Masalah berkaitan otot pelvik banyak berlaku dalam kalangan wanita. Mengapa? Ini kerana bahagian otot ini terletak berhampiran dengan organ-organ pembiakan yang penting. Ingin ketahui komplikasi berkaitan tulang pelvik wanita dengan lebih mendalam? Mari ikuti kupasan ini!
Klik gambar untuk baca lebih banyak artikel kesihatan |
- Sakit semasa haid
- Sukar menggunakan tampon
- Kerap kencing
- Mudah mendapat jangkitan saluran kencing
- Kencing tidak lawas
- Abdomen bawah tertonjol
- Sakit faraj atau belakang semasa melakukan hubungan seks
Rahim condong ke depan (anteverted)
Jika anda didiagnosis dengan rahim anteverted, maka ini bermaksud, rahim anda berada pada kedudukan condong ke hadapan pada serviks dan ke arah perut. Ini adalah posisi normal rahim yang tidak mendatangkan sebarang komplikasi.
Namun, sekiranya kecondongan anda sangat teruk, kemungkinan akan merasa tekanan atau kesakitan di bahagian hadapan pelvis.
Sakit bahagian pelvis
Masalah berkaitan otot pelvik lain adalah kesakitan di bahagian pelvis yang mempengaruhi kawasan bahagian bawah perut, yang terletak di antara pusat dan pangkal paha. Bagi sesetengah wanita, sakit pelvis mungkin adalah petanda kekejangan haid, ovulasi atau masalah gastrousus seperti intoleransi makanan. Namun, ia juga berisiko berkembang menjadi masalah yang lebih serius. Ada ketikanya, sakit pelvis boleh menjadi petanda jangkitan atau masalah berkaitan sistem pembiakan lain di sekitar kawasan tersebut.
Prosedur pembedahan (RASPA)
Prosedur dilation and curettage atau raspa adalah sejenis pembedahan di mana serviks dibuka dan sejenis alatan iaitu curette, dimasukkan ke dalam rahim. Kemudian, curette digunakan untuk mengikis atau mengeluarkan tisu dari lapisan rahim (curettage).
Mengapa ia dilakukan?
#1 Untuk mendiagnosis keadaan pesakit
Doktor mungkin mengesyorkan sejenis D&C yang disebut sebagai pensampelan endometrium untuk mendiagnosis keadaan berikut:
- Mengalami pendarahan rahim yang tidak normal
- Mengalami pendarahan selepas menopaus
- Doktor menemui sel-sel endometrium yang tidak normal semasa ujian rutin kanser serviks
- Membersihkan sisa tisu di rahim selepas keguguran untuk mengelakkan jangkitan atau pendarahan berat
- Keluarkan kehamilan anggur (molar pregnancy)
- Rawat pendarahan berlebihan selepas bersalin dengan membersihkan plasenta yang masih ada di dalam rahim
- Keluarkan polip serviks atau rahim, yang biasanya tidak bersifat kanser (jinak)
- Sakit (bermula daripada tahap yang ringan hingga parah) di bahagian bawah perut dan otot pelvik
- Keputihan yang tidak normal atau banyak berserta bau yang tidak menyenangkan
- Pendarahan rahim yang tidak normal, terutamanya semasa atau selepas hubungan seksual, atau antara kitaran haid
- Sakit semasa persetubuhan
- Demam menggigil
- Kesulitan atau kerap kencing
- Haid yang menyakitkan (senggugut)
- Sakit saat bersenggama
- Sakit dengan pergerakan usus atau membuang air kecil
- Pendarahan berlebihan
- Kemandulan
- Tanda dan gejala lain seperti keletihan, cirit-birit, sembelit, kembung atau loya
- Sekiranya, ada di antara pembaca yang mengalami kesakitan di bahagian abdomen atau belakang, cuba semak gejala-gejala yang telah penulis kupaskan.
Terima kasih perkongsian.
ReplyDeleteNice sharing
ReplyDeleteInfo berguna ni.. tq for sharing
ReplyDelete