CITTA Mall Dah Ada Guardian!

Thursday, 18 March 2021

Sejak PKP 2.0 ni jarang sangat menjejakkan kaki ke CITTA Mall sebab tak boleh dine-in padahal sebelum ni boleh kata setiap hari Jumaat akan lunch dekat sini dengan kawan office. Bila pergi minggu lepas agak excited lah sebab dah ada drugstore Guardian. Yeayyy!


Bestnya Guardian ni sebab handwash sakura dia wangi lepastu diskaun dia lagi best daripada Watson sebab dia dah deduct siap-siap dah. Unlike Watson, kena ada member card dulu baru dia deduct. I sejenis clumsy so member card memang tertinggal dekat kereta je since guna T&G dari kad tu. So memang banyak la points atau diskaun melepas. 


Interior design Guardian dekat CITTA Mall ni pun cantik sebab dia apply konsep minimalis. Dari luar dah nampak apa produk yang ada. Senang sangat nak tahu cashier dekat mana sebab lampu neon warna oren untuk semua label dan signs. Lantai dia guna tiles kelabu, dinding dengan tiang guna warna hitam, nampak modern and stylish lah dekat mata. 




Memandangkan skincare ataupun toiletries untuk bulan Mac dah dibeli dekat Watson dan Shopee, so minggu lepas just temankan Kak Nora cari fake nails je. Next month kita datang sini lah shopping shampoo dengan skincare sebab banyak brands ada dekat sini. Melayang fulusssss....

5 comments

  1. citta mall dah ada mcm2 ya, timm dulu pi sana sendu gila xdak apa2, haha!

    ReplyDelete
  2. Lepasni sakanlah shopping kat Guardian hahaha. Masuk Guardian nak beli 1 barang je, keluar Guardian penuh plastik hahaha

    ReplyDelete
  3. hahahaha melayang fulus betul kalau watson dgn guardian ni dekat dgn kita

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.