Majlis Penghargaan Ram Reza & Muhammad 2021

Tuesday, 23 March 2021

Dua minggu lepas ada jemputan untuk ke RRM HQ sebab ada Majlis Penghargaan buat semua lawyers dan staff Ram Reza & Muhammad. Ikutkan nak buat untuk semua tapi branch Kuala Terengganu, Penang dengan Jakarta tak dapat la nak merentas ke mari sebab PKP. Kita buat yang mana dapat hadir je. 

Itupun ada yang tak dapat hadir sebab kena jaga anak. Hari Sabtu memang susah sikit nak cari pengasuh. Nak bawa datang office pun takut mengganggu majlis. Ikutkan nak buat majlis ni dekat The Cube, One Utama tapi ada facilities yang tak boleh digunakan. So buat dekat HQ je lah, senang. 

Bermula dari jam 10 pagi dengan kehadiran semua warga Ram Reza & Muhammad, pengenalan ahli-ahli baru yang kebanyakannya dari Training Associates 

  • Amirul Izani [Corporate Department]
  • Aina Izzah [Corporate Department]
  • Amelia Edreena [Corporate Department]
  • Mira Nadia [Litigation Department]
  • Zahra [Litigation Department]
  • Hafizah [Conveyancing Department]
  • Anis [Syariah Department]
....dan juga lawyers baru - Encik Abu Bakr untuk Corporate Department, Ms Farhana Idros untuk Syariah Department dengan Ms Mastura untuk Litigation Department. Gigih kan buat list ni sebab esok lusa kalau lupa diorang department mana, I rujuk sini je haha. Gara-gara PKP ni jarang ke HQ jadi susah nak ingat semua kecuali Corporate Department lah sebab department sendiri hshshs

Kalau ikutkan adat rasmi warga RRM yang baru kena perform talent show macam menyanyi, berpantun atau apa saja lah bakat terpendam tu tapi disebabkan majlis ni singkat so tak sempat la diorang semua nak perform. Mungkin next gathering la kot. 

Habis sesi perkenalan, Managing Partner, En. Nor Hisham Haji Muhammad teruskan dengan mengupas sedikit meeting yang lepas untuk ingatkan balik target, misi dan pencapaian RRM sepanjang tahun 2020. Kemudian bagitahu tujuan semua partners buat Majlis Penghargaan RRM ni bila ada staff dah capai level tahap gaban. Sebelum ni staff tu dah capai tahap dewa dan RRM dah bagi penghargaan sempena 10 tahun bekerja. Kali ni dah cecah 20 tahun, hadiah yang lain pula diberikan. 

As for us yang baru tahap cikai ni dapat goodies box. Dekat dalam tu ada baju korporat RRM, lanyard beserta ID masing-masing dan juga mask RRM. Baju korporat tu wajib pakai setiap hari Isnin tapi lanyard dengan mask haruslah setiap hari. 



Dan untuk staff tahap gaban tu, tak lain tak bukan Head of Accounts Ram Reza & Muhammad - Puan Rozieda Abdul Rahman bila dah mencecah 20 tahun bekerja dengan RRM. Masuk sebagai anak dara, berkahwin, dapat anak pertama, kedua, ketiga semuanya dekat RRM. Dah la awet muda, muka maintain sama je dari dulu sampai sekarang. 




Sempena menghargai kerjaya dan kesetiaan Kak Ida kepada RRM, hadiah berupa ASB RM10,000 dengan rantai tangan pulut dakap dari Makmur Gold. 

'Mula-mula saya masuk Ram Reza ni, diinterview oleh En. Ram, partner sebelum ni. Second interview oleh En. Hisham dekat office di Jalan Genting Klang. Masa tu dekat tingkat 2, ingat lagi bilik En. Hisham masa tu atas restoran cina. Kalau masa diorang masak tu, asap semua naik ke bilik En. Hisham, tak nampak terus En. Hisham. 

Lepas 6 bulan kerja dengan RRM, kita pindah ke Diamond Square. Daripada 1 unit, kita sewa 2 unit then 3 unit lepastu 4 unit sampai lah satu floor dekat tingkat 6 tu Ram Reza & Muhammad sewa. Lepastu En. Hisham start buka branch di Aman Suria. Tahun 2014, HQ pula pindah ke Starpac Point so saya nampak lah dulu RRM wajib meeting setiap hari Jumaat lepastu sebulan sekali pulak setiap hari Sabtu minggu yang pertama. Lepastu lama-lama dah slowly jarang-jarang. 

Dulu En. Hisham ajar buat akaun sebab Kak Ida zero, tak ada langsung pengetahuan pasal akaun. Dulu sikit je lama-lama dah pegang banyak sampai pening kepala. Kak Ida dah ada dekat RRM dari Jalan Genting Klang, buka Aman Suria, Diamond Square lepastu Oasis. Ingat lagi dulu-dulu dalam meeting En. Hisham pernah cakap, one day kita akan ada uniform sendiri so uniform yang pertama warna putih, macam baju sekolah. Material uniform RRM dari tahun ke tahun kena upgrade so yang sekarang ni lah, yang latest paling bagus dan selesa. 

