Blog Performance Februari 2021

Monday, 1 March 2021

Panas betul sekarang ni kan, katanya sampai bulan April nanti. Tak tahu lah macam mana nak survive bulan puasa nanti. Ganti puasa pun on weekend je sebab tak banyak bergerak sangat. Dalam rumah pun sejuk sikit. Itupun bila bangun tidur dah mula kering tekak. 

Bulan Februari tahun ni ada 28 hari je so I target tak banyak sangat untuk blog tapi not bad lah sebab cecah jugak target. 

1. PV

Tengok graf bulan ni caca marba sangat traffic blog sebab pertengahan Februari tu jatuh teruk sangat sampai 600 je sehari. Masa tu stress jugak lah sebab dah tak boleh drop link dekat Facebook so tak boleh la nak letak link dekat group. 


Sedih jugak lah sebab Facebook dengan Instagram kena block padahal dekat situ boleh tarik audience ramai. Bulan ni pulak ada movie Hindustan baru dengan list movie yang best untuk tahun 2020. Mengharapkan loyal readers dengan carian di Google je lah nampaknya. 

Walaupun pertengahan bulan jatuh teruk tapi dekat hujung Februari naik balik sebab entry 55 Best Blogger. Merasa la jugak trafik cecah 2k lepastu jatuh balik then naik balik. Bila total semua dapat lah mencecah target 1,090,000 untuk bulan Februari. Bulan Mac nak target 1,120,000 pulak. 

2. Posts


Popular Post bulan ni berbeza dengan bulan lepas sebab movie review Melayu banyak masuk carta. Movie Raazi tu baru je naik mendadak hujung bulan Februari. Entri yang lain memang sedia ada setiap bulan. Movie Review Shiba Shiba Doo last time I checked top search dekat first page. Yeayy!

3. Keywords


Keywords berbeza dengan bulan Januari 2021 which is good sebab carian untuk blog ni dah bervariasi. Carian pelakon Bollywood pun dah bertambah cuma kelakar la siapa yang search sarukan katrina kaif pakai kerusi roda tu. Beria la fikir apa benda sarukan tu rupanya Shah Rukh Khan. hmmmm

4. Audience 


Bulan Januari nampak juga audience dari India dah dekat hujung dah, bulan Februari memang hilang terus. Sebab tak update sangat review movie Hindustan ke? Bulan Feb agak kurang sebab banyak review movie dan drama Melayu. Okay bulan Mac kita pulun haha

I perasan audience dari Android dengan Iphone dah ramai berbanding Windows dan Linux so hopefully template baru ni memudahkan pembaca yang menggunakan phone. 

5. Bilangan Entri 


Bulan Februari ni tak mampu nak cecah target sampai 60 entry. Nampak macam sikit kan 5 tu tapi ughhh tak mampu. Laptop pun dah mula meragam balik. Kalau dapat topup bulan Mac, kita try topup sampai 70 entry. Bulan ni ada 31 hari so ada masa lebih dari Februari. 

Bulan ni agak special walaupun performance teruk sebab dapat invitation untuk buat review under Astro. Sebelum ni dapat invitation dari iflix so hopefully lepas ni lebih banyak lagi OTT platform lain yang hulur jemputan untuk kolaborasi. Have a nice day everyone :)

11 comments

  1. Naik turun graf itu menjadi satu suntikkan semangatkan.

    ReplyDelete
  2. wah banyaknya artikel dalam sebulan. dulu saya boleh jugak capai angka artikel banyak mcm tu, tapi sekarang nak sampai 20 artikel pun susah. tapi nasib baik PV masih maintain :)

    ReplyDelete
  3. fuh, walaupun pasang surut, tapi jumlah entry tu.. rajinnyaaaaaa!!!

    Keep it up Pana! U can do It!!!

    ReplyDelete
  4. Anyway keep on wtiting sis.. hihi kira banyak jugaklah KPI awak berbanding akak...😂

    ReplyDelete
  5. Hahaha.. part sarukan tu kelakar..
    Tahniah Farhana and thank you buat list 55 blogger tu.. Farhana memang ohsemlah..

    ReplyDelete
  6. Tahniah! Hebat tu dapat colab dengan company besar :)
    keep it up Farhana!

    ReplyDelete
  7. terikir juga apa benda sarukan tu rupanya shah rukh khan..hahaha

    ReplyDelete
  8. omgg!! hope one day can get this angka like yours :)

    ReplyDelete
  9. Congratsss !!! I suka tgok your honest review :) but yeah I rindu hujan panas Sgt even malam

    ReplyDelete
  10. Walau bagaimanapun masih mantap farhana!
    Tahniah okay :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.