Movie Review | Manisnya Cinta Di Cappadoccia

Monday, 15 March 2021

 

Pengarah : Bernard Chauly  

Penulis Skrip :  Anis Ayuni

Pelakon : Nur Fazura, Shaheizy Sam, Rafidah Abdullah, Lisa Surihani, Fauziah Ahmad Daud, Zaibo, Faizal Hussein, Raykarl, Eja, Josiah Hogan, Erma Fatima

Syarikat Produksi :  Redfilms, Astro Shaw, Global Station

Pengedar :  GSC Movies

Genre :  Romantik / Komedi

Durasi Tayangan :  102 minit

Tarikh Tayangan : 11 Disember 2014

Trailer :

Diadaptasikan dari novel popular Manisnya Cinta karya Anis Ayuni yang diterbitkan pada tahun 2004 di bawah penerbitan Karangkraf ni mengisahkan tentang perjalanan cinta Ifti Liyana (Nur Fazura). Tunang dia, Fredo (Josian Hogan) kantoi ada hubungan sulit dengan setiausaha peribadi, Juita (Fiza Yusof) sehinggakan hamil anak luar nikah. 

Watak parents Ifti ni merepek sangat padahal dah hilang Aida.

Tak ada guna pun berharap pada hati yang dah pergi jadi Ifti relakan Fredo berkahwin walaupun ibu (Fauziah Ahmad Daud) dan ayah dia (Zaibo) bangkang sekerasnya tentang hal ni. Bagi mereka Ifti sepatutnya pertahankan hubungan dia dengan Fredo walaupun ada kesilapan dari pihak sana. Memandangkan Ifti dah solo, ibu dia cadangkan Ifti berkahwin dengan Bakhtiar (Faizal Hussein), abang iparnya. Anak-anak Bakhtiar dan Kak Aida (Eja) memang Ifti yang jaga dan besarkan sejak kecil lagi jadi apa salahnya kalau Ifti ganti tikar. 

Ifti tolak mentah-mentah sebab dia tak ada hati langsung dengan Abang Tia tambah pula lepas dia nampak sendiri penderitaan Kak Aida macam mana. Adiknya Izzy (Lisa Surihani) bakal berkahwin tak lama lagi tapi dia rasa bersalah sebab langkah bendul jadi dia nak kakak dia berkenalan dengan kawan kepada Shahril. Ifti bukan jenis memilih pun tapi dia belum bersedia. Kebetulan dia sering terjumpa dengan Nazmi (Shaheizy Sam) dan berkenalan lebih rapat di Cappadocia, Turki. 

Via (Rafidah Abdullah) curiga dengan Nazmi sebab pemandu bas boleh makan angin dekat Turki? Gaya dia pun tak macam pemandu bas lain. Bila Via cuba korek siapa sebenarnya Mohd Nazmi bin Isa, dia dan Ifti ternampak kelibat Nazmi bersama isteri dan anak perempuan. Hancur hati Ifti dan dia mula pertimbangkan tentang Bakhtiar. 

Filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia antara movie Fazura yang famous di bawah sutradara Bernard Chauly dan juga movie terakhir kerjasama antara mereka berdua setakat ni. Lakonan Fazura sebagai Ifti Liyana yang moden, bekerjaya dan penyayang berjaya menambat hati kritik dan penonton sehinggakan Fazura menang anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2015 dan Festival Filem Malaysia ke-27. As if watak Ifti adalah Fazura.

 

Chemistry Fazura dengan Shaheizy Sam antara kekuatan utama filem romantik komedi di bawah penerbitan Redfilms, Astro Shaw dan Global Station. Both of them pun memang betul bercinta masa ni so bila muncul scene berdua tu nampak meyakinkan dan sweet lah. Especially scene Nazmi ajak Ifti pergi dinner dekat Cappadocia tu. Lirik lagu Manisnya Cinta dari Sixth Sense sesuai sebagai main soundtrack.

 

Visual dari Haris Hue Abdullah memainkan peranan untuk mewujudkan suasana dan mood romantik dibantu dengan keindahan panorama negara Turki. Since watak Ifti adalah interior designer, banyak juga props yang kreatif untuk menghidupkan sentuhan kreatif dan moden sesuai dengan personaliti Ifti. Wardrobe Fazura pun cantik sangat dalam movie ni sebab pilihan dia sendiri since semua outfit dia diambil dari butik House Of Doll.  

Walaupun movie ni dah lama tapi ada beberapa klip dari movie Manisnya Cinta Di Cappadoccia yang viral dekat Twitter dan jadi punca utama juga kenapa boleh layan balik. Bukan setakat lakonan Fazura je yang bagus tapi pelakon pembantu seperti Lisa Surihani, Rafidah dan Faizal Hussein wujudkan pelbagai konflik dan komedi yang santai sesuai untuk genre ringan macam ni. Dialog dan skrip pun kemas juga  ayat puitis seperti dalam novel. Boleh kata perfect adaptation untuk novel Manisnya Cinta. Both novel dan filem I suka. 

p/s : Dalam movie ni ada Fattah Amin buat cameo sebagai kawan Nazmi siap menyanyi lagi. Entah Fazura kenal entah tidak jodoh dia masa ni haha

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

4 comments

  1. pernah tengok sekali, tapi tak berapa nak faham kehendak dan jalan cerita sebab dok asyik berebut dengan anak nak tengok katun ... sedihhh

    ReplyDelete
  2. sweet sgt cita ni, kita yg tgk pun sama tersipu sipu..
    best!

    ReplyDelete
  3. i really love this movie !!! hahahaha i tgk byk kali !

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.