Anyway korang dah start memborong persiapan raya ke?
Director : Subhash Kapoor
Writer : Subhash Kapoor
Cast : Akshay Kumar, Annu Kapoor, Huma Qureshi, Saurabh Shukla, Kumud Mishra, Ram Gopal Bajaj, Sayani Gupta, Manav Kaul
Production Company : Fox Star Studios
Distributor : Fox Star Studios
Genre : Legal / Drama / Comedy
Running Time : 137 minutes
Release Date : 10 February 2017 (India)
Trailer :
Sequel kepada Jolly LLB (2013) masih lagi menggunakan kreativiti dan dedikasi pengarah juga penulis Subhash Kapoor dengan tema keadilan. Lebih kurang sama dengan installment pertama di mana peguam kecil bertarung dengan peguam ternama di kamar mahkamah. Cuma kali ni kes lebih besar dengan pertuduhan yang lebih berat, sesuai lah dengan tajuk movie - The State vs Jolly LLB 2.
Jagdishwar "Jolly" Mishra (Akshay Kumar) merupakan peguam di bawah Mr. Rizvi (Ram Gopal Bajaj) tapi dia tak dapat banyak peluang pun untuk practice ilmu guaman tapi lebih kepada menjadi pembantu peribadi sehinggakan diejek oleh rakan sekerja. Di rumah pula dia sering berjanji pada isterinya, Pushpa (Huma Qureshi) yang dia akan belikan barangan mewah lepas dia dapat buka chamber sendiri.
Hajat dia tercapai bila Hina (Sayani Gupta) yang sarat mengandung bayar yuran guaman untuk tuntut bela terhadap mendiang suami dia, Iqbal Qasim (Manav Kaul) yang dituduh sebagai pengganas sedangkan pihak polis ‘terkeliru’ dengan surname. Jolly guna yuran tersebut untuk beli chambers yang diidamkan walhal dia menipu Mr. Rizvi akan bawa kes Hina ke mahkamah.
Terjerat dengan penipuan sendiri dan dihantui rasa bersalah selepas dibuang keluarga, Jolly berazam untuk dapatkan keadilan dengan failkan kes ni di mahkamah bersama bukti baru seperti yang dipinta oleh Hakim Sunderlal Tripathi (Saurabh Shukla). Pihak polis terutamanya Inspektor Suryaveer Singh (Kumud Mishra) diwakili oleh Peguam Pramod Mathur (Annu Kapoor) yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun.
Like I said earlier, movie sequel dalam franchise legal ni mempunyai konsep dan tema yang sama dengan first installment, jadi tak hairan lah kalau ending pun berpihak kepada peguam kecil ni. Tapi olahan penceritaan yang dipersembahkan dengan rencah komedi juga drama diadun bersama dialog ampuh dari watak-watak utama yang menjadi kekuatan Jolly LLB 2.
Hakim pun orang yang sama siap tanya Jolly dia ada abang ke dekat Delhi sebab perangai lebih kurang je. Sepatutnya Arshad Warsi ada buat cameo tapi tak tahu kenapa tak jadi. Lakonan dari barisan pelakon utama juga cemerlang tanpa menenggelamkan mana-mana watak. Bukan sahaj tersenarai dalam Rs100cr club malah mendapat beberapa pencalonan di beberapa award events dalam pelbagai kategori.
‘When two people fight in India, what’s the first thing they say to each other? I will see you in court! Why do people do that? Because they still have faith in judicial system. They believe if the government, administration and police don’t listen to them, the court will hear them out and give them justice.’ - Judge Sunderlal Tripathi
Walaupun movie Jolly LLB 2 ni diterbitkan di bawah syarikat produksi besar seperti Fox Star Studios tapi music album dari Manj Musik, Meet Bros dan Chirantan Bhatt kurang menarik tumpuan kecuali lagu romantik Bawara Mann yang menonjolkan chemistry yang sepadan antara Akshay dan Huma. Nasib baik lagu dalam movie ni ada 4 je dan 1 lagu sahaja yang ada solo feature berbanding yang lain, bergerak seiring dengan jalan cerita.
