Director : Mansore
Writer : Mansore, Veerendra Mallanna, Dayanand TK
Cast : Yagna Shetty, Shruti, Vijay, Pramod Shetty, Sudha Belawadi, H. G. Dattatreya, Avinash, Raghu Shivamogga
Production Company : D Creations
Distributor : KRG Studios
Genre : Action / Drama / Thriller
Running Time : 127 minutes
Release Date : 20 November 2020
Trailer :
First time tengok movie Kannada gara-gara poster dia yang provokatif bila seorang perempuan mengandung diletakkan bom di perut dan acu pistol. Bila tengok trailer tak didedahkan kenapa dia buat macam tu tapi dapat nampak yang sistem Kerajaan menindas rakyat seperti Geetha (Yagna Shetty), anak petani dan juga balu yang tengah sarat mengandung.
Kenapa Act 1978? Sebab Akta Penjawat Awam 1978 Karnataka adalah satu Akta untuk mengatur pengambilan dan syarat-syarat perkhidmatan orang yang dilantik ke Perkhidmatan Awam Negeri Karnataka dan jawatan yang berkaitan dengan urusan Negeri Karnataka. Dalam movie ni Geetha minta pada pihak Kerajaan supaya lucutkan jawatan beberapa orang pegawai Kerajaan yang sentiasa berikan alasan bila Geetha tuntut pampasan dari kematian ayah dia.
Bermula dari Geetha mula mengandung sampai lah dia sarat, bermacam alasan yang mereka berikan sehingga lah Geetha buat rancangan bersama ayah mertua dia untuk letupkan bangunan tersebut. ACP Ram Gopal (Pramod Shetty) bagitahu Ketua Polis yang bom C4 pada perut Geetha boleh dimatikan tanpa masuk ke dalam.
Sebelum ni pihak DRDO berjaya pasang Peranti Pemancar Nadi Elektro Magnetik pada sistem peluru berpandu dan kalau mereka berjaya pancarkan melalui drone ke atas bangunan tersebut, semua peranti pada litar elektrik dan elektronik akan dimatikan. Tapi ada satu masalah pada rancangan tersebut bilamana semua data dalam laptop, komputer, cakera dan telefon bimbit akan terhapus. Jadi mereka tak boleh ambil risiko tersebut.
Bahaya juga kalau mereka biarkan bom tersebut meletup sebab 200 meter dari bangunan tersebut ada stesen pam minyak, sekolah dan hospital awam. Sementara menunggu bantuan dari agensi khas sampai, pihak polis terpaksa penuhi tuntutan Geetha dan kawal pihak media.
Pengarah dan penulis Mansore dapat idea untuk skrip filem ni bilamana banyak cerita dan kes rakyat ditindas oleh sistem Kerajaan. Kes petani yang bunuh diri, kes petani yang bakar diri secara hidup-hidup kerana terseksa dengan sistem. Pada opening credit ada lagu dengan lirik yang menceritakan kehidupan sebagai rakyat biasa yang perlukan keadilan dari tanah air sendiri. Kudos to Rahul Shivakumar!
Filem 1978 terletak pada bahu Yagna Shetty sebagai protagonist utama yang menghidupkan tekanan pada watak-watak sampingan yang lain. Dari riak yang sombong, sama-sama tuding jari menyalahkan rakan sekerja, merayu dengan kisah sedih kehidupan masing-masing dan merasa menyesal di hujung cerita. Semua watak menggambarkan sifat manusia yang selesa di bangku masing-masing dan tanpa sedar sikap lewa mereka menindas golongan yang lainnya.
Masa tengok filem ni tak expect pun sinematografi yang cantik sebab industri perfileman Kannada kecil je tapi Satya Hegde buktikan yang sebaliknya. Kagum dengan colour grading, keindahan panorama negeri Karnataka walaupun banyak shot diambil dari suasana kehidupan para petani. Mungkin kerana senibina bangunan pada zaman penjajahan British dan keindahan alam semulajadi. Close up shot pun mainkan peranan untuk menggambarkan riak muka setiap watak sesuai dengan mood dalam scene tersebut.
Kekuatan utama pada filem Act 1978 adalah pada mesej sosial yang dibawakan oleh Mansore bilamana rasuah dan kebobrokan penjawat awam menghancurkan negeri dan menindas rakyat. Ditekankan pada scene Ketua Pekerja yang menggelabah bila fail di Jabatan Pertanian mendedahkan korupsi selepas diaudit. Ironi juga scene di mana semua pegawai tinggi berbincang kerana risaukan keselamatan rakyat tapi dalam masa yang sama sedap makan briani sedangkan rakyat tahan lapar kerana keadaan yang mendesak.
Mungkin filem ni terasa dekat dengan hati sebab kita pun berada dalam situasi yang sama dan ramai juga tertindas dengan sistem yang menguntungkan sebelah pihak. Bab penjawat awam tak buat kerja tu tak payah cakap la, baik di musim pandemik ni ataupun sebelum pandemik sama sahaja. Berbakul maki pun belum tentu kaunter buka, belum tentu boleh submit dokumen dengan jayanya. Apapun, recommended to watch this movie!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
macam best je jalan ceritanya. bab tak buat kerja tu dah satu hal... dibuat kerja lain pula. dah ramai yang jadi kontraktor pulak sekarang... nak nak yg kerja dalam bidang teknikal, sendiri create kerja, sendiri masuk sebutharga.
ReplyDeleteNice sharing, nanti boleh cuba tengok.
ReplyDeleteCerita tak buat kerja tu memang tak boleh disangkal lagi lah huhuhu. Kaunter 5 bukak 2, lagi 3 sekadar perhiasan je hahaha
mcm sakit dada ja tgk cita mcm ni kan.. hahaha tapi puas hati sbb itu lah reality.. bab kaunter kat malaysia ni, mmg takleh nak kata apa la.. yg bestnya kul 9 bank bukak, kul 9 la diorg baru nak on computer lol orang dah beratur panjang dekat luar tu
ReplyDeleteMana nak tengok cerita ni?
ReplyDeletemasa tu jumpa dekat Telegram
Delete