Pengarah : Mamat Khalid
Penulis Skrip : Mamat Khalid
Pelakon : Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, Mat London (Ahmad Ibrahim), Avaa Vanja, Nazeera Sardi, Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, Joey Daud, Kamarool Hj Yusof, Imuda, TJ Isa, Adam AF, Azlan Komeng, Ayie Hushairi, Faizal Chal, Nasir Jani, Soya, Shuk Sahar, Sharwani, Mohd Rashid, Latiff Zami, Jasper Supayah, Reza Hasbi, Annie Mosha, Akmal Ahmad, Wan Raja
Genre : Komedi / Seram
Jumlah Episod : 13 Episod
Tarikh Tayangan : 7 Disember 2020
Syarikat Produksi : Astro
Penyiaran : Astro Ria, Astro Citra HD, Astro GO, On Demand
Trailer :
Lepas berpatah balik ke zaman 50-an dalam Episod 9 : Lailasari, kali ni balik semula kepada latar masa sekarang dengan masalah yang baru bila penduduk Kampong Pisang diganggu oleh pocong. Bermula dengan kehadiran dua ekor pocong di Warung Pak Jabit sampaikan Ahmad Yassin (Ahmad Yassin) demam walhal dia buta, bukan nampak pun kengerian pocong tu.
Kehadiran Cik Chom Bagan (Ozlynn) pun agak aneh juga sebab suka berjalan berseorangan dan tiba-tiba datang, tiba-tiba muncul. Nasib baik lah beberapa minit kemudia dia jelaskan yang dia adalah project manager di tapak pembinaan di tepi jalan sana. Masa dia perkenalkan diri tu pun, pekerja-pekerja dia ditemui meninggal di tapak pembinaan tanpa tahu punca. Gaya macam mati mengejut dengan mata terbeliak macam tu.
Sebagai penuntut ilmu silat, Bakobar (Bell Ngasri) tak takut langsung dengan pocong-pocong yang datang. Cakap besar kemain tapi bila 4 ekor datang, kemain merayu jangan kacau dia. Nasib baik Ahmad Yassin dengan Faguha Jabar (Rashid Othman) lalu kawasan tu. Sekali dia angkat tangan je, semua pocong lari dari situ. Dalam episod ni baru tahu yang Faguha Jabar ni bisu, patutlah tak pernah bercakap. Tapi dalam episod ni Ahmad Yassin boleh bawak motor pulak. Yang idak-idak je. Masa Pak Jabit bercerita pasal pocong tu, dia kata pocong tu melompat padahal bergolek kot.
Lepas kejayaan franchise Kampung Pisang, pengarah dan penulis Mamat Khalid tambah lagi drama Kampong Pisang Bersiri-Siri untuk hilangkan rindu peminat. Lepas Zombi Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010), Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (2013), Zombie Kilang Biskut (2014), dan Hantu Kak Limah (2018) kebanyakannya menggunakan pelakon yang sama tapi dalam drama ni ada beberapa watak yang digantikan pelakonnya.
Sinematografi dalam drama Kampong Pisang Bersiri-Siri diadun dengan signature Mamat Khalid yang suka dengan tona warna vintage. Puas hati sangat tengok drama ni sebab visual dia menarik sebab Mamat Khalid memang nak hasil drama ni sama dengan filem. Dalam episod 10 ni visual effects dari Lil Studio Sdn Bhd tak lah heavy tapi nampak lemah lah dekat scene pocong datang secara berjemaah dekat hutan tu walhal boleh je guna orang sebenar macam di awal episod.
Untuk background music dalam drama ni kebanyakannya lagu-lagu lama zaman 80-an, sesuai lah dengan suasana kampung yang dipenuhi orang-orang tua generasi lama. Memandangkan episod ni Ahmad Yassin demam, diorang dengar lagu dekat radio aje.
Ada watak tambahan baru bila peminat Liverpool bercerita pasal bola dekat Warung Pak Jabit sampai berasap hati Bakobar dengan Faguha Jabar yang sokong team lain. Nasib baik drama ni release sebelum Liverpool kalah 6 kali berturut-turut. Tapi bila tengok lepas Liverpool kalah ni rasa kelakar tengok fans dia sembang taknak kalah. Scene dia jumpa pocong pakai baju MU pun kelakar.
Nasib baik penceritaan episod 10 ni lebih menarik dari episod 9 yang mengecewakan dan tak ada genre seram atau komedi langsung. Cantik betul Ozlynn dalam episod 10 ni especially masa dia pakai baju kebaya hitam tu. Pandai la stylist sesuaikan pakaian dia dengan karakter Cik Chom yang tegas dan mysterious tu.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 6.8/10
nasib baik episode in tak mengecewakan ..
ReplyDelete