Tapi music album tu bukanlah kelemahan besar pun sampai mencacatkan jalan cerita sebab banyak pergelutan sama ada di dalam kamar mahkamah ataupun di luar yang menjadi titik-titik utama penceritaan. Mesej satira dalam beberapa babak yang menekankan korupsi, terrorism dan kelemahan sistem perundangan dipersembahkan dengan baik.
Kalau ikutkan kejayaan Jolly LLB 2, akan ada installment ketiga dalam franchise Jolly LLB tapi tak pasti siapa pula yang akan pegang watak utama. Antara Arshad Warsi ataupun Akshay Kumar. Boleh jadi pelakon baru pula dengan kes jenayah yang pernah menggemparkan negara India. Looking forward to that.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10
Director : Subhash Kapoor
Writer : Subhash Kapoor
Cast : Arshad Warsi, Boman Irani, Amrita Rao, Saurabh Shukla, Rajeev Siddhartha, Harsh Chhaya, Sanjay Mishra, Mohan Agashe, Ishtiaq Arif Khan, Mukund Bhatt, Rajiv Siddharth
Production Company : Fox Star Studios
Distributor : Fox Star Studios
Genre : Legal / Drama / Comedy
Running Time : 128 minutes
Release Date : 15 March 2013
Trailer :
Diinspirasikan dari kes langgar lari Sanjeev Nanda pada tahun 1999, kes pelakon superstar Salman Khan pada tahun 2002 dan juga beberapa kes yang sama berlaku di India, pengarah dan penulis Subhash Kapoor mengangkat konsep ketidakadilan yang berlaku pada kelas bawahan.
Berlatarbelakangkan kehidupan di Delhi yang terkenal dengan kes jenayah, Jagdish "Jolly" Tyagi (Arshad Warsi) cuba menjadi terkenal dengan failkan affidavit terhadap kes Rahul Dewan (Rajeev Siddhartha) sementelah Hakim Sunderlal Tripathi (Saurabh Shukla) putuskan bahawa cucu businessman kaya tersebut tidak bersalah atas tuduhan melanggar 6 orang lelaki yang tidur di bawah flyover.
Walaupun anak guam Tejinder Rajpal (Boman Irani) dah mula tak senang duduk, dia masih lagi tak tergugat dengan kehadiran Jolly. Dengan mudah Tejinder dapat hidu niat busuk Jolly dan hantar Albert Pinto (Harsh Chhaya) untuk peralatkan pihak lawan. Malah membuka tawaran wang tunai dengan jumlah yang tinggi dan sebuah kereta jika Jolly berdiam diri di mahkamah nanti.
Bak pucuk dicita ulam mendatang, Jolly terima wang tersebut lantas melamar kekasih hati dia, Sandhu (Amrita Rao) tapi perbuatan dia dianggap jijik dan memalukan. Tamparan Kaul Saab (Ramesh Deo) menyedarkan Jolly dan setelah berfikir panjang, dia ambil keputusan untuk cari bukti kukuh terhadap kes langgar lari Rahul Dewan dan pulangkan kembali duit Tejinder.
‘Everyone present at this court knows that the accident caused by Rahul Dewan. But I am the judge. People’s thought and my feelings cannot influence my judgment. I have to pass the judgment based on evidence.’ - Judge Sunderlal Tripathi
Kekuatan movie Jolly LLB pada keunikan penceritaan, plot yang realistik, screenplay dipersembahkan secara progresif, skrip digarap kemas, dialog padu dalam beberapa scene juga lakonan dari barisan watak utama merupakan faktor kemenangan di National Film Award untuk kategori Best Feature Film in Hindi juga National Film Award for Best Supporting Actor : Saurabh Shukla.
Selalunya watak Hakim dalam movie Bollywood lebih banyak mendiamkan diri sehinggalah keputusan dikeluarkan tetapi watak Hakim Sunderlal Tripathi nampak hidup dengan karakter yang cepat terasa, menyampah dengan permainan para peguam dan seperti penjawat awam biasa, menggunakan kabel untuk dapatkan kepentingan peribadi macam dalam scene dia pujuk Tejinder untuk book rumah di Fabulous City.
Walaupun pada first half, pace movie agak perlahan dan watak Sandhya tak dikembangkan dengan baik cuma memenuhi quota heroin, ditambah dengan music album dari Krsna yang agak lemah sehinggakan plot lari dari landasan asalnya tapi perbalahan dalam kamar mahkamah dengan keseimbangan rencah drama dan komedi yang menaikkan momentum penceritaan. Pujian harus diberikan pada lakonan Arshad Warsi dan Boman Irani dengan persembahan yang bagus dari watak masing-masing.
Tema movie Jolly LLB di bawah terbitan Fox Star Studios ni adalah ketidakadilan dalam sistem perundangan yang mana pengarah menggunakan korupsi untuk melawan korupsi dalam template satira. Macam scene Guruji (Sanjay Mishra) sebagai bookie untuk jual bahan bukti yang disembunyikan oleh pihak polis.
Tak pasti lah kelemahan dalam plot cerita terutamanya di second half adalah disengajakan untuk menunjukkan betapa besarnya korupsi dalam badan berkuasa ataupun pengarah Subhash Kapoor terlepas pandang terhadap perincian cerita macam scene polis tersalah tangkap sedangkan pernah berjumpa dengan mangsa. Anyway, movie ni antara yang tersenarai dalam wajib tonton terutamanya yang suka dengan tema jenayah atau undang-undang.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.9, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.9 = 9/10
Ini Komplikasi Berkaitan Pelvis Yang Berisiko Terjadi, Wanita Perlu Ambil Tahu!
Monday, 29 March 2021
Masalah berkaitan otot pelvik banyak berlaku dalam kalangan wanita. Mengapa? Ini kerana bahagian otot ini terletak berhampiran dengan organ-organ pembiakan yang penting. Ingin ketahui komplikasi berkaitan tulang pelvik wanita dengan lebih mendalam? Mari ikuti kupasan ini!
Klik gambar untuk baca lebih banyak artikel kesihatan |
- Sakit semasa haid
- Sukar menggunakan tampon
- Kerap kencing
- Mudah mendapat jangkitan saluran kencing
- Kencing tidak lawas
- Abdomen bawah tertonjol
- Sakit faraj atau belakang semasa melakukan hubungan seks
Rahim condong ke depan (anteverted)
Jika anda didiagnosis dengan rahim anteverted, maka ini bermaksud, rahim anda berada pada kedudukan condong ke hadapan pada serviks dan ke arah perut. Ini adalah posisi normal rahim yang tidak mendatangkan sebarang komplikasi.
Namun, sekiranya kecondongan anda sangat teruk, kemungkinan akan merasa tekanan atau kesakitan di bahagian hadapan pelvis.
Sakit bahagian pelvis
Masalah berkaitan otot pelvik lain adalah kesakitan di bahagian pelvis yang mempengaruhi kawasan bahagian bawah perut, yang terletak di antara pusat dan pangkal paha. Bagi sesetengah wanita, sakit pelvis mungkin adalah petanda kekejangan haid, ovulasi atau masalah gastrousus seperti intoleransi makanan. Namun, ia juga berisiko berkembang menjadi masalah yang lebih serius. Ada ketikanya, sakit pelvis boleh menjadi petanda jangkitan atau masalah berkaitan sistem pembiakan lain di sekitar kawasan tersebut.
Prosedur pembedahan (RASPA)
Prosedur dilation and curettage atau raspa adalah sejenis pembedahan di mana serviks dibuka dan sejenis alatan iaitu curette, dimasukkan ke dalam rahim. Kemudian, curette digunakan untuk mengikis atau mengeluarkan tisu dari lapisan rahim (curettage).
Mengapa ia dilakukan?
#1 Untuk mendiagnosis keadaan pesakit
Doktor mungkin mengesyorkan sejenis D&C yang disebut sebagai pensampelan endometrium untuk mendiagnosis keadaan berikut:
- Mengalami pendarahan rahim yang tidak normal
- Mengalami pendarahan selepas menopaus
- Doktor menemui sel-sel endometrium yang tidak normal semasa ujian rutin kanser serviks
- Membersihkan sisa tisu di rahim selepas keguguran untuk mengelakkan jangkitan atau pendarahan berat
- Keluarkan kehamilan anggur (molar pregnancy)
- Rawat pendarahan berlebihan selepas bersalin dengan membersihkan plasenta yang masih ada di dalam rahim
- Keluarkan polip serviks atau rahim, yang biasanya tidak bersifat kanser (jinak)
- Sakit (bermula daripada tahap yang ringan hingga parah) di bahagian bawah perut dan otot pelvik
- Keputihan yang tidak normal atau banyak berserta bau yang tidak menyenangkan
- Pendarahan rahim yang tidak normal, terutamanya semasa atau selepas hubungan seksual, atau antara kitaran haid
- Sakit semasa persetubuhan
- Demam menggigil
- Kesulitan atau kerap kencing
- Haid yang menyakitkan (senggugut)
- Sakit saat bersenggama
- Sakit dengan pergerakan usus atau membuang air kecil
- Pendarahan berlebihan
- Kemandulan
- Tanda dan gejala lain seperti keletihan, cirit-birit, sembelit, kembung atau loya
- Sekiranya, ada di antara pembaca yang mengalami kesakitan di bahagian abdomen atau belakang, cuba semak gejala-gejala yang telah penulis kupaskan.
Movie Review | Vaada Raha
Sunday, 28 March 2021
Director : Samir Karnik
Writer : Aseem Arrora
Cast : Bobby Deol, Kangana Ranaut, Dwij Yadav, Mohnish Behl, Atul Agnihotri, Sharat Saxena, Vivek Shauq, Farida Dadi
Production Company : Eros International
Distributor : Eros International
Genre : Drama
Running Time : 90 minutes
Release Date : 11 September 2009
Trailer :
Dr Duke Chawla (Bobby Deol) merupakan doktor pakar dan berjaya mendapatkan dana dari American Medical Association untuk kajian tentang kanser tulang sum-sum. Dalam perjalanan pulang dari rumah tunang dia, Pooja (Kangana Ranaut), Dr. Duke terlibat dalam kemalangan gara-gara hujan lebat.
Kereta belakang terlanggar kereta Dr. Duke kemudiannya dia dilanggar lori menyebabkan spinal shock dan lumpuh seluruh badan. Setelah sedar dari koma selama dua hari, kawan baik dia, Dr. Max (Mohnish Behl) datang melawat sebab Dr. Duke dimasukkan ke hospital East West. Katanya keadaan ni cuma sementara kalau Duke kuat, makan ubat on time dan buat fisio.
Dr. Duke yang kecewa dengan keadaan dia yang akan membebankan orang sekeliling dia bertambah murung bila Pooja putuskan hubungan lepas dapat tahu tentang hal ni. Kalau sebelum ni dia bukan setakat bantu pesakit dengan kata semangat dan harapan tapi bila dia sakit, susah untuk yakinkan diri dia sendiri yang dia akan pulih dari ujian hidup ni. Dr. Duke cuba untuk bunuh diri tapi kehadiran Roshan (Dwij Yadav) bagi semangat dan harapan untuk dia teruskan hidup dan guna ilmu dengan pengalaman dia untuk bantu orang lain.
Bukan Dr. Duke je tapi dah ramai pesakit dekat hospital tu happy dengan kebaikan Roshan. Walaupun dia masih kecil tapi banyak perkara dia dah buat sampaikan semua doktor dengan staff dekat situ sayang sangat dengan Roshan.
Rasanya TV3 pernah tayang movie ni dulu sebab teringat scene Roshan bercerita dekat Dr. Duke setiap pagi pasal keadaan dekat luar hospital. Plot movie Vaada Raha oleh pengarah Samir Karnik ni diinspirasikan oleh novel Russia tentang persahabatan dua pesakit di hospital. Pace movie ni agak perlahan tanpa suntikan emosi atau momen dramatik yang menyengat dengan durasi yang agak singkat, 90 minit sahaja. Nasib baik lah pelakon utama movie Vaada Raha ni Bobby Deol yang memang dah deliver banyak movie dengan genre drama.
Better kalau penulis Aseem Arrora letak banyak inspirational quotes ataupun dialog yang lebih bermain dengan emosi pada watak Duke ataupun Max. Sesuai lah dengan tema movie yang berkisarkan tentang harapan dan percaya pada diri sendiri. Watak Pooja pun tak menyerlah sangat padahal dia tunjang utama pada watak Dr. Duke. Patutnya dekat scene Pooja tinggalkan Dr. Duke boleh kembangkan lagi ataupun bagi peluang untuk watak Pooja justify tindakan dia dengan beberapa flashbacks yang terangkan personaliti atau karakter Dr. Duke.
Untuk medical scenes I think passable la kot untuk tahun tu so I tutup mata je lah lagipun tak banyak sangat pun untuk dipertikaikan. Scene Dr. Duke gigit IV tube tu macam kelakar lah but at least he tried. Keadaan Roshan ataupun kakak dia, Roshni pun nampak sihat je padahal sakit kanser tahap kronik. Visual dari Sanita Radha cantik untuk semua lagu yang featured dalam movie di bawah terbitan Eros International ni. Chemistry Bobby Deol dengan Kangana pun nampak cantik walaupun tak banyak scene diorang berdua.
Awalnya movie ni guna tajuk Roshan (Cahaya) tapi diubah kepada Vaada Raha which suit better lah kot sebab janji Dr. Duke kepada Roshan adalah scene klimaks dalam movie ni. Tengok pada plot, skrip dan music album, no wonder lah movie ni tak boleh pergi jauh sangat masa release dekat cinema walaupun bawa cerita yang lain dari kebiasaan di Bollywood.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 5.7/10
Kalau tengok dalam drama Korea, lepas balik kerja ataupun pergi dating ada tempat untuk diorang main baseball atau softball. I said to my sister kan best kalau ada dekat sini. Stress balik kerja je pergi pukul bola. Baru la hilang geram kena hadap benda-benda yang menyakitkan hati dekat office macam orang yang tak mampu beza geram dengan makian sampai menangis mengadu sana-sini.
Bila Izani bagitahu tangan dia lebam sebab main baseball dekat OU, rasa nak try jugak lah alang-alang semalam hujan lebat and kitorang pun malas nak balik meredah jem. Since batting cages ni dekat rooftop, ada certain area yang basah sebab terkena tempias but that's okay lah bukannya kitorang basah masa main pun.
Rate harga nak main dekat batting cage ni agak mahal lah. RM40 untuk 15 minit dan RM75 untuk setengah jam. Alang-alang dah datang kan lebur lah RM40 untuk pengalaman selama 15 minit tu. Nasib baik dekat sini ada payment guna wave debit so tutup mata je lah masa letak kad tu. Ni kalau mak I baca entry ni confirm kena bebel hshshs
Dah settle payment dekat cashier counter, aunty tu suruh kitorang ambik topi dekat shelf tu then pergi ke batting cage number 6. Sebelum pergi tu dia bagi glove warna ungu then pesan pilih speed 40mp/h je je. By the way dekat batting cage ni ada dua jenis - softball ataupun baseball. Aunty tu kata softball senang sebab bola dia besar.
Topi dia besar, masa main ada possibility untuk tercabut |
Dah lama tak pergi ke Seoul Garden sebab PKP, so bila dah bertukar status PKPB ni memang laju je lah ke OU. Alang-alang dah cari barang, lunch je lah dekat sini. Tak sangka pulak ramai yang lunch dekat sini.
Sebelum ni jarang dapat seat dekat luar tapi semalam penuh dengan orang sampai seat dekat luar pun tinggal beberapa meja je lagi yang kosong. Masa nak pilih sup tu agak kecewa lah sebab favorite soup, Milky Seafood dah tak available. Tinggal Tomyum, Kimchi ataupun Tomyum Kimchi. Dah tak syok dah masa tu sebab Milky Seafood ni takkan masin bila letak banyak seafood. Rasa dia pun just nice je bila makan dengan bihun ataupun maggi.