Saya memang tak sangka sangat RRM akan bagi hadiah ni, tak sangka sangat. Terima kasih banyak-banyak dekat semua partners. Terima kasih juga kepada En. Hisham sebab sudi terima saya bekerja di RRM. Kita ni sebagai manusia sentiasa ada baik dan buruk tapi sebagai pekerja sentiasa la fikir tentang kebaikan majikan. Tipu lah kalau tak ada terasa hati dengan majikan tapi sentiasa pandang kebaikan dan bersyukur. Harapan saya semoga Ram Reza & Muhammad akan lebih berkembang lagi. Insya-Allah dan terima kasih.'

Settle majlis pemberian goodies, hadiah dan ucapan kepada RRM & Kak Ida, semua yang datang dijemput makan. 



Terima kasih kepada warga RRM HQ sebab jemput kitorang datang dan sediakan makanan yang sedap untuk majlis haritu. Untuk Kak Ida, tahniah sebab dah mencorakkan kerjaya bersama RRM dan jadi sumber inspirasi kepada yang baru ni untuk jadi lebih bersemangat dan pupuk rasa sayang kepada RRM juga. Bila nampak majikan hargai staff ni rasa lagi seronok lah nak bekerja dan ni bukan pertama kali pun RRM bagi penghargaan. Dah banyak dengar cerita sebelum ni cuma disebabkan covid, tak banyak lah aktiviti dijalankan. Hopefully tahun depan banyak plan untuk training, bengkel, team building, event dan trip onzzz balik untuk semua join dan eratkan bonding semua branch. 

18 comments

  1. In shaa Allah next gathering boleh buat tunjuk bakat masing masing. Sekarang covid19 susah jugaklah sebab banyak benda terbatas. Takut kena saman je hehehe.
    Sedapppp pulakk tengok sandwhich tu hahaha.

    ReplyDelete
  2. nampak majlis macam sederhana... tapi mesiah juga dengan makanan tu

    ReplyDelete
  3. Majlis sederhana untuk menghargai pekerja pun bagus. Ada yang takde pun buat majlis macam ni sebab terkesan dengan pandemik sekarang. Bersyukur!.

    ReplyDelete
  4. Meriahnya majlis walaupun dilaksanakan dengan SOP :)

    ReplyDelete
  5. majlis sederhana pun dah nampak meriah..best la dapat reward macam ni bile bekerja, hilang rasa penat kan

    ReplyDelete
  6. Wow! The reward for the old timer was really not bad to say the least. Wish more company can reward their loyal workers.

    ReplyDelete
  7. wah... seronoknya dpt reward. Saya tak dpt nak rasakan mcm mana bekerja di agensi mcm ni... tapi saya tengok ni nmpak semua sgt2 confident.

    ReplyDelete
  8. bagus company menghargai pekerja, tahniah semua yang dapat reward. best tu dapat 10k, siap pulut dakap lagi...hehe

    ReplyDelete
  9. Meriah ya rewardnya. Okla majlis yg sederhana asal dpt raikan staf kan. Semoga farhana pun sukses dalam kerjaya di RRM.

    ReplyDelete
  10. Akak tergelak tengok senarai nama kemain banyak tu. Bleh buat rujukan kat blog eh. Hehehe. Best kan penghargaan begini. Rindu nak masuk pejabat. 20 tahun perkhidmatan dapat ASB 10K dan Pulut Dakap! Huyoooooo best gilaaaaaa. Semoga Farhana juga berkhidmat sampai pencen ok. Mana tau dapat rumah sebiji. Alhamdulillah. Hehehe.

    ReplyDelete
  11. Memang seronok bila masa ada majlis penghargaan ni. Akan ada hadiah kita dapat. Syoknya dia dapat ASB 10k dengan emas tu..rezeki dia selama berkhidmat dekat situ

    ReplyDelete
  12. Tahniah buat semua, seronok yang bekerja, Sis tak pernah bekerja, so takde pengalaman stuasi begini.. harapkan penghargaan dari Suami dan anak-anak aje hehehehe

    ReplyDelete
  13. Bestnya rindu program2 macam ni dapat kumpul ramai2 dan bonding bersama rakan kerja.. ni dah setahun lebih tak jumpa my colleagues face to face dah! ada yang dah kena transfer oversea huhu..

    ReplyDelete
  14. Bagus cara syarikat hargai pekerja. Lama betul kak ida setia dengan satu syarikat. Semoga teeus berjaya

    ReplyDelete
  15. wowo...bravo for this meaningful initiative, thanks for sharing about it & always nice to reconnect & catch up with old colleagues. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  16. Wah... Tahniah! Bagusnya company menghargai pekerjanya. Baru lah staff lebih produktif inovatif kannn..
    Semoga semua maju jaya!

    ReplyDelete
  17. bestnya kalau syarikat bg penghargan mcm ni, sngt2 menghargai pekerja and menyebabkan sayang kita nak tinggal kan!

    ReplyDelete
  18. Seronoknya ada majlis penghargaan macam ni. Mesti rasa semangat lagi. Walaupun sederhana tapi seronok la tengok

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.