak salahkan pihak polis pun tak boleh jugak sebab masing-masing terikat dengan arahan pihak atasan. Sebab tu lah Arjun berhenti dari polis tapi masih lagi berkawan rapat dengan Inspektor Sadaa (Sudhanshu Pandey). One of the reason I suka dengan movie Murder 2 bila pengarahnya adalah Mohit Suri. Antara pengarah genre thriller yang best di Bollywood. 

Visual dari lensa Ravi Walia nampak menarik disuntik dengan keindahan panorama bandar Goa baik di kawasan pantai ataupun kawasan pekannya. Emraan Hashmi dengan Jacqueline Fernandez nampak serasi bersama sebab sama cantik, sama padan. Kekuatan Murder 2 pada music album dari composer duo Mithoon dan Harshit Saxena especially lagu Phir Mohabbat yang merupakan debut music career untuk penyanyi Arijit Singh.

 

Lakonan Emraan Hashmi sebagai Arjun tercalon dalam Best Actor kategori di beberapa award event dan menang dua award. Sama juga dengan Prashant Narayanan yang menang untuk kategori Best Villain. Movie Murder 2 antara movie yang mempunyai jumlah kutipan tertinggi pada tahun 2011 dan menaikkan nama Mohit Suri, Emraan Hashmi dan Jacqueline Fernandez di Bollywood cinema. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

5 comments

  1. kalau the 2nd movie is better, means bgos la.. sbb susah nak dpt 2nd movie dia best dari yg first

